ensiyahmuhammad

Friday, July 27, 2012

5 Ramadhan : 25 Julai 2012

Assalamualaikum
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat kan? Rugi kalau bulan yang penuh berkah nie di isi dengan masa fikirkan nak pakai baju apa, nak buat kueh raya apa, bukannya pengisian jiwa. Lagilagi pelajar yang macam En nie, di kala orang laen menyambut Ramadhan di rumah, En dan kawankawan yang lain berada di taman ilmu dan bumi, sedang berperang dengan bidang masingmasing.

Alhamdulilla, dalam kesibukan, Allah berikan peluang dan ruang untuk pergi ke majlis ilmu. InsyaALLAH, en cuba untuk kongsikan apa yang en dapat dalam majlis ilmu ini.

Tajuk : Lau kana Bainana - Bagaimana Rasulullah dan para sahabat menyambut Ramadhan?
Tempat : ADM LT1
Penceramah : Dr. Nadzirah

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat al-quran dari Surah Al-Fath: 27 - 28 yang bermaksud.

"Sungguh, Allah akan membuktikan kepada Rasul - Nya tentang kebenaran mimpinya bahawa kamu pasti akan memasuki Masjidilharam, jika Allah mengkehendaki dalam keadaan aman, dengan menggundul rambut kepala dan memendekkannya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, dan selain itu Dia telah memberikan kemenangan yang dekat. Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar dimenangkanNya terhadap semua agam. dan cukuplah Allah sebagai saksi"

  • Dalil kefardhuan puasa terletak pada surah al-baqarah ayat 183 sampai 186.
  • "Wahai orang beriman!" pada permulaan ayat merupakan satu ayat perintah kepada semua orang beriman untuk menyahut seruan. 
  • Allah telah pun memberikan perintah untuk berpuasa terhadap nabi terdahulu, cuma cara pelaksanaan setiap nabi itu berbeza. Contoh: Puasa Nabi Zakaria tidak boleh bercakap. tetapi puasa umat Nabi Muhammad merangkumi semua anggota (makruh bercakap banyak dan tidak perlu, tidak makan, tidak minum, makruh tidur sepanjang hari n etc)
  • Mengikut riwayat, Nabi Muhammad S.A.W sepanjang hayat baginda pernah melalui 9 kali Ramadhan. 8 kali selama 29 hari dan sekali selama 30 hari.
  • "Bila datang bulan Ramadhan dibukalah pintupintu syurga dan ditutuplah pintupintu neraka dan dibelenggula para syaitan" (HR Albukhari dan Muslim). Ada yang pertikaikan hadis ini yang mengatakan syaitan dibelenggu adalah syaitan yang kecilkecil sahaja sebab masih ramai orang yang melakukan maksiat pada bulan ramadhan. Tapi, usah dipertikaikan tentang fakta itu sebab Allah tak sebut kat manamana syaitan jenis, pangkat apa dan bagaimana syaitan itu dibelenggu (sama ada di rantai atau diikat). Jadi, sebagai umat islam, kita harus percaya yang syaitan tiada pada bulan ramadhan. 
  • Peristiwaperistiwa penting masa bulan Ramadhan:-
    • Diturunkan ayat al-Quran
    • Peristiwa perang Badar
    • Pembukaan kota mekah
    • perjalanan Nabi s.a.w ke Tabuk
    • Islam sampai ke Yaman
    • Khalid al-walid meruntuhkan berhala al-Uzza
    • Penyerahan bandar Thaif
    • Pembukaan Andalus
  • Untuk pelajar yang masih belum berkahwin, rebutlah peluang ini untuk isi masa dengan perkaraperkara yang dianjurkan pada bulan ramadhan macam iktikaf,qiamulail,tilawah dan lainlain sebab bila dah berkahwin nanti, masa sangat cemburu untuk buat perkaraperkara tersebut. iyelah, nak uruskan rumah tangga, walaupun urusan rumah tangga itu pun satu ibadah, tapi sikit sebanyak pasti kita akan merindui untuk melakukan ibadahibadah yang lain. 
  • Untuk yang dah berkahwin, ataupun apabila kita dah berkahwin, tak salah kalau kita nak buat persediaan untuk raya (langsir cadar baju raya kueh raya dll). tapi jangan sampai kesibukan kita mengganggu amalanamalan kita. lebihlebih lagi 10 malam terakhir ramadhan. ingat!
  • Untuk perempuan yang sedang uzur, walaupun tak boley solat dan berpuasa. tapi ada amalan yang boley dibuat dan sering dilupakan, ZIKIR TANPA HAD! untuk topup balek amalamamalan yang kita tak boley buat. 
  • Masa zaman Rasulullah dulu. para sahabat selalu ikut apa yang nabi buat, sampaikan boley kata tiaptiap malam diorang bersama berqiamulail bersama nabi. sampaikan ada satu malam tu, nabi sengaja taknak datang masjid. para sahabat sampai cari nabi ke rumah baginda, ada riwayat yang mengatakan, ada sahabat yang baling batu ke pintu rumah rasulullah kotkot rasulullah tertidur.(yelah, dulu mana ada tepon nak call tanya buat apa) esoknya, nabi pun terangkan pada sahabat yang baginda memang sengaja tidak hadir ke masjid sebab baginda takut Allah akan menjadikan qiamulail solat wajb bila melihat kesungguhan para sahabat yang asyik berqiam bersama nabi. SubhanAllah! sangat hebat ketaqwaan mereka. kita? solat yang 5 waktu tu pun selalu missed. 
  • Jadikan bulan ramadhan sebagai bulan al-quran, kerana para sahabat bertadarus bersama nabi dan nabi bertadarus bersama jibril. Bertadarus juga utk meningkatkan bacaan. 
  • Dalam Islam, keseimbangan ada 3: yang pertama roh, yang kedua akal yang ketiga jasad. tapi ramai antara kita yang pentingkan yang jasad dulu. padahal roh yang patut diutamakan. Cara nak cantikkan akal dengan banyakkan bacaaan (bahan ilmiah, alquran, yang bermanfaatlah) supaya pengetahuan kita sentiasa bertambah. Al-Qardhawi ada cakap, ramadhan adalah bulan pembersihan dan penyucian. 
  • Taqarrub (dekatkan diri dengan allah) dengan berzikir, al mathurat dan warid dari Rasulullah (warid nie maksudnya zikirzikir yang nabi sendiri ajarkan. penceramah ada sebut, tapi en tak sempat pulak nak salin :( )
  • Doa adalah otak ibadah. ada ayat dalam al-quran yang merupakan doa. Contoh:
    • Ar-ra'du: 28 (memohon pertolongan dari sebarang bisikanbisikan jahat syaitan, tipu daya)
    • Al-furqan: 74 (membina keluarga bahagia) - walaupun lambat lagi nak kawen, takpe, amalkan je doa nie. untuk masa depan jugak. hehehehe 
  • Solat sambil pegang al-quran dibenarkan tapi kena jaga pergerakan. penceramah ada tunjukkan caranya. Kat mesir orang dah selalu buat, tapi kat malaysia jarang. 
  • Sunnah rasulullah berqiam sebanyak 11 rakaat.
  • Bila dah baca doa buka puasa dan doa makan, bolehlah tambah doa nie (ada dalam bahasa arab, tapi en tak sempat salin, jadi amek maknanya je la)
    • "Telah hilang rasa haus, dan uraturat telah basah serta pahala telah tetap, insyaALLAH" 
Ini sahaja perkongsian yang en boleh kongsikan. semoga ada yang bermanfaat. InsyaALLAH :)

p/s: kepada yang pergi jugak and ada yang tambah or tegur kat manamana, sila lah bagitau. biasalah,manusia kan sentiasa melakukan kesilapn jazakallahukhairan

No comments: