ensiyahmuhammad

Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan UIAM

Assalamualaikum

18 Ramadhan 1433H. Semalam Nuzul Quran, UIAM yang beralamat Kuala Lumpur tetapi terletak kat dalam daerah Selangor, dapat cuti jugak. So, orangorang yang dok KL jangan jeles. Lenkali keje la kat area yang sempadan macam nie, ley dapat cuti. muahahahaha

Sekarang En nga online kat Library UIA. Kelas abes awal, hari nie kuiz ngan group exercise, redha jela markah macam mana pun. taknak fikir dah, en nak balek umah jap lagi, ada barang yang nak kena cari, kalau hilang, tak tau la macam mana nak jawab. erk. erk. erk. tapi petang before buka kena balek uia lagi, sebab ada iftar ngan Resilia, pastu ada kelas ganti sampai kol10.30 malam.

Nak tau suasana ramadhan kat uia? Setiap hari, ada qiamulail, start pukul3.45pagi, pastu kol5 turun pergi sahur (makanan sahur disediakan hehe). lepas dah sahur, solat subuh, mestilah berjemaah. then diteruskan lagi dengan bacaan mathurat, kepada yang ada kelas, beransur la pulang ke mahallah masingmasing, tapi ada je yang kuat semangat datang jugak qiamulail walaupun ada kelas kol10 pagi dan itu semestinya bukan en. muahhaaha. Kadangkadang lepas asar, ada talk. Setiap hari selasa ada talk dari Ustazah Fatimah Syarha kat masjid level 4. kadang setiap hari Isnin ada halaqah gabungan, tapi kalau takde talk, lepas asar, memang ramai la orang sana sini baca quran. Kol7 akan ada tazkirah kecil, bila bunyi je azan, makan kurma ngan air botol, pun masjid sediakan jugak. pastu terus solat maghrib n turun level 1 utk makan makanan berbuka, pun masjid provide jugak. kiranya, sapa yang rajin datang masjid, dari sahur sampai buka, takyah spend satu sen, semua ada. Lepas makan, ready nak solat isyak pulak, sementara tunggu solat isyak, baca quran lagi. Masjid kat cni, satu hari abeskan satu juzuk. sapa yang larat buat sampai 20 rakaat terawih, kiranya kol11.30malam la baru abes. siapa yang terlebih rajin nak lumbalumba kejar pahala bulan berkat nie, boleyla siapsiap bawak kelengkapan nak qiamulail terus. (^_^)

Hari selain bulan Ramadhan pun banyak dah kelabkelab yang buat program iftar and qiamulail. tapi bila dah masuk bulan Ramadhan, semakin kencang aktiviti tu. ramai yang meraikan anak yatim. Diakui, ada je rumah anak yatim yang tak perlukan pun duit sebab mereka dah ramai orang nak sponsor. tapi anak yatim masih anak yatim, duet berkepuk pun tak guna kalau tak dapat kasih sayang. kerana kasih sayang itu sangat mahal harganya. Jadi, bila ada jemputan anak yatim untuk berbuka sama, kiranya kita dah meraikan mereka dan itu satu usaha murni. :)

Ok, beransur dulu. Salam

No comments: