ensiyahmuhammad

Monday, August 27, 2012

Jaulah Raya Kedah 2012

"eyh jap jap. en tak ingatlah. jaulah tu apa?"
"kan abel dah explain semalam. en tido eyh masa tu?"
"hee tak ingatlah. ye kot"
"takpe. akak ulang balek apa yang abel explain malam tu. jaulah tu macam nie. masa zaman rasulullah dulu. para sahabat pergi bermusafir tapi tak menginap hanya untuk menyampaikan dakwah. kiranya cuma bermalam sahaja, tapi tak menginap. kira macam orang balik sianglah"
"balik siang?"
"eyh.. balik hari!!!"
"HAHHAHAA!"

- Perbualan dalam kereta masa on the way perjalanan pulang dari Kedah menuju ke rumah Abel kat Sungai Besar, Selangor. Tengah malam.

Kedah Darul Aman

Semunya bermula dari kad ini.
Selamat Pengantin Baru Kak Sarah :)

"en, free tak minggu nie? jom pegi kedah! pegi walimah kak sarah sambil beraya umah kak yusfanadia"
"NAK!!!!!!"

Jarang keluar dari kesibukan kota raya KL menjadikan en terkinjakinja nak join Kak Mast pegi Kedah. Walaupun diri sakit, kena pantang makan itu ini. Probability kelaparan kat Kedah sangat tinggi. Tapi, tetap semangat waja nak jugak pegi Kedah. Teguh dengan prinsip, biar perut tak dapat makan, janji mata dapat makan. hahahahahahahaa 

Apa susah, awalawal lagi dah SMS kak Yusfa request nak makan ikan. Senangsenang, mintak je kak Yusfa masakkan laksa. haha

Kami bertolak dari Gombak lepas maghrib. Kami itu siapa? Mestilah Cik Yah dan rombongannya. haha Kami 8 orang je. 5 perempuan, 3 lelaki. 2 kereta (kereta kak ummi ngan tokmoh) . Kak Ummi, Kak Mast, Kak Khaty, NC, Abel, Tokmoh, Umair, and Abang Safwan.

Tetamu di Jam 3 Pagi
 
Sampai kat umah kak Yusfa lam kol2.30 pagi. Yang perempuan tido umah kak Yusfa, yang lelaki tido umah Abid. Tapi tak tros tido pun pastu. Yang lelaki buat kunjungan beraya kol3.10 pagi kat umah kak Yusfa. haha kenapa? Sebabnya, beg kak Khaty ada dalam kereta  Tokmoh. Jadi diorang datang umah Kak Yusfa nak hantar beg. Dah alangalang datang, beraya terus. Kami makan laksa. hehe Sabar jelah orang tua kak Yusfa terima tetamu dari KL nie pada jam 3 pagi. tak sopan sungguh :D

Redah Saja!

Esoknya, en tak ingat kitorang bertolak keluar dari umah kak Yusfa kol bape. Dalam kol10 pagi kot. Yang lelaki sekali dengan Abid, datang umah Kak Yusfa. Sebabnya planning nak jalanjalan sekitar Alor Setar, lebih kurang 40minit dari Sg. Petani. Memandangkan sisters lagi ramai dari brothers, jadinya kami bertukar kereta. Tokmoh keta Alza, kak Ummi keta Myvi. Bertukar!

Destinasi pertama kat Alor Setar ialah rumah Alif Ismail. Borakborak lam setengah jam kot. Sempat jugaklah brothers buat bising kat dapur. entahlah apa yang mereka suka kan. keluar suara lelaki ~_~. kami yang sisters, berborak dengan mak Alif. sangat peramah orangnya. 

Destinasi seterusnya, niat nak pegi rumah Menteri Besar Kedah, kebetulan ada rumah terbuka. tapi niat terbantut, sebabnya... ramai sangat orang daaaaaaaaaa... Cancel. Kitorang patah balik, pegi Muzium Padi. Bergambar dekat Muzium Padi saja, tak masuk dalam. Masa itu emas, kitorang kejar masa nak pegi walimah kak Sarah kat Lunas. 

Comel je kan no.plat motor macam nie?
Usraty maksudnya Keluargaku :)

Haha cuba teka mana kitorang jumpa motor nie? hehe Kat KL tak jumpa no.plat motor macam nie. Sebenarnya, sebelum pegi rumah kak Sarah, singgah rumah ustaz Rosli. Kebetulan masa kitorang sampai, Ustaz Rosli tak sampai rumah lagi, kitorang nie pulak dengan muka yang sangat cantik dan hensem selamba ceroboh rumah ustaz Rosli, kat bahagian luar jela. terjumpa pulak dengan no.plat nie. Jakun banyak, amek gamba. haha

"Kenapa macam pelik je motor nie en?"
"Aahla kan kak Mast. Kurus semacam je. En tak pernah pulak dengar motor jenama Dr. Z. Umair, pena dengar ke motor jenama Dr. Z?"
"itu bukan motor lah. Itu basikal"
"Basikal?"
"Iyelah. basikal elektrik. Kat greenwood pun ada jual. seribu lebih je."
"Hah?! yeke?"
"Nanti masa CONVEST tengoklah. mesti ada"

Huu sekali tu basikal lah. bukan motor. patutlah no.plat laen macam. hahahaha pengalaman sungguh.

Pastu kebetulan jugak, ustaz Rosli pun sampai. Masuk dalam rumah. Borak dengan Ustaz kejap then ustaz kena bergegas pegi meeting. Isteri Ustaz yang layan kami. Tak ingatlah berapa lama kat sini. Tapi masa nak balek, kitorang take away keropok lekor. hehe

Lepas tu, baru kitorang menuju ke Lunas. Sejam lebih jugak tu nak sampai Lunas. Yang kelakarnya, kitorang datang lambat kat rumah kak Sarah. Pengantin lelaki dah balek dah pun. Catering pun siap ada yang kemaskemas, tempat makan beradab dengan pelamin pun dah siap nak kemaskemas. tapi makanan ada lagi. 

Brothers jangan cakap lah. makan banyak. ada roti canai, nasi dll. en makan laksa je. Stay umah kak Sarah lama jugak lah sebab tumpang solat sekali. amek gambar lagi. Banyak lak tu. dari dalam bilik pengantin sampailah ke luar. hihihihi 

Lepas pegi rumah Kak Sarah, tak terus balek rumah. tapi balek rumah Abid dulu. Beraya. Masa tu dah kol7 malam. terbaik. Borakborak kejap, kitorang balek betolbetol masa azan Maghrib. Family Abid dah bersiap nak pegi masjid dah :D

Sampai dekat rumah kak Yusfa. Kitorang bersihkan badan, mandi solat and berkemas. brothers sms cakap nak gerak kol9 malam. Tapi, jadinya kitorang gerak kol10 malam sbb yang brothers terlebih rehat la pulak. huhu takpelah dimaafkan sebab diorang drive lama nanti. 

Keluarga Kak Yusfa prepare banyak makanan untuk kitorang and ikan special utk en. ngee~~ Bermusafir lah kami dalam kegelapan malam dan kesedihan nak tinggalkan bumi Jelapang Padi. Rasa macam dah lama je datang Kedah, tapi sedangkan tak sampai sehari pun. 

Berhenti 2 kali je. Rehat minum kopi dekat Perhentian Semanggol. Makan and pertukaran driver di Perhentian Tapah. Destinasi seterusnya ke Sungai Besar. Nak hantar Abel pulang.

4 pagi

Perjalanan ke Sg. Besar dari Perhentian Tapah lalu Bidor bukanlah satu jalan yang best je. huhu walaupun en tido sentiasa, tapi kerana jalan yang sangat best en sampai mengigau. huu jalan tak berapa rata. en bangun bila pemandu kata

"Dah sampai dah kita"

tengok jam kol 4 pagi. Mak Abel bukakan pintu. Brothers tido dekat ruang tamu, sisters tido dalam bilik. Mak Abel ada tanya nak minum pape ke. tapi masa tu semua fikir nak tido je. En lagi lah. memang tak ingat apa dah. tido je. Dengar cerita yang brothers tak tido, tunggu subuh. tapi entahlah en tak tahu. biarlah mereka. janji en tido. hehe

lam kol7.30 pagi sarapan. Terharu pulak rasa bila tengok kat atas meja, teh o, ikan sardin dengan nasi impit. khas untuk en. nasi datang kemudian. huuu habes en makan nasi tu. yang laen pun nak minum teh o jugak. hihi tetiba rasa sonok pulak tengok ramai yang tak minum susu, takdelah en rasa en macam alien. :D

Bertolak dari rumah keluarga Abel lam kol10pagi. 

Jalan Kent 3

Asalnya nak terus ke UIA saja. tapi nak transfer gambar dari kamera Abang Safwan, jadi kak Mast cadangkan kami terus saja ke rumah nenek kak Mast. Diorang pun ok sahaja. Menujulah kami kat rumah nenek Kak Mast. 

Hebak sungguh! sampaisampai je, kat atas meja ada spagethi, nasi dagang. pergh! tapi nenek kak Mast takde, beraya rumah kawan. sambil mereka makan, en transfer gambar. tapi malangnya, en takde pendrive, jadi gambar dari kamera Abg Safwan en tak amek lagi. 

Tak stay lama sangat dengan rumah nenek kak Mast, tapi boleh tahanlah nak ilangkan penat. 

Perpisahan

Dari rumah kak Mast, menujulah semua orang ke destinasi masingmasing. En naek keta dengan Tokmoh, Umair dengan abg Safwan sebab Tokmoh hantar abg Safwan dengan Umair pergi Stesen Setiawangsa then pastu Tokmoh hantar En balek. Kak Ummi lak hantar kak Khaty ke UIA.. Kitorang berpisah sebab Tokmoh guna jalan dato' keramat. tapi kak Ummi guna DUKE. then later, tokmoh dengan kak Ummi berjumpa kat UIA dan pulang ke Banting. 

Perjalanan yang panjang. 

Jujurnya, apa yang en abadikan dalam nukilan nie hanyalah luaran saja pergerakan kami sepanjang berjaulah. pengalaman pertama untuk en. tapi, apa yang membuatkan perjalanan ini sangat bermakna, persoalan, perkongsian yang menyentuh hati, en simpan kemas dalam buku hitam rantai kunci bentuk hati. 

"nanti en joinlah selalu mukhayam. kitorang selalu travel ramairamai macam nie"
"lepas nie takde dah step away. en kena step in je"
"apa yang kita kongsikan dalam kereta simpan kuat dalam hati ye en"

InsyaALLAH.

1 comment:

Qima said...

=]
senyum penuh makna untuk En Siyah Muhammad ~!
=]

Lebih bermakna bagi akak untuk ada di sebelah En. Bermuayashah. Alamak betulke eja ni? =\ gulp2 =\

=]