ensiyahmuhammad

Saturday, September 1, 2012

Al-Kahfi

"en.. ko kenal diah tak?"
"rusydiah ke? kenal. kenapa?"
"dia meninggal pagi tadi. excident"

Hari Khamis, pukul 2.20 petang En dapat berita ni. Mengejutkan. Masa tu En tengah siapsiap nak keluar. Sepanjang jalan En susah nak percaya yang Rusydiah dah takde. Rusydiah bukanlah kawan yang rapat dengan En sangat, tapi arwah sama direct intake dengan En, sama course dengan En. Perginya dia, hilanglah sorang teman seperjuangan dalam accounting. 

Rasanya baru je semalam arwah text En cakap nak jualkan buku Management Information System. Rasanya baru je semalam En borak dengan dia pasal accounting.
Rasanya baru je semalam kami sekelas. 
Ye, rasanya semua baru je semalam berlaku. 

Jujur, En rasa terganggu dengan kehilangan dia. Rasa susah sangat nak percaya. Betul ke? Betul ke? Betul ke? Persoalan yang sering bermain dalam kepala En. 

Arwah orang yang baik, semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman. Ampunkan segala dosanya. 

En rasa serabut. Ditambah lagi dengan ketidakpakaran dalam nak memahami henpon yang baru saja En beli, membuatkan En tambah rasa serabut. Serius, En rasa nak campak je henpon tu masuk longkang and jerit sekuatnya marahmarah. 

Untuk pengetahun semua, memang En panas baran orangnya. En akui. Bila suatu benda tak ikut perancangan En, En mudah marah. Bila ada masalah timbul dan En tak dapat nak selesaikan En mudah melenting. Banyak yang En buat kalau En marah, yang paling En tak suka bila En mula nak jeritjerit tanda En marah. En benci bila En dah mula nak jeritjerit sebab En tahu kemudian En akan menyesal sebab tak kawal marah, tapi bila dah memang langsung tak boley nak tahan sabar, memang lah En menjerit tak tentu pasal. Semua benda jadi tak kena. Text dengan orang pun reply in english. entahlah kenapa, bila en marah, mesti cakap english. rasa otak tak berapa nak berfungsi cakap bahasa melayu.

Malam tu, En macam tulah, memang kalau ikut hati, memang selamatlah henpon tu kat longkang. Mana tak nya, dah la En tengah dalam sedih nak cuba terima hakikat kawan En dah takde, tetiba henpon yang baru dua hari beli buat hal pulak. Memang cari nahas. 

Nak kawal marah, En cuba baca buku. Bolehla. Reda la sket. Malam tu En tidur lewat. kol3.30 pagi. Esoknya En bangun awal. Dalam kol8 pagi kakak ngan abg ipar datang umah. Masa tu En sangat teramatlah mengantuk. Dahla belum mandi apa semua. memang nak sambung tido jela niatnya.

tetiba je kakak cakap
"Ya, jom hantar aku pergi wira damai"
"aku malaslah kau nie. dahla aku tak mandi lagi."
"kau nie.. sepupu abang meninggal la semalam"

tersentak. 

hilang semua mengantuk. cepatcepat mandi. 
terus hantar kakak pegi wira damai. abg ipar dah pegi dulu dengan ayah dia. 

sampai kat wira damai, rasa sangatlah sayu masa tu. 
en tak kenal pun sepupu abang ipar tu. 
bila masuk dalam surau, jenazah dah bersedia nak diangkat. 
semua orang menangis. 
en jadi ikut sebak sama. 
en teringatkan Rusydiah. 
En tak dapat pergi tengok jenazah dia, tapi En tengok jenazah orang lain. 
Tapi mesti, the atmosphere must be the same. 

 Ini, kali ketiga En tengok jenazah dikebumikan. 
Pertama, masa ayah Masaida meninggal.
Kedua, masa ayah En meninggal.

En text beberapa orang. Sepanjang jalan En asek berfikir je. Kenapa En terima banyak sangat berita kematian? En dah mula fikir ini petanda. Orang yang tak sakit pape tetiba sahaja dipanggil Ilahi, apatah lagi En. Maut itu memang di tangan Allah, tapi boleh saja En meninggal bukan sebab En sakit, tapi macammacam. 

Dalam En sibuk tuliskan senarai makanan yang En nak makan lepas En dah habis pantang, tetiba En jadi sedar yang En takde pun senarai yang En buat untuk menghadapi Hari Pengadilan nanti. Mungkin, ini satu teguran untuk En, mungkin En takkan sempat pun nak merasa semua makanan dalam senarai tu. Kalau En tak bersedia untuk hari yang kekali nanti, En jugak yang rugi. 

En text beberapa orang khabarkan tentang pemergian sepupu abg ipar En. 
Salah seorang kawan En reply mesej yang lebih kurang begini bunyinya
"Ini untuk muhasabah diri kita yang kita belum boleh rehat untuk membuat kebaikan"

Lama En termenung. Betul apa yang dia cakap, sama yang macam Kak Mast cakap, "Tiada rehat dalam dakwah, rehat hanya di akhirat nanti"

Tak lama lepas tu, En reply
"en takutlah"
"takut apa?"

Macammacam yang En nak reply. En nak cakap yang En takut En mati dalam keadaan ada hasrat di hati yang belum tercapai. En takut bila En mati nanti EN pergi dalam keadaan yang bencikan orang, sakitkan hati orang, susahkan orang dan macammacam lagi. tapi end up.. en reply macam nie je.

"x. xde pape lah. tc"

tak lama pastu. kawan en balas

"jom baca surah al-kahfi =) "

En tersedar. Betullah. Hari tu Hari Jumaat. Hari yang disunatkan baca surah al-kahfi. Bukan senang nak abeskan baca surah al-kahfi, 110 ayat.

Alhamdulillah, lepas baca, en dah mula tenang sikit. 

Ayat al-quran memang penawar hati. Alhamdulillah

Kelebihan surah al-kahfi yang en ambik dari sini 

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)
yang nie pulak dari sini

Diriwayatkan pula oleh Imam Ahamd dari Mu’az bin Anas dari ayahnya yang mendengar Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang membaca permulaan surah al-Kahfi dan penutupnya, maka itu merupakan cahaya baginya dari hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-Kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang terpancar antara langit dan bumi.”
Daripada al-Hakim dari Abi Sa’id bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan bersinar cahaya baginya selama 2 Jumaat”
Dan daripada Ab bakar al-Baihaqi dari Abu Hasyim bahawa Rasulallah SAW bersabda :
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana  diturunkan maka ia akan menjadi cahaya baginya di hari qiamat”.
Jom baca surah al-Kahfi setiap jumaat :)

Dalam keserabutan yang En alami, ternyata ayat 73 dalam surah alKahfi memberi kesan dalam hati En

"Dia (Musa) berkata, "Jangankan engkau menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah engkau membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku"
"En.. selalunya orang baik Allah panggil dulu"

No comments: