ensiyahmuhammad

Friday, August 3, 2012

Bateri

Assalamualaikum

Hampir lima hari laptop ASUS A08 yang mencecah usia 5 tahun ini tidak dicas baterinya. Maksudnya? Ya, itu juga bermakna sudah lima hari en tak buka laptop. Kenapa? Satu, sebab en tak boleh nak connect internet. Dua, sebab en tiada kerja yang memerlukan untuk en membuka laptop. 

Rindu menulis pada blog, meluahkan apa yang dirasa, berkongsi maklumat yang insyaALLAH bermanfaat dan sekalisekala jari menari tanpa rentak. Sekadar ingin mendapatkan kepuasan apabila bait kata tercipta dari susunan dua puluh enam alphabet

Tenang. Mungkin itu satu ayat yang paling tepat untuk En gambarkan perjalanan minggu ini. Perjalanan sebagai seorang pelajar itu memang biasa, kelas, assignment, kuiz, presentation, preparation untuk program dan sebagainya, itu memang norma kehidupan seorang pelajar. Tiada yang menarik tentang itu (yeke? ragu jap. hehe) Kadangkala bila en menulis, bukanlah en berniat untuk menyampaikan sesuatu. tapi en sekadar ingin menzahirkan persoalan yang bersarang di dalam kepala. Kerap kali juga banyak persoalanpersoalan yang en inginkan jawapan yang sangat tepat beserta dengan dalildalil dalam al-quran atau disokong dengan hadishadis untuk berikan keyakinan pada en. Sebabnya, ada ketikanya, katakata yang tanpa diiringi dengan sokongan membuatkan en rasa jawapan pada persoalan en itu adalah lemah. Mungkinkah, tanpa sedar, en adalah orang yang sangat inginkan kesempurnaan dalam jawapan yang diberi? En sendiri tidak sempurna, bagaimana mungkin en mahu orang lain jadi sempurna untuk en? Walaupun en tahu tentang fakta ini, jadi mengapa en masih mahukan kepuasan dalam jawapan? adakah en seorang yang tidak adil?

Ataupun, nungkinkah ketenangan yang en rasakan itu adalah hikmah yang ada kerana en tak boleh nak connect internet? Bila en tak boleh connect pada internet maka en pun jadi lebih 'terjaga'? Setiap perkara yang berlaku kan ada ada hikmahnya. sama ada kita dapat menyingkap hikmah itu ataupun tidak. Wallahualam

en bersyukur en dapat rasai ketenangan itu. Dikala saat orang lain sedang berperang dengan halhal pelajaran, en diberi nikmat kelapangan yang boleh en katakan sebagai luarbiasa. Hari Selasa lepas boleh en kelaskan sebagai hari yang sangat bermakna untuk en. Maaf untuk Fada, Masaida, Hisan, Syaza, Fatimah, Sapinah kerana en menolak untuk berbuka puasa bersama. Salah satu ciri orang munafik adalah apabila berjanji dia mungkiri. dan en sedang belajar untuk menjadi orang yang tidak mempunyai ciriciri orang munafik. InsyaALLAH

Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astaghfirullah 'ala kulli hal

Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astaghfirullah 'ala kulli hal

Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astaghfirullah 'ala kulli hal

Satu lagi yang en belajar pada minggu ini adalah, apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan dan kita berkemampuan untuk melaksanakannya, maka teruskanlah, usah putus asa pada jawapan negatif temanteman. Memang en tidak suka untuk bersendirian, perasaan sayu, sedih, kecewa dan tidak bersemangat, itu ada. En masih perlukan sokongan seseorang yang bisa katakan 'ya' pada setiap kebaikan yang en ingin lakukan, tapi en harus paham yang kita hanya mampu mengajak dan sama ada mereka menyahut atau tidak, itu terpulang kepada kemampuan masingmasing. dan, sampai bila en perlu bergantung pada orang lain? sedangkan apabila kita berada di kubur nanti, kita tetap akan sendiri? 

menjadi seorang sahabat yang ada pada waktu suka dan duka mmang impian orang, sebab kita memang sentiasa perlukan seseorang. namun, en ingin menjadi seorang sahabat yang bisa bergembira tanpa iri hati apabila sahabat en memperoleh kebaikan. analoginya kerana, sahabat seperti ini tetap akan ada pada waktu sukar dan tidak akan bergembira di atas kesedihan seseorang kerana apabila dapat bergembira tanpa iri hati insyaALLAH, kita pasti dapat bersedih tanpa suka hati. 

sukar untuk menjadi sahabat yang seperti itu, sedangkan en sangat mudah terasa bila temanteman en melakukan kebaikan tanpa mengajak atau memberitahu en. mestilah en mahukan kami membuat kebaikan bersamasama. mengukuhkan kasih sayang dan menambah kepercayaan. tapi, adakalanya en harus menerima yang lain orang lain prinsip. ada yang berpendapat, apabila kita membuat kebaikan, kita harus buat tanpa perlu orang lain tahu. itu kontra dengan prinsip en yang bila kita mahu membuat kebaikan, mahu saja en ajak semua orang yang en kenal bersamasama dengan en. biar kita samasama dapat pahala, biar kita samasama berkongsi rasa.
oh, ingin en berkongsi tentang katakata dari Saidina Ali R.a 
Lima perkara yang menghalang sesorang menjadi orang yang soleh
1 Senang kepada kejahilan
2 Tamak kepada keduniaan
3 Kedekut pada kelebihan
4 Riak dalam amalan
5 Kagum dengan pandangan diri sendiri

penjelasan lebih lanjut untuk setiap satu elemen bolehlah explore pada blog ini
Samasamalah kita muhasabah, adakah terdapat salah satu ciriciri ini dalam diri kita?
Wallahu'alam.

p/s: iman dalam diri kita ini umpama bateri henpon/laptop, setiap hari perlu di cas. kalau tidak, akan terus berkurang, berkurang, jadi kuning, merah dan mati. tidak dapat diselamatkan lagi melainkan di cas. jadi iman kita akan berkurang, berkurang, jadi kuning, merah dan mati. dan yang dapat menyelamatkan iman kita adalah dengan muhasabah dan ibadah kepada allah. Aamiinn.

No comments: