ensiyahmuhammad

Friday, July 20, 2012

Titis

Assalamualaikum

Titisan air sedang jatuh dengan hebat di luar sana. Wahai dunia, adakah engkau sedang menangis? Atau mungkinkah engkau sedang bersyukur? Bahasamu tidak ku fahami. Mungkin ku salah tafsir atau aku yang tidak memahami? Salam kasih untuk dunia, milik Allah yang Esa. 

Kat luar sedang hujan lebat. Hari ini 20 Julai 2012. En ada miterm Intermediate Accounting. Pertama kali bersardin dalam dewan yang sesak. Mana tak sesak, 2 subjek di gabung bersama. Management Accounting Fundamental (MAF) dan Intermediate Accounting (IA). Nisbah 2:1. huhu 

Student yang amek MAF

Bahagian nie je yang amek IA

Answer Book En. hehe
Mungkinkah ada yang meniru? 
Bukan. itu bukan soalan yang tepat, punya waktukah mereka untuk melihat ke kiri kanan?
Iya. Mungkin bisa mereka mencuba untuk meliriklirik jawapan kawan yang lain. Tapi harus ingat, ALLAH itu Maha Melihat :)

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga satu perkara. Ada lagi beberapa perkara sedang dalam persediaan. Doakan segalanya akan sempat siap pada minggu ini. 

Kehidupan sebagai pelajar itu memang sentiasa penuh dengan kerja. Tak perlu merungut walaupun kadangkadang tetap juga mahu merungut bila merasa sangat berat melakukannya. 

Tapi tidak, bukan rungutan yang En kesalkan. En kesal bila En masih belum mampu untuk membahagi masa dengan baik. 

Uh.

No comments: