ensiyahmuhammad

Thursday, December 6, 2012

Harap

"eyh da kol6.30 pagi! alamak! subuh weyh!"
cepatcepat g toilet, solat subuh. usai berdoa.. tengok jam di dinding, jarum panjang menuju ke arah nombor enam, dan jarum pendek sedang menuju ke arah nombor 8. 

"eyh. baru nak pukul 6 rupanya. maknanya, azan subuh pun belum lagi la nie?"
tersenyum sendiri. Allah nak bagi aku peluang tahajud nie. Solat tahajud 2 rakaat. Dalam sujud terakhir, sangatsangat berterima kasih diberi peluang untuk bertahajud, walaupun di saat yang terakhir. 

Sementara menunggu subuh. Teringat tudung dua warna.. merah dan merah jambu. Perlahanlahan ambil tudung pink tersebut dan gosok. Ingin dipadankan dengan baju kurung merah jambu. 

Termenung. 

Minggu yang Allah uji kesabaran dan kerasionalan pemikiran. 
Minggu yang sangat perlukan toleransi.

Pejamkan mata. 

Sangat berharap pada Allah.Mohon agar Allah hilangkan rasa sedih ini. Harap agar Allah berikan kefahaman kepada mereka. Harap agar diri ini telah pun gunakan usaha yang semaksimum mungkin untuk ikutkan kemahuan setiap pihak. Walaupun bukan 100% tapi sekurangkurang kemahuan setiap orang itu dilayani, diraikan. 

Selalu diri ini rasa cemburu dengan orang. Dengan orang yang mampu menahan marah. Dengan orang yang mampu bergelak ketawa walau di saat diri di rundung dengan 1001 masalah. Dengan orang yang masih mampu tersenyum dan jadikan sesuatu perkara mudah. Dan lagi, sangat cemburu dengan orang yang mampu untuk memberikan katakata hikmah dalam memberikan teguran dan menyuarakan pendapat. 

Bak kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak dan rambut tak terputus. Ya Allah, aku sangat tak mempunyai kemampuan itu. 

Perjalanan mencari ilmu, pengembaraan yang menarik. Punya cerita berbeza. 

Sangat berharap agar Allah berikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. ya, semua. 

Dan dalam tidak sedar, bila bercurhatan dengan seorang teman . . . Teman mengatakan, mungkin semua kesukaran yang kita alami sekarang ini kerana semester kali ini sepertinya kita kurang untuk berkhidmat dengan orang lain. Andai boleh juga di tafsirkan seperti, kudrat yang ada tidak digunakan sebaiknya untuk memenuhi tanggungjawab yang lain. Sedangkan masamasa yang ada tak cukup jika hendak dihitung dengan tanggungjawab yang perlu kita jalankan. 

Muhasabah diri kembali. 

Manusia, memang mudah leka dan terlupa.

Allah, jangnalah engkau hukum kami bila kami terlupa.

No comments: