ensiyahmuhammad

Sunday, October 7, 2012

"Green Light!"

Terlihat Ain Aisyah tercaricari seseorang. Suasana sangat sesak ketika itu. Bunga, teddy bear, coklat, di manamana sahaja. Persis taman bunga bergerak sahaja lagaknya. Matahari dengan riaknya memancarkan bahang kepanasan ke segenap pelosok. Anehnya, sanasini masih ramai orang yang setia dengan baju hijau yang lebar itu. Terlihat mantel kaler kuning di belakang. Ala ala spiderman. Cuma tidak ketat dan bukan warna merah dan biru. Kuning dan hijau. dan tidak lupa kotak empat warna hitam di kepala. 

Hari konvokesyen. Yah. Ain Aisyah di Hari Konvokesyen. Dia mencaricari di mana ahli keluarganya. Ingin ditunjuknya scroll kepada keluarganya. Keluarga yang memang tidak akan sempurna kerana walinya yang utama tidak akan pernah boleh kembali. walau diganti dengan sejuta nyawa pun. Namun, itu bukan kecacatan. Malahan tanpa sedar, itu pembakar semangat. Dan di sebalik nafas yang dihela, setiap kebajikan yang dibuat, setiap tidur yang kurang kerana ilmu, dipohon agar dicatatkan sebagai ibadah dan walinya itu turut mendapat balasan. Doa anak yang soleh dan solehah bekalan untuk di sana. Ain Aisyah mahu menjadi anak itu. 

Ain Aisyah nampak keluarganya di situ. Di bawah pokok. Dia nampak si cilik Syazwan sedang bermainmain dengan belon Doraemon. Dia nampak semua di situ. Emak, Abg Nawi, Kakak dan Abang, Abang Mat dengan Kak Sal jua si cilik Azam, Abang Hay dengan Nor dan si kenit, Adik. Semua di situ. lengkap, tanpa seorang pun tinggal. Hadiah yang terbaik untuk Ain Aisyah. Yang memang dia harapkan sejak tahun pertama di universiti lagi. Dia pasti, Emak bangga melihat dia naek ke pentas menggenggam segulung ijazah. Apatah lagi dinobatkan sebagai salah seorang pelajar terbaik dan berucap di hadapan ribuan orang. Dia tahu Emak dan keluarganya sangat bangga dengan Ain Aisyah. Senyuman keluarga dan keberadaan keluarga pada saat itu sudah cukup.

"Cepat! Cepat! Jom ambil gambar!!"

Itu kewajipan. Ain Aisyah dengan sejambak bunga dan coklat. Syazwan yang mahukan topi hitam. Abang berganti giliran masuk dalam gambar. Akhirnya beramairamai pergi ke salah sebuah tempat ambil gambar khas utk semua keluarga. 

Lengkap. :)

"Ain! Ain!"

"Amy!!!!!!! Sihahhh!!! Fakru!!! Izzu!!!! korang datang jugak! Waaahhhhhhhhhhhhh!"

Excited Ain bertambah bila mereka datang sekali dengan belon bentuk love warna purple merah kuning hijau dan putih, siap ada tandatangan lagi. ucapakan Tahniah!. Siap dengan kotak besar dan bear. huhu

"Apa ada dalam kotak nie?"
"Mestilah rahsia!"
"Erk. takyah nak rahsia sangat lah. Apakah?"
"Hehe dalam tu ada buku. Kau kan suka baca buku. Dalam tu ada most of buku yang kau nak."
"elehhhhh. macam lah korang tahu buku apa yang aku nak"
"huhu tak susah pun. kat blog kau kan ada. takdelah kitorang dapatkan semua. pokai jugak weyh. tapi aku tau kau mesti suka punya la. gerenti!"
"hahah thank you thank you"

"Aisyah!!!!!!!!!!!!!"
lantas Ain Aisyah dan yang lainlain pusing ke belakang.  Mereka melihat seorang gadis yang sangat vogue dengan spec datang bawak dua plastik beg. 

"Naddy!!!! Thank you datang!"
"Mestilah aku datang. kau konvo. nah! aku bagi kau adiah. laen sket dari orang laen"
"Apakah?"
"Tudung bidang 60. aku borong kat Kelantan ri tu"
"Amboi amboi amboi. Mentang mentanglah bisnes makin maju. Berjalan je eyh keja kau. thank you thank you!"
"tadehal!"

Ain Aisyah photoshoot bukan maen sakan lagi dengan mereka. Memandangkan jarak rumah Ain Aisyah yang dekat. Keluarganya telah pulang dahulu. 

Tak lupa juga. Ain Aisyah turut mengambil gambar dengan kawankawan seperjuangannya. Beramairamai mantel kuning di belakang. Sangat elegan! 

Beriburibu foto masa hari itu. Setelah penat bergambar. Ain Aisyah dan kawankawannya mahu beredar untuk makan. Sedang berjalan, Ain dapat panggilan di telefon bimbitnya. Terus menjawab tanpa melihat siapa gerangan pemanggil.

"Assalamualaikum"
"Waalaikummussalam, ye sapa nie?"
"Ini saya lah. Awak ada dekat mana sekarang?"
"ooo. Awak ke? Saya ada dekat bawah pokok nie. Nak g kafe. Kawankawan saya dah tunggu"
"Awak, cuba pusing belakang"
"Belakang kat mana?" sambil pusing kiri dan kanan. 

Dan di situ. dia melihat Si Dia sedang sejambak bunga. Ibu Si dia dengan kotak kecil. Adiknya dengan sekotak coklat. Dan ahli keluarga Si Dia yang lain dengan berbagai hadiah. Ahli keluarga Ain Aisyah yang di sangkanya sudah pulang, turut berada dalam pakatan dengan memegang Kek yang tertulis . . .

"Green Light!"

Ain Aisyah tersenyum lebar. Si Dia pun tersenyum. 

 
 

No comments: