ensiyahmuhammad

Wednesday, September 12, 2012

Keliru

Saban hari ku mencari mu, 
Semalaman ku mengenangmu,
Marah, resah, gelisahku, 
Menjadi satu....

Tiba-tiba sahaja lagu Keliru nyanyian Ajai dan Nurul bergema di dalam kepala En. Entah mengapa, sedangkan dia sedang mencari bahan untuk assignment. 

'Baru hari pertama. dah ada assignment. memanglah kena hantar 28hb. tapi kalau tak buat skrg, nak buat bila lagi? Dahla lambat hantar sehari kena tolak 5 markah. brutal tol lecturer nie. Yang lagu nie tetiba menyemak dalam kepala otak aku kenapa? mana ada aku cari sapasapa. merepek jelah. haih'

'yeke kau tak cari sesapa? orang lain kau boleh lah bohong. takkan lah diri kau sendiri pun kau nak bohong jela. kamon lah. mengaku je. kau memang tengah cari seseorang. kau tak rugi apa pun lah kalau kau mengaku!'

'Eyh, sapa pulak yang cakap tu? Merepek jela. aku memang tak cari sesapa. sapa aku nak cari? tolonglah. aku malas nak fikir cintancintun nie. baek aku fikir pasal kesihatan aku. ada jugaklah faedahnya. kau tau tak dada aku makin sakit? huh. yang tetiba aku nak titik beratkan pasal nie kenapa? aku tengah nak siapkan keje nie. shuh jauhjauh'

'hahahahaa macam tak biasa jelah kan. kau fikir dua tiga benda dalam satu masa. kamonlah wahai en siyah muhammad. itu bukan masalah untuk kau. yang jadi masalah untuk kau nie, sejak bila kau pandai nak tipu diri sendiri nie?'

'erk. diam kau'

Berperang dengan diri sendiri nampaknya en siyah muhammad?

(ku) tahu kau dalam dilema,
Sukar untuk buat pilihan,
Jangan kau cepat berubah,
Pendirian dirimu . . oho

Makin ligat lagu berputar. Hilang sudah tumpuan En pada assignment. Terasa saja ingin di campaknya laptop masa tu jugak. Habislah. En nie bukan boley percaya. bila dah geram, henpon pun pernah melayang keluar dari bilik. Brutal tak brutal En ni, tak tau lah macam mana bila dah berlaki nanti. haish.

'Makin serabut nampaknya geng, dalam dilema lettewwww'

'kau ada lagi? aku ingat kau dah berambus. kau jangan nak semakkan kepala aku boley tak. takde maknanya aku nak dilema ke hapa. pilihan pun aku takde. nak pilih apa nyer. baek kau blah skrg!'

'kau nie boley masuk Mega Raja Lawak. kenapa dulu kau tak pegi audition? aku rasa kalau kau masuk, mesti kau dah boley jadi macam minah sorang tu. sapa tah nama dia. Macam mana aku nak blah weyh? aku ada dengan kau 25/8. hahahaha baek kau mengaku jela. takdelah kau serabut camnie. jujur lah dengan diri kau sendiri.'

'Hei! kau dengar sini baekbaek eyh. aku tak kisah lah kau nak dengan aku berapa juta hari pun. tapi kau kena diam. jangan cakap pape. aku tak dalam dilema. aku takde pape. aku steady je. aku nak concentrate dengan study. and aku nak tegaskan. aku taknak layan cintancintun nie. bosan tahu tak? sana sini orang cakap pasal kawen. apa dalam dunia, topik yang ada cuma kawen je ke?? cakap pasal kucing beranakkan ayam ke apa ke. menarik la sket aku nak dengar. huh. sengal ayam tol'

'marah nampak?haha selalu kalau marah tu, betullah tu. ok. boley je aku nak diam. tapi masalahnya, kau tu boleh ke nak terima kenyataan? hahahahaa'

'huh!'

En makin serabut nampaknya. apa cer nie?

Ingin jumpa . . . . tak ingin berjumpa
Ingin bercinta . . . . tak ingin bercinta,
Dan pintaku beri jawapanmu
Aku tak ingin . . . . . keliru 

Part terakhir di ulangulang. apa jadi pada En?

'Huh. agaknya bila pantang aku dah abes nie. Fokus aku pun dah makin teruk. aku nak layan dangdut la. sonok sket. Memori daun pisang waktu jalanjalan~~~~'

Memori daun pisang???????!!!!!!!!!!!??????????????? En memang tengah stress nampaknya. AWAS!

psst psst. dangdut best apa. siyes (^_^)

No comments: