ensiyahmuhammad

Wednesday, September 19, 2012

Masa

2007. Aku seorang pengawas sekolah dengan tanggungjawab yang lebih sedikit dari pengawas yang lain. Rutin aku, pastikan pengawas ada kat tempat tugasan. Pusingpusing satu sekolah, marah orang itu orang ini. borak dengan orang itu orang ini. 

Tapi, tiap kali aku berjalan. aku lebih senang seorang. aku lebih senang tanpa ada peneman. Sendiri. 

Pernah sekali, dua kali, tiga kali, acap kali sebenarnya. Aku berhenti di koridor, tingkat yang paling atas, pandang ke bawah. lihat pemandangan ke bawah. meneliti suasana sekolah yang tercinta. Aku tahu aku akan rindukan tempat ini suatu saat nanti. dan, di situlah, aku sentiasa terfikir. 

Di sekolah iya, mungkin aku boleh dikategorikan sebagai seorang orang yang penting dalam kalangan pelajar. Jika di buat perbandingan, sekolah itu diibaratkan sebagai sebuah negara, jadi aku mungkin adalah seorang menteri. Tapi, itu di sekolah. Di luar waktu sekolah. aku hanyalah seperti pejalan kaki di jalanan yang tak punya apaapa kepentingan. Jika di sekolah, aku mengarahkan orang itu ini untuk melakukan tugasan, tapi hakikatnya di luar waktu sekolah, aku bukanlah sesiapa. mungkin ibarat kucing kurap yang orang pandang tidak berharga yang meminta ihsan orang ramai untuk hidup. Aneh bagaimana aku punya status yang berbeza pada masa yang sama. tapi tidak, untuk orang macam aku yang tidak punya status penting dalam masyarakat. 

Tiap kali aku fikirkan itu, pasti aku tersenyum sendiri. Betapa pelik dunia nie. Kejap kita terhormat, Kejap kita terhina. 

Itu, imbauan lima tahun lepas. dan sampai kini. aku masih suka berfikir sendiri. 

Semalam, kebetulan waktu Hilal Asyraf tanyakan soalan "Siapa kamu pada 5 tahun akan datang?"

Jika soalan itu yang ditanyakan pada aku pada lima tahun lepas, pasti aku jawab, aku sudah mempunyai diploma dan bekerja. kerna perancangan aku, aku hanya mahu dapatkan segulung diploma. tapi di mana aku sekarang? di UIAM, dalam proses utk mendapatkan ijazah. InsyALLAH

Nah, sekarang. apa yang aku jawab pada soalan itu? Dengan tidak serius ku katakan pada teman yang aku mahu lanjutkan hingga menggenggam ACCA. 

tapi secara seriusnya, aku tidak tahu sama ada aku mampu untuk sampai lima tahun itu ataupun tidak. Rasanya jalan ke arah itu, nampak kabur. sedangkan untuk sampai ke november ini pun aku rasakan tidak mampu, apatah lagi lima tahun?

Aku tidak nampak diri aku sebagai seorang pelajar terbaik. aku tidak nampak diri aku sebagai seorang isteri apatah lagi sebagai seorang ibu. tidak. semua itu tidak ada. Malah, seolaholah penyampai semalam faham betapa muaknya aku melihat orang sekarang yang tak habishabis sibuk fikirkan soal jodoh yang baik, soal imam dan apa sahaja yang berkaitan dengan perkahwinan. Aku muak. 

Aku cuma tahu, yang aku berniat untuk khatam juzuk 30. dan entah kenapa, walaupun semester ini boleh dikatakan aku mengambil killer subject, aku tetap tidak rasakan rasa terbunuh dengan subjek itu. mungkin belum lagi, atau mungkin aku tidak akan pernah rasakan itu kerna aku tahu, mati itu semakin dekat dengan aku. 

aku tidak berkata ini kerana aku sakit. tidak. aku katakan ini kerana aku rasakan, aku nampak akhirat itu lebih luas. aku tidak juga katakan kerana aku nampak akhirat, jadi aku tak kisah kalau aku gagal dalam peperiksaan. tak. gagal dalam peperiksaan menunjukkan betapa tidak usahanya aku. 

dan masa. berapa banyak yang aku gunakan utk kebaikan aku dan orang laen?


No comments: