ensiyahmuhammad

Sunday, September 16, 2012

Izul

Kak, coklat nie kau nak makan dulu ke? aku makan dulu?
Aku nak makan dulu. Bak sini. Kau makan seketul je. hahha
Mana boleh!
Siapa cakap tak boleh? Nie aku punya.
Asek kau je yang dapat. 
. . . . . . 
Kak!!!!!!!!!! jangan rasmikan dulu!!!!!!
Alamak! dah termakan pulak. sory. 
Kau memang. :(
. . . . . . 
 
Kau bagi zul sikit tak big apple tu?
Tak. aku bagi gewe. 
Kau memang adiktirikan zul. 
. . . . . . .
Zul.

Satusatunya adik yang aku punya. 
Teman bergaduh. 
Selalu kena buli dengan dia. 
Buli balik itu pasti. 
Orang yang selalu aku rasa nak campak je dari tingkat 16.
Tinggi yang semakin melebihi aku. 

Tapi, nakal macam mana pun dia. geram tahap ultraman generasi ke lapan belas pun dengan dia. marah sampai rasa nak meletup kepala hotak aku nie. still, dia tetap adik aku.

dia tetap adik aku. 

orang cari pasal ngan dia. maknanya dia cari pasal kat aku. 
orang marah dia. maknanya orang tu mintak katakata makian aku.
orang jerit kat dia. jaga, kau rasa kuat ke tak aku jerit kat kau. 
dia berhutang ngan orang? biar dia bayar sendiri. 

pernah aku buat? ye. 
aku pernah buat. 
tak percaya? try me. 

Zul, bagi aku buli kau puaspuas sebelum aku takde peluang dah nak buli kau lepas nie. lepas nie, kau dah truly jadi anak bongsu sorangsorang. dulu, bila mak nak beli bantal pun, kena beli dua. kena sama size and kaler. nanti tak payah dah. kau nak makan eskem sorangsorang pun takpe. 

tapi kalau kau nak dadih, kau suruh kakak buat. 
nanti aku dah takde. 
kau jangan rindu aku. 
kau nanges. . . 

siap kau!
 

No comments: