ensiyahmuhammad

Monday, August 20, 2012

Raya 2012


"Yaya, tak masak kek ke tahun nie?"
"Ala bik.. tak sempatlah nak masak"
"Alaaa orang datang sini nak rasa kek yang yaya masak. sedap."
"Makan cornflakes la bik. yang tu buat sendiri"
"Raya haji nanti kena buat ye. janji tau"
"hehehee insyaALLAH bik. kalau sempat"

*keluarga en panggil makcik tu bibik. pakcik pulak mamang.
Tahun nie memang tak sempat nak buat preparation sangat. sangatlah ala kadar raya tahun nie. tak beriye sangat nak raya. Abang ajak nak pergi beraya kat umah saudara kat Sg. Buloh, dalam hati dok fikirfikir je nak ikut ke tak (iyelah.. kenangkan diri tak boleh nak makan sangat). tapi in the end memang tak keluar beraya pun. Azam asyik menangis. Rumah pulak saudara datang. Jadi duduk rumah jelah layan tetamu datang :)

Mak masak soto dengan bakso. Masa takde orang datang, rasa macam nak makan je. tapi sabar. kawal diri. Untuk en, en dah request nak serunding kelapa. Mak buatkan.... uish. pedas! =_= tapi takpe. sedap. hehe

Lisa mengandung empat bulan. Abg ipar lak selsema. Azam menangis. Jadi, raya pertama nie mmg belum berkesempatan lagi nak pegi manamana. 

Tapi en seronok layan budakbudak. Nak borak ngan orang tua tak berapa pandai sangat. ngeee~~

Terasa esok nak pegi beraya je. hihi

Salam Aidilifitri 1433H
dari adikberadik ensiyahuhammad yang dah kawin
:)


No comments: