ensiyahmuhammad

Wednesday, October 17, 2012

Sangat sakit

Aku tak tahu bagaimana sakitnya Nabi Yusof apabila diuji dengan penyakit kulit selama beberapa tahun. Tapi sakit yang aku rasa skrg, aku tak tahan. tak tahan. 

tidur selalu aku sakit kepala. kena angin sikit rasa sejuk yang teramatamat. bila dah nak tengahhari rasa macam muka membahang. bila nak sikat rambut, rasa macam rambut ditariktarik. bila badan panas, kalau boleh nak je suruh air tu masuk sendiri dalam mulut. bila lapar, harap perut boleh kenyang dengan sebiji coklat, bila nak solat, rasa macam nak malas je nak buat. fizikal aku sakit. sakit. 

aku nak jerit je bila rasa aku tak tahan, bila rasa badan aku dah mula rasa sakit. tapi aku kesiankan mak, kesian mak. lepas sorang, sorang anak dia kena timpa ujian. 

bila rasa sedih dengan keadaan sendiri. "Ala, demam campak je!"

ada kawan yang mengingatkan. sakit tu penghapus dosa (insyaALLAH) dan menaikkan darjat di sisi ALLAH. wallahualam. 

tapi sekurangkurangnya katakata itu menghiburkan hati. 

Baru sikit macam nie dah asyik mengeluh. Bukti, aku lemah menghadapi ujian kehidupan. 

ALLAH. 

:(

p/s: dengar bunyi henpon sangat membingitkan telinga. campak jauhjauh

No comments: