ensiyahmuhammad

Monday, July 9, 2012

8 Julai 2012

Assalamualaikum

Hari ini 8 Julai 2012. 

Suatu masa dahulu, En selalu ternantinanti tarikh ini. Tarikh ini pernah menjadi tarikh yang istimewa dalam hidup En. Walaupun kini tarikh ini hanyalah sejarah, tapi tetap, tarikh ini tak pernah gagal mengimbau memori. 

Hari ini 8 Julai 2012. 

Sekali lagi tarikh ini memberi memori yang terpatri. Satu UIAM terputus bekalan elektrik. Jadi, ramai yang memilih untuk keluar pada hari ini. Kawan mengajak pergi melawat Taman Rama-rama, Taman Burung dan sekitar KL. Jujurnya, walaupun En sejak azali memang tinggal di daerah ini, En tak pernah lagi menjejakkan kaki ke tempattempat tersebut. Terbit keinginan untuk mengikuti. Tetapi dengan nekad hanya membalas "Taknak. Thank you ajak". Terkilan sebenarnya, tapi hati tetap keras menolak. Maaf teman andai kalian terasa hati.

Usah dinafikan betapa kuatnya keinginan En untuk pergi ke Putrajaya melihat bungabunga. Kawan sudah memberikan alternatif untuk pergi ke sana menggunakan kenderaan awam. Tapi, masih.... negatif. En di rumah. Baking cake. Baking instant cake. 

Tapi bukan itu memori yang terpatri pada 8 Julai. Bukan itu. Bukan.

En dah buat keputusan drastik.

Jujurnya, En pasti akan rindukan semua itu. 
En tak mahu katakan itu keputusan yang terbaik. 
Tapi hanya itu jalan yang En dapat fikirkan. 

Satu pesanan yang En katakan pada diri. 

"En Siyah, kuatkanlah kebergantunganmu pada ALLAH"

No comments: