ensiyahmuhammad

Tuesday, October 16, 2012

Ujian

Diri diuji dengan kesihatan lagi. Kali ini dengan demam campak pula. Allah.
Jujur, memang pada awalnya rasa nak menjerit je. rasa nak menangis.
sempat timbul persoalan dalam hati, "kenapa mesti aku lagi yang kena?"

tapi, lebih baek kena dari tak kena langsung.
dan kenapa ujian kesihatan yang allah turunkan dekat aku, sebab aku mampu untuk harungi ujian ini.
:)

Dan lumrah manusia, bila dah diuji dengan kesusahan sibuk nak persoalkan kenapa kenapa dan kenapa. tapi bila dalam waktu kesenangan tak pernah pulak nak tanya kenapa atau pun bersyukur. Allah

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan

Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

No comments: