ensiyahmuhammad

Friday, December 7, 2012

Kekuatan

Berat. Berat sangat terasa kepala. Berjalan seperti tidak nampak keramaian orang. Hanya ada aku dan aku. 

Langkah di atur sumbang. Sebak di dada hanya tinggal begitu sahaja, tiada hujan yang mengiringi. Hanya nampak sejadah, telekung dan alquran menanti. Tak sabar untuk sampai ke destinasi. Kerana pasti di situlah ketenangan abadi dapat ditemui.

Entah berapa keluhan yang dilepaskan, entah berapa banyak bibir terkumatkamit memohon agar allah tunjukkan jalan yang lurus. Dan entah berapa kali meyakinkan diri sendiri yang setiap kesusahan pasti ada jalan keluarnya. PASTI! 

Sampai di bilik. Masih, keyakinan belum mantap. Mahukan lebih banyak katakata positif. Sms di hantar. 

"Ce bagi kata-kata semangat".

Sementara menunggu. Mata dipejam. Kebiasaannya memang begini, bila rasa ada banyak benda yang perlu difikirkan, mesti meta dipejam. mencari ketenangan, membina keyakinan diri sendiri. 

Satusatu mesej masuk 

"En boleh :)"

"my girl en.. i know u r very strong. hadapi semua dgn sabar&tabah. walau ap pun y awak buat&rse, kuatkan hati.dekat dan rapatlah dgn Allah,I.A DIA akn slalu dekat ngan kite&mkbulkan doa2 kite... i luv u my sista. :))"

"x kiralah dimana anda bermula, yg pnting dimana anda berakhir. :)"

"Hidup x selalu indah, langit xselalu cerah. Ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah. namun, stp saat dan detik denyutan nadi kita, kita akan diuji dgn sejuta mehnah kehidupan, bersabarlah dgn stp ujiannya kerna hakikatnya Allah xmemberi apa yg kita minta, tp Allah beri apa yang kita perlukan, kerna di situlah adanya tarbiyah dr Allah. maka beruntunglah bg mrk yg tetap sabar dan yakin dgn rahmat Allah... Senyumlah walau hakikatnya gundah di hati hanya Allah yg tahu.... luv u <3"

"Assalamualaikum en yg kuat slalu bsmangat ye.. jgn lemah. Jgn kalah. jgn sedih. kan kemenangan tu utk org2 yg kuat? kte x mampu mnang klu kte lemah. kte perlu org skeliling jg kuat. Dan kte perlu memotivasikan mereka. Biar bsar cubaan kite, tnda Allah sdg uji kekuatan kte :)"

"Ssungguhnya stiap ksusahan itu, PASTI ad ksngannya... :)"

"Bg org2 yg briman itu, ckuplah bg mreka hnya Allah..Ssungguhnya Dia sbaik2 perancg."

"jangan tension2. Anda bukanlah pemilik masalah anda :)"

SubhanAllah. Sedikit sebanyak katakata tersebut memberi sedikit memotivasi diri. Semoga Allah merahmati kalian. 

iya. aku, engkau, mereka dan manusia sekalian negeri.. asyik mengira dia lah yang paling berat ujiannya. tapi tak pernah menghitung berapa banyak rahmat yang allah berikan. 

Allah uji aku dengan masalah dalam mencari kesepakatan dalam kumpulan, tapi Allah hadiahkan aku bila mana mereka sangat komited dalam menyelesaikan tugas masingmasing dan boleh juga bertolak ansur untuk memastikan orang lain siapkan kerja. 

Allah uji aku dengan markah yang sedikit dalam kuiz, midterm. tapi Allah hadiahkan aku apabila kawankawan sekeliling yang ambil subjek yang sama tak putusputus menyokong satu sama laen. saling menguatkan. 

Allah uji aku dengan keadaan broadband yang putusputus, tapi Allah hadiakan aku dengan kawankawan dari luar dan dalam yang sedia membantu. 

dan tengoklah cara aku melihat ujian dan hadiah yang aku dapat. ujian dahulu baru aku sedar hadiahnya. nampak sikap tidak bersyukur di situ. hmm

No comments: