ensiyahmuhammad

Sunday, July 15, 2012

Bersangka baik

Amek dari Doodle Dakwah. Comel giler tgk katunkatun kat situ!
Assalamualaikum

Permulaan post dengan kartun yang comel dari Doodle Dakwah. Bila En usha katunkatun yang ada dekat Doodle Dakwah, sangatlah cemburu dengan diorang semua. Dahla comelcomel pastu katakata semua bestbest. Siyes dengki gila. Nak belajar jugak buat katun camtu. Takdela En nak kerjakan gambar anak buah. Hari tu kepala En rasa terlebih gila sikit, jadinya, En ambik gambar kakak dengan gambar Azam buat ucapan Salam Ramadhan. Ringkas je. Tak lawa pun. 


Azam. 3 bulan. 7kg! Budak nie semangat. Tak larat nak angkat dia =_=

Berbalik pada tajuk post. Bersangka baik. 

Susah ke nak bersangka baik? Bersangka baik nie En selalu sama ertikan dengan sentiasa optimis. En tak tahu apa pendapat kawankawan tentang bersangka baik. Tapi bagi En, nak bersangka baik dengan seseorang sangat susah. Kalaupun boleh bersangka baik, mesti prasangka buruk dulu yang datang, lepas dah cool down baru lah boleh nak bersangka baik. Itu pun kena minta pendapat ramai orang. 

En bagi contoh, bila ada kawan kita janji nak tolong kita on something, pastu tak jadi. Mula lah kita mula nak terasa hati sebabnya dia mungkir janji. Walaupun dia dah terangkan kenapa dia tak boleh nak tolong kita, dalam kepala kita mesti ada banyak je hasutanhasutan yang taknak terima alasan dia. Pastu, mula lah nak masam muka. Tak pasalpasal je taknak kawan dah. Padahal kita tak tahu yang dia ada masalah lagi berat, cuma dia taknak bagitahu kita. Mungkin kalau kita yang berada dalam tempat dia, kita tak mampu untuk tersenyum. 

Contoh yang lain, bila kita hantar mesej, kawan kita tak reply. Sehari, boleh sabar lagi. Dua hari, dah tak senang duduk. Tiga hari, dah rasa nak marah. Masuk keempat lima hari. Memang dah mulalah nak ishtiharkan perang. Tibatiba masuk hari ke sepuluh, barulah kawan kita reply mesej. Dia cakaplah yang dia busy buat kerja, tak sempat nak layan benda lain. Masa tu, mesti kita sentap kan, mesti kita fikir, takkan lah sampai nak reply mesej yang tak sampai 2 3 minit pun tak sempat? Sedangkan kita tak tahu yang sememangnya dia tak buat alasan. Dia sangat busy buat kerja sampai tak sedar masa, balik bilik terus tertidur. Even nak makan pun tak sedar.

Harus akui, yang kita sebenarnya, memang pentingkan diri sendiri. 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

Maksudnya : "Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan".

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
 Ini nasihat untuk diri sendiri sebenarnya.

Sebab, En memang macam tu. En rasa frust bila saat En perlukan seseorang, masa tu lah takde orang yang teman En. Takpun, En tahu ramai orang yang boleh je nak dengar apa yang En nak cakap, walaupun En cakap benda yang sama berulangulang kali, En tahu dia tak bosan nak dengar. Tapi, still, En nak orang yang En contact tu yang layan En. Tapi, bila orang yang En contact tu tak layan, mesti rasa kecewa. Takpun, kalau orang tu balas, tapi macam takde mood je nak layan, lagi la rasa sakit hati.

Pastu mula la rasa sakit sendiri. Rasa takde sapa yang sayang. Rasa macam takde sapa peduli. Rasa macam benci dengan semua orang. Rasa kecewa ngan diri sendiri sebab takde tempat nak mengadu. Macammacam lah rasa negatif.

Adeih Adeih Adeih. Bila cakap macam nie, rasa macam sangatlah tidak stabil En nie.

=_=

Teori memang tak semudah praktikal. Itu pasti.

Kawankawan, terutamanya diri En. Janganlah cepat menghukum selagi kita tidak tahu keadaan sebenar. Siasatlah kesahihannya dulu. Senyum selalu.

p/s: Itu kawan En cakap dekat En. Dua baris kata yang ringkas, tapi memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk lakukannya.

No comments: