ensiyahmuhammad

Tuesday, August 21, 2012

1433H, Syawal 2

Satu Peringatan untuk kita semua :)
Salam 2 Syawal 1433H
 *************************************************************************

"Ya, cheezy wedges kfc kau boleh makan ke?"
"Tak boleh sbb ada keju. Kentang putar dia pun aku takut nak makan. takut ada susu"
"Macam mana nak beli kfc nie. Kalau beli untuk mak je mesti mak tak sampai hati nak makan depan kau"
"Beli je. Aku tak kisah. Mak mesti makan punya nanti"
"Ya, nanti kau dah sembuh. kau cakaplah apa yang kau nak makan"
"hehe ok"

-Perbualan adik, abang dan kakak ipar di dalam kereta selepas seharian beraya

Pagi nie, niat nak puasa sunat enam. tapi tak kesampaian bila senggugut menyerang kol5.30 pagi. :S alhamdulillah, taklah seharian. jadi boleh la ikut abang pergi beraya dekat rumah saudara. Keluar rumah kol12 tengah hari. singgah umah kakak, dia pun nak ikut beraya jugak. tapi azam merengek. dia tido umah kakak. aku pun join tido sekali. kol2 baru gerak pegi sg.buloh. 

Beraya umah nenek, umah bibik asliyah, umah rahim. umah mamang rahim. umah mamang rusmi. umah saudara kak mikmik. takdelah banyak. tapi satu rumah stay paling kurang setengah jam. boleh tahan lah berjam jugak. huhuhu. kol10 baru sampai rumah. bukak cerita mael lambung, dah tak paham dah cemane story dia. jadi sekadar bukak je. 

walaupun tak dapat makan sangat. (aku rembat kerepek ngan buah je kat tiap umah. haha) aku lapar snanyer. tapi aku tak kesah sangatlah. dapat jumpa sedara mara. tengok budakbudak kecik. sonok. generasi azam dah semakin berkembang. bakal anak aku pun tak sabar dah nak join generasi azam. ahahahaha peghasan sungguh!

and. rindu aku nak cakap dengan budak perempuan kecik terubat. 

Perbualan pertama

cakapcakap dulu dengan mak sofia. pastu baru cakap dengan sofia
"selamat hari raya sofia.."
"selamat hari raya akak..."
"piaaaaa ingat lagi tak dengan kak en..?"
"ingattt"
"pia pakai baju kaler apa tahun nie?"
"pia pakai baju kaler peach... sama dengan kakak dengan abg"
n blablabla

- Sofia. Adik angkat Felda Chegar Perah

cakap dengan sofia kejap je. mak cakap pia malu. masa cakap dok sengihsengih macam lah ada aku kat depan. tapi selalu je dia tanya pasal kitorang. (kitorang sebab aku ada kakak angkat sorang lagi. kak yuni)

Perbualan kedua

cakapcakap dulu dengan mak nia. pastu baru cakap dengan nia sebab adik nia nanges. 

"assalamualaikum nia.."
"waalaikummussalam kak en"
"nia pakai baju kaler apa ri nie?"
"hari nie kita pakai baju kaler ijau."
"iyeke .. semalam nia pakai baju kaler apa pulak?"
"semalam kita pakai baju kaler biru. kak en, duet kita banyak tauu"
"bagi lah kak en sikit.... sapa bagi nia duet banyakbanyak"
"kita pergi berayalah dengan kawankawan.. semalam. hari nie"
"nia taknak ke beraya rumah kak en?"
"rumah kak en kat mana?"
n blablabla

- Nia. Adik kawan. 

seronok cakap dengan nia. sangatlah petah berkatakata. lenkali nak borak dengan nia lagi lah. hee pas dah off tepon. dia call. tapi aku tak perasan. aku call balek. aku tanya lah kenapa nia call tadi. nia cakap "kita tadi lupalah nak tanya.. akak ada kat mana sekarang?" comel jek. haha

Jauh di sudut hati sangat teringin nak dengar seorang adik tu berceloteh. aku rindu dia. selalu. 

thank u pia and nia :)

No comments: