ensiyahmuhammad

Monday, November 5, 2012

Pokok dan Angin

Aku suka tengok pokok yang ditiup angin. Ke kanan ke kiri, tapi tetap teguh ditempatnya. Kadangkadang aku rasa, seolaholah mereka sedang menari dan menyanyi. Aku mudah terleka bila memerhatikan gerakan pokok tersebut. Cantik. 

Dulu, masa aku tingkatan 2, tempat duduk aku dekat belakang, betulbetul tepi pintu belakang. Biasalah, budakbudak pemalu, memang suka duduk belakang. Bila takde kerja, aku suka usha je pokok yang ada kat tepi, walaupun takde la cantik mana pokok tu, tapi atleast ada la pokok. hihi aku ingatkan,habit aku nie, takde yang perasan, sampai la aku ada kawan aku tegur "ensiyah, what are you looking at?" aku jawab "takde pape, saja pandang luar". kadangkadang yang buat lagi khusyuk aku pandang luar, bila ada keluarga monyet kat atas bumbung sekolah. makinlah aku senyum sorangsorang. 

Sekarang, bilik aku dekat UIA, bukakbukak pintu,memang tak nampak pemandangan sebab, totally ada pokok je kat situ. and oleh kerana aku taknak silap yang hari sentiasa gelap, maka aku jaranglah nak tutup langsir. Bila hujan, aku selalu pandang pokok tu. aku selalu bayangkan, apalah yang dia rasa bila hujan tu kena kat dia, tak sejuk ke dia, masih berselawat ke dia dan macammacam lagi.

Bagi aku,alam adalah anugerah terindah. Walaupun aku suka usha pokok tapi aku amatlah susah nak kenal jenisjenis pokok. masih, aku sayangkan alam hijau bumi ini. 

aku memang suka termenung. 
berada dalam dunia sendiri,kadangkala bukan mudah walaupun segalanya kita imaginasikan sendiri. sebab walau seindah mana dunia khayalan yang aku ciptakan. tetap, aku harus bangun kembali ke dunia realiti. pahit, manis, masin, masam yang aku rasa, memang aku tak suka. tapi itulah rencah terbaik. caturan allah yang tiada tandingan. :)

No comments: