ensiyahmuhammad

Monday, November 5, 2012

Awan

awan,
terapung senang di udara,
menari ditemani gemalainya angin,
menyanyi disertai merdunya kicauan burung.

awan,
dalam bergembira rupanya menyimpan,
menyimpan air yang disejat,
bila penuh dihamburkan semuanya ke bumi.

awan,
mampukah aku menjadi seperti engkau?
mampukah aku menyimpan kepahitan?
mampukah aku menghamburkan semua tangisan ini?

engkau,
maafkan aku atas kesalahan yang aku lakukan.
aku memang bukan sahabat yang baik.
aku tak mampu untuk berada dengan engkau di saat kau perlukan aku.

engkau,
jujur aku cakap, aku terasa.
iya, aku terasa.
tapi jika ini jalan yang kau pilih,
jika jalan ini yang kau rasakan yang terbaik untuk kau.
berjauhan dengan aku, 
menghalimunanku,

engkau,
bakulsampahkan saja perasaan aku.
teruskan apa yang engkau mahu lakukan,
aku tak marah, sungguh.
aku sedih, pasti.
tapi aku tak menghalang.
teruskan.

aku tetap di sini.
jika engkau masih menganggap aku,
sahabatmu, saudaramu.

No comments: