ensiyahmuhammad

Friday, November 30, 2012

Re-aktif!



Assalamualaikum. 

Memang sengaja men’diam’kan diri dari dunia blog. Diam tanpa isi. Ibarat tin minuman yang kosong, di tendang sana sini, bunyi saja kuat. Tapi, tiada isi.

Tak sabar rasanya nak menghabiskan semester kali ini. Semester yang paling teruk! Walaupun mata tidak dapat menzahirkan kesengsaraan dan kekecewaan yang ditanggung oleh hati, andaikata hati ini boleh dikeluarkan, pasti banyak parutparut yang terukir dek kerana kelalaian diri, yang terlalu ikutkan emosi. Kesimpulannya, keputusan yang kononnya taknak aktif dengan manamana kelab, ternyata keputusan yang paling tak relevan dan sangatlah tidak cool! 

Humanitarian Night 2012 baru saja berlangsung. Rindu. Sangat rindukan suasana program. Sangat rindukan kawankawan yang berjuang bersama untuk menjayakan program. Sangat rindukan gurau senda pahit manis dalam persatuan. Sangat! 

Serius, perasaan ingin bersama QYC, JASA, RESILIA semakin membuakbuak. InsyaALLAH, semester depan akan membaja semangat ini dengan sebaiknya. Jujur, En Siyah Muhammad tidak boleh menjadi seorang yang pasif tanpa menyibukkan diri dengan apa-apa, kalau tidak, masa En Siyah Muhammad banyak terbazir dengan begitu sahaja. Semakin tidak sibuk, semakin tidak pandai membahagikan masa. Semakin tidak melakukan apa-apa, semakin malas nak study, semakin mengantuk dalam kelas, semakin tidak focus! [tapi tetap, rasa segan tetiba nak aktif pun ada. Erk L . mula jadi freshie semula. Amboi comelnya la kan. Hahaha]

Lain padang, lain belalangnya.
Lain orang, lain caranya. 

InsyaALLAH, semester depan akan kembali aktif dengan semua. Mungkin tidak perlu semester depan. Bermula cuti semester dah boleh aktif kembali. 

[ensiyahmuhammad tak update blog pun rasa pelik je. hihihi]


En Siyah Muhammad
30 November 2012
1:49am
Mahallah Halimah

p/s: kol9 pagi ada midterm CA, kol3 petang ada midterm Fiqh 2. J

No comments: