ensiyahmuhammad

Saturday, September 8, 2012

Renung

Biiznillah, segalanya dalam hidup ini berlaku atas izin Allah...
Mulianya kita, kerana Allah menyembunyikan keaiban kita...
Sihatnya kita, kerana Allah menjauhkan penyakit dari kita...
Selamatnya kita, kerana Allah menghindarkan malapetaka dari kita...
Jadi, jika apa yang kamu lakukan itu akan mendekatkan kamu kepada redha Allah walau meragut seluruh kesenangan kamu di dunia ini..teruskan..

Tetapi, jika apa yang kamu lakukan itu akan mendekatkan kamu kepada murka Allah walau mendapat seluruh kesenangan kamu di dunia ini..tinggalkan..

Berusahalah menjadi dermawan berbanding jutawan..kerana untuk menjadi dermawan x perlu harta segunung..
Kaya yang sebenar adalah apabila rasa hidup ini serba mencukupi..

Cukupkan keperluan hati, bukan kehendak nafsu..

Surah Al-imran Ayat 26-27

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.
 
status Mohd Yazid Sabiyah

No comments: