ensiyahmuhammad

Wednesday, October 17, 2012

[3rd Oct '12]



Date: 3rd October 2012
Venue: Main Auditorium, IIUM
Topic: Intellectual Talk : Menjengah Sirah Nabi – Membentuk Muslim Berpemikiran Produktif
Panel : Ustaz Asyraf (Johan Imam Muda)
Nizam Julfikar (Johan Da’ie Muda Indonesia)
Moderator: Faiz Zakaria
********************
“kita ada kat depan waqec nie”
“ok. Kejap lagi en datang”

Masuklah kami berdua ke dalam dewan Main Auditorium.  Memilih tempat duduk di tengah, tidak terlalu di hadapan, tidak juga terlalu di belakang. Semangat mahu menimba ilmu. :D

Sebelum talk bermula, kami disajikan dengan video dari Imam Muda Asyraf. Tak pasti apa pula tajuknya. Input dari video tersebut adalah:-

  • ·         Bila Allah sayang dan kasihkan kita, buktinya bila kita diberikan kefahaman dalam agama.
  • ·         Kita nak ingat Rasulullah, 24jam. Bukan hanya pada Maulidurrasul atau masamasa tertentu sahaja.
Dan video pun di hentikan kerana majlis akan bermula….

********************
Pusingan pertama:-
Soalan ditujukan pada IM Asyraf

Apakah yang dimaksudkan dengan Muslim berpemikiran produktif?

Produktif - sumbangan yang sesuai pada usianya.
Produktiviti dari sudut dakwah:-
  • Nabi bermula dengan seorang tapi dapat menghasilkan para sahabat yang berkualiti, keturunan yang berkualiti.
  • Hassan al banna tidak mengarang banyak kitab tapi menghasilkan ramairamai orang yang berkualiti dan orangorang yang bekualiti ini menghasilkan pengikut, menggerakkan orang lain. 
Jadikan diri soleh dan musleh
Jadikan diri baik untuk orang lain

Orangorang yang berkualiti seperti ini mampu untuk menjawab dihdapan Allah kelak.
Jadi, jangan pernah berhenti untuk mengajak orang jadi baik.

Soalan yang ditujukan kepada DM Nizam

Apa yang patut dilakukan agar peribadi Rasulullah dapat diiukti?

DM Nizam memulakan jawapannya dengan bercerita tentang kewafatan Nabi. (sangat touching dengar dia becerita, lembut sungguh suara, menitis jugaklah air mata. sampai ke hati)
  • Nabi tak pernah fikirkan tentang dirinya sendiri hinggakan pada saat kewafatan pun, "ummati ummati ummati"
  • Setiap kita adalah pemimpin dan akan diminta dipertanggungjawabkan akan pimpinannya. 
  • "Semoga dengan ilmukan akan dapat memberi manfaat kepada orang lain"
  • Cari sesuatu ilmu yang bermanfaat dan amalkan
  • Peribadi Rasulullah hanya sibuk pada urusan Allah. Dunia hanya dalam genggamannya
  • Harta Rasullulah yang paling agung adalah akhlaknya. Jadi, kita mesti ikuti akhlaknya walaupun sedikit. 

Pusingan kedua.

Soalan untuk IM Asyraf

Fenomena Facebook? Pelajar tidak cakna pada isu persekitaran?

Ustaz Aysraf teringat akan satu surat yang dikirimkan -tak ingat siapa- tapi surat tu bertanya "Kenapa orang barat ke hadapan dan orang Islam ke belakang?"

  • Penyakit tidak mahu bersusah-payah
    • Golongan yang malas berfikir - sindrom AAK (ada aku kesah)
    • Golongan yang tak ambik tahu - apa nak jadi-jadilah
  • Prof Sidek Baba pernah becakap,jika seseorang hanya selak khabar setiap hari, dia akan sensitif pada persekitran, tapi tu pun taknak buat walaupun kat library ada paper free. 
  • Kita semua kena ambil tahu tentang persekitaran kerana ALLAH akan tanya kemudian hari.

Soalan untuk DM Nizam

Hiburan yang berlebihan. Macam mana nak counter balik?
  • Media bukan musuh tapi alat. Seperti pisau, bila digunakan hatihati, maka bermanfaat, jika disalahguna, boleh membunuh.
  • Gunakan media untuk dakwah.
  • Tempatkan media pada tempatnya kerana media mempunyai pengaruh yang tinggi.
  • Kecendurangan anak muda pada twitter, fb, tv - gunakan untuk kebaikan. 

Pusingan ketiga

Soalan dilontarkan pada IM Asyraf

Ekonomi: Pengaruh Yahudi sangat kuat. Macam mana nak kembalikan kegemilangan ekonomi?

  • Soalan ini lebih sesuai ditanya kepada orang ekonomi. 
  • Orang yang punya duit banyak, lebih didengari. 
  • Tapi masalahnya, kehidupan yang beragama sering digambarkan dengan kehidupan yang sukar dan miskin. 
  • Kita sendiri dah membina imej yang buruk tentang Islam.
  • Orang non-Muslim yang tidak tahu tentang keperibadian Nabi, mereka pandang pada kita. Buruk kita, buruk nabi dianggapnya. 

Soalan dilontarkan pada DM Nizam

Tentang Pelajaran (Lupa soalan penuh)
  •  Ayat pertama : Iqra'
  • Orang Islam malas membaca. Tak mahu kembali kepada Al-Quran
  • Barat semakin membenci Muslim kerana lepas peristiwa 11 september, ramai Muallaf. Kenapa? Sebab diorang curious, jadi para muallaf nie baca dan mengkaji al-Quran.
  • Kenapa mundur? Sebab mereka tinggalkan Al-Quran
  • Untuk jadi khoiro Ummah kena banyak baca!
  • Kita kena junjung Al-Quran dan kembali kepada perintah allah yang pertama, IQRA!

Pusingan Soal Jawab:-

Soalan untuk DM Nizam

Bagaimana Menghayati Sirah Nabi?
Soroti kisah Muhammad Al-Fateh. Bagaimana beliau mampu menjadi orang yang hebat pada usia yang muda?
Ibu bapanya sering menceritakan tentang sirah nabi setiap malam sebelum tidur.
Jadi, Al-Fateh sentiasa berazam untuk menjadi orang yang hebat seperti para nabi.

untuk kita, tiap kali kita membaca tentang nabi, kita kena bayangkan keadaan itu.
Jadi, ibu sebagai madrasa pertama anak anak. berikan ceritacerita yang bermanfaat untuk anakanak.

Bagaimana mengarahkan remaja ke arah produktif?
Anak yang tengok tv dan yang tak tengok tv = berbeza.
Jadi dari awal, framekan pemikiran yang bagus
Mungkin bila besar nanti, bila mula fasa mencari identiti diri. mungkin ada mungkin tersasar sikit, tapi jangan risau, dengan kebaikan yang ditanam sejak kecil. mereka tetap akan kembali pada fitrah.
apa yang perlu kita buat. cuba semaksima mungkin untuk berdakwah.

 -END-

No comments: