ensiyahmuhammad

Tuesday, July 10, 2012

KataKata itu . . .

"Kalau en tak keberatan, boleh tahu kenapa en putuskan begitu?"
"Akak akan terus hantar mesej macam biasa. Kalau en tak free, en bagitahu jelah"
"En, boleh ke?"
"Makin kita jauhkan diri, makin menjadijadi perasaan tu en. Kita tak boley sorangsorang"
"Semua? 1 pun taknak join lagi? Yakin yang en takkan rindu nak jumpa adikadik? Bagi semangat dekat mereka? Yakin en takkan rindu masuk kg orang asli? Yakin en takkan rindu dengan kawankawan yang bersusahsusah dengan en? Apa yang menghantuimu wahai en siyah?"

Mesej yang last sekali tu merupakan orang yang pertama tahu tentang keputusan en. Katakata yang lainlain tu merupakan reaksi setelah hasrat dinyatakan. Tinggal satu lagi organisasi yang en belum luahkan hasrat hati. Tapi, still. . . target semuanya akan diberitahu by the end of this week. 

Tak perlu seantero dunia tahu apa yang berlaku. Cukuplah hanya orang tertentu tahu. 

Sejak sekolah lagi, hidup En tak pernah lagi statik dengan gelaran "Murid/Pelajar" sematamata. Pergi sekolah. Balik sekolah. Hujung minggu keluar dengan kawan. Hari Guru ponteng ramairamai, lagilagi bila ada Jusco Sale, semua pakat taknak datang sekolah. 

Tak! Itu bukan En. 

Dari sekolah, kehidupan en. Pegi sekolah kol 7.10 pagi. Pecut ngan basikal berlagak macam pro rider, sampai kat sekolah kol7.25 pagi. letak beg. ronda sekolah. kalau ari isnin, kelam kabut nak pastikan MC, Pembaca doa , PA sistem dah ready. Bangunan kosong. dekat rehat, keluar awal, masuk lambat. Kawankawan lain sibuk makan dekat kantin, pengawaspengawas sibuk borak dengan kawan dekat tempat tugasan, en tengah round satu sekolah nak pastikan pengawas bertugas. Hari jumaat pulak pastikan semua pengawas hantar buku laporan. pastu komen satusatu. pernah sekali tu, kena marah sorangsorang dalam bilik cikgu disiplin walaupun bukan salah sendiri. orang lain sibuk belajar Add Math senang lenang dalam kelas, en pulak tengah menangis sorangsorang. 

Pukul1.30, pelajar lain sibuk berlumba balik ke rumah. En tak. Kadang kena stay nak mesyuarat combine pengawas pagi petang. Kadang tu, sibuk jugak berlumba balik rumah. tapi pukul 4 dah kena datang balik, ada kawat. Kalau kena kawat pagi, maknanyer en masuk kelas lepas waktu rehat. Kalau ada kerja dengan majalah sekolah, kadang satu hari tak masuk kelas. kadang, lepas rehat takde dalam kelas. takpun satu hari tak masuk kelas, tapi curi sekejap masuk masa Add Math. Kalau kena siapkan keje pengawas, terperuk dalam bilik pengawas, sampai pukul 6 petang pun ada. bukan sehari. bukan dua hari. pernah berminggu jugak. 

Bila kawan ajak keluar minggu. tak boleh. Ada pertandingan tu, pertandingan ini. ada keje kena siapkan. ada itu ada ini. Nak keluar dating pun tak boley. Masa tu, kalau nak jumpa ngan orang tu, kena awalawal pagi lam kol8.30 pagi dekat taman. tapi sekejap je. sampai kol9.30 pagi. pastu dah kena balek. Tapi bagus jugak, orang tak tau en ada bf masa tu. muahahahha

Nah. itu baru sedikit kehidupan en sebagai seorang pelajar masa sekolah menengah. bukan tak jeles tengok kawan sukasuki pegi sanasini, amek gambar ramairamai. keluar ngan bf masingmasing (masa tu jela) bilabila masa.dari dulu lagi, kalau nak planned pape dengan en, selalu kena planned awal. kalau tak mesti en tak boley. 

itu masa zaman sekolah. 

masuk ke universiti. memang dah pasang niat dah. taknak jadi apaapa. taknak masuk pape. nak study je - kononnya lah. 

Tapi yang jadinya sangat laen. masa kat universiti lah makin menjadijadi. rumah dekat, tapi kadang balek kadang tak balek. tapi boleh kata memang tiap minggu balek. kalau tak balek masa sabtu ahad. harihari biasa, mintak pinjam motor mas. balek la 2 3 jam. kira balek jugak lah tu. kira tak pernah miss la tak balek. takpun yang lagi best. order je nak apa dari rumah, siang order, malam dah dapat. order hari ini, paling lambat esok akan dapat. buku tertinggal pun boley je lagi nak balek umah amek. demam sikit mintak makanan dari umah. 

yup. heaven btol rumah dekat macam en. sangat. haha

kiranya nak cakap. hidup en memang tak pernah leisure. tak pernah en tak buat pape. tak pernah en tak rushing sana rushing sini. tak pernah lagi bila orang tanya en nak buat apa pasni, en bagi jawapan en tak buat pape. mesti jawapan en, en nak pegi sana, pastu en nak pegi sini. en nak jumpa orang tu jap. en nak jumpa orang nie jap. en ada meeting malam nie blablabla.

sampaikan pernah abg pelik dengan en, kat uia en amek accounting atau en amek course pelancongan sebab kadang ada program yang kita akan travel ke manamana. kelantan, pahang, perak dan sebagainya. en suka sebenarnya. lagi jauh lagi bagus. en asek terperuk kat kl nie. tak mengembang otak. haha

itu en. en yang penuh dengan aktiviti. en yang tak suka masa ilang begitu sahaja. en yang benci tengok orang yang tak buat pape dalam bilik, kalau study takpela. tapi nie layan citer korea je. pastu tidor memanjang.

tapi sekarang mungkin semuanya akan berubah. 

jujur, en tak tau macam mana en akan hadapi keadaan nie. keadaan yang di mana, bila abes je kelas, en takde benda dah nak buat. 

takde program. takde meeting. takde iftar. takde apaapa.

jelas, en takde alasan yang nyata utk menghentikan aktiviti yang en sukai. aktiviti yang en kira, hanya boley en lakukan selagi mana en memegang gelaran seorang pelajar. aktivitiaktiviti yang menemukan en dengan orangorang yang hebat, yang mengajar en erti setiakawan, komitmen, kerjasama. 

silibus hanya memberi ilmu baru, yang dihafal akan terus sampai ke otak. ataupun keluar menerawang entah kenapa. tapi kehidupan memberikan kita pelajaran yang terus terpatri ke dalam hati. 

ada katakata yang mengatakan, Allah memandang pada usaha, bukan pada hasilnya. 

melalui katakata ini, en dapat menyimpulkan yang kemanisan ketika berusaha itu lebih indah dari keputusannya. ya, sepanjang dalam menjayakan program, kita akan dapat melihat banyak ragam. tawa nangis, tapi itulah yang kekal dalam memori. ukhuwah semakin rapat. 

susah en nak bahaskan lagi. 

en sayang semua. en sudah pun mula merindui semua. en masih menacari kekuatan untuk mengakhiri yang satu itu. mungkin, mungkin pemilik nama en siyah muhammad itu memang hidupnya perlu sentiasa di isi dengan aktivit. 

namun, keputusan telah di ambil. ayuh kita lihat, pemilik nama en siyah muhammad ini menjalani hidup tanpa aktiviti. 

pokoknya, hati masih lagi berpesan pada diri

"En Siyah, kuatkanlah kebergantunganmu pada ALLAH"

No comments: