ensiyahmuhammad

Saturday, May 26, 2012

Untuk Awak :)

Assalamualaikum 

Alhamdulillah . .  Tiga paper dah pun selesai. Masih berbaki tiga paper lagi. Jujurnya, sangat kecewa dengan performance masa jawab paper pertama, sampai sekarang perasaan kekecewaan itu masih terasa lagi. Mungkin target yang diletakkan tinggi sangat, tapi saya harus meletakkan harapan yang tinggi itu. En berada di rumah sekarang nie, merehatkan minda sebentar sebelum push untuk tiga paper yang seterusnya.

Beberapa malam sebelum ini, En bertapa di bilik seorang kawan. Terima kasih awak untuk laptop yang dipinjamkan, untuk air yang dibuatkan dan untuk perkongsian yang diberikan. :)

Untuk Awak,
Dalam membuat perubahan, memang ada banyak halangan.
Bila merasa diri kita sudah cukup baik, masih ada yang menganggap kita jelek.
Bila kita mencari sinar, ada pula yang meminggirkan.
Bila berjalan tanpa henti, segelintir menyangka kita tidak punya hati. 

Awak,
Rencah kehidupan memang begini. Setiap jalan yang kita pilih, pasti punya halangannya sendiri. Bukankah itu yang membuatkan hidup kita bermakna? Bukankah itu caranya Allah menguji keimanan kita? Bukankah itu caranya Allah menjadikan kita lebih kuat? 

Awak, 
Ingat tak apa yang kita belajar dalam UNGS 2030: The Islamic Worldview? Islam itu sendiri maksudnya aman. Bila dibincangkan dengan lebih mendalam lagi, agama itu maksudnya hutang kita pada Allah. Bagaimana kita nak selesaikan hutang itu? Hanya dengan melakukan amar makruf nahi mungkar. Itu saja caranya. Kita kena bayar dengan diri kita sendiri. 

Jadi, bila ada katakata yang kurang elok menyapa telinga lantas menggetarkan perasaan, perlukah kita kalah dengan serangan itu? Jangan awak, jangan! Awak masih banyak lagi senjata lain yang awak boleh guna. 

Awak,
Sabarlah awak. Ingin En kongsikan sedikit katakata dari Editor Solusi. 

"Bersabar itu sukar. Bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah. Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum? Mengapa yang sukar , pahit dan pedih itu dikatakan indah? 

Untuk mendapat jawapannya, lihatlah kehidupan Rasulullah S.A.W. Wajahnya sentiasa gemilang dengan senyuman. Langkahnya sentiasa yakin dan tenang. Air mukanya sangat menyenangkan sehingga tidak kelihatan walaupun sedikit pun tandatanda pembohongan"

Sabrun jamil :)

Awak, 
Betul awak. Dalam meniti perjalanan menuju Allah ini, mungkin kita terlepas pandang akan sesuatu perkara. Perkara kecil itu hanyalah sebesar atom, tapi boleh membawa kesan seperti senjata nukelar. Ambillah katakata dia itu untuk koreksi diri. Jadikan perkara itu sebagai teguran kecil yang Allah berikan untuk awak melalui perantaraan hambaNya :)

Nasihat En untuk Awak, 
Setiap orang mempunya pandangan yang berbeza. Tapi En yakin yang sebenarnya semua orang sangat inginkan kembali kepada fitrah. Fitrah manusia yang menyukai kebaikan :)

Awak, 
Ketahuilah awak, ramai orang yang diluar sana yang sangat menyukai perubahan awak ini. Ramai orang diluar sana yang mahu untuk berubah seperti awak, cumanya mereka tidak mempunyai kekuatan seperti kekuatan yang Allah kurniakn pada awak. 

Istiqomahlah pada jalan awak ini. Awak takkan tahu apa yang awak akan hadapi di kemudian hari. Tapi yakinlah awak, yang kebaikan itu sentiasa mengiringi awak. Siapa tahu, impian yang awak inginkan itu akan menjadi kenyataan? Rahsia Allah. Bukan bermakna kita perlu goyang kaki, kita perlu usaha. Bila berusaha barulah rahsia Allah itu dapat diungkai. Cuma bila masanya, sekali lagi, sabar :)

Kalau seorang membenci awak, masih ramai lagi yang menyayangi awak. 
Perubahan ini menjadikan seperti mutiara di lautan kaca. Hanya yang terpilih dapat memiliki awak. 

:)

Masih ada lagi katakata yang ingin diungkapkan, tapi belum dapat disusun tatabahasanya. :)
Selesaikan masalah mengikut cara yang terbaik. :)

Sabarlah awak. Ingat lagi katakata En?

"In order to achieve what we're dream for. Get out from your comfort zone!"

Uhibbuki fillah (^_^)
 


No comments: