ensiyahmuhammad

Sunday, May 27, 2012

Simpan

Assalamualaikum 

Biarkan kali ini En membahasakan diri sebagai Aku. 

Cinta. Siapa yang tak ingin bercinta? Aku taklah sepolos yang disangkakan. Aku pernah bercinta. Aku akui. Perasaan itu sangat indah :) Tapi kini, hubungan itu sudah tidak ada lagi. (^_^) 

Fitrah manusia itu kan memang ingin saling berkasih sayang. Tidak terkecuali juga aku. Jujurnya, aku sedang memendam perasaan. Memang ini aku. Aku tidak pernah punya keberanian untuk meluahkan perasaan. Malu itu menebal dalam diri walaupun ramai yang mungkin tidak mempercayai. 

Ya. Aku akui. Aku mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja. Tidak sukar juga untuk aku meminati orang. Tapi untuk aku memendam perasaan pada seseorang, bukanlah semudah itu. Bila aku meluahkan perasaan pada beberapa teman rapat yang bilangannya boleh dikira dengan sebelah tangan. Disarankan supaya aku menjaga hati. Ada juga yang menawarkan untuk menjadi orang tengah. 

Dari dulu sampailah sekarang. Aku sukakan jejaka yang romantik. Lelaki yang pandai bermain katakata puitis mudah untuk mencuri hati. Bukanlah ayatayat jiwang yang ku mahukan. Sukar untuk diterangkan tahap puitis yang ku set kan. Bukan ayat yang berbungabunga yang ku mahukan. Adakalanya ayat yang berunsur nasihat juga ku rasakan itu puitis. Aneh? Mungkin ya. 

Aku baru saja mengenali satu pasangan yang mana si gadis melamar lelaki itu menjadi suaminya. Si gadis tidak menggunakan orang tengah. Alhamdulillah. Si jejaka menerima. Kiranya barubaru ini si jejaka dah pun berjumpa dengan ibu si gadis. Selepas itu, tidak ku ketahui apa yang berlaku. Semoga hubungan di antara mereka dipermudah. 

Malam itu, ku tanyakan kepada si gadis. Kenapa memilih untuk meluahkan rasa. Lantas si gadis menjawab, dia mempunyai ciriciri lelaki idaman dia sendiri dan ciriciri tersebut ada pada jejaka tersebut. Dia juga mencontohi teladan Saidatina Khadijah dimana dia sendiri yang meminang Rasulullah. Si gadis itu juga menggalakkan untuk aku mencontohi teladan tersebut. Ku bilang padanya, aku masih belum mempunyai kekuatan untuk melakukan tindakan seperti itu. 

Aku mempunyai impian sebenarnya. 

Impian aku, aku mahukan sebuah perkahwinan yang mengikut caturan dalam Islam. Perancangan ku, bila sahaja aku merasakan yang aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri, akan ku suarakan hasratku pada keluarga dahulu. Jika mereka izinkan, barulah akan ku gunakan orang tengah untuk merisik lelaki tersebut. Lalu, jika lelaki itu tidak mempunyai sesiapa, barulah aku mohon supaya orang tengah itu suarakn hasrat ku dan berlakunya pertunangan antara kami. Pertunangan kan tempoh perkenalan? Dalam tempoh pertunangan itu juga, aku mahukan setiap urusan yang kami ladeni hadir mahram bersama.

Aku mahu jejaka itu mengenali keluargaku terlebih dahulu. Menerima dan melayani keluargaku seperti keluarganya sendiri. Aku juga mahu jejaka itu dapat menerima temantemanku seperti dia melayani temantemannya. Ya. Aku mahukan harmoni antara kami. Apa yang aku mahukan ini semestinya si dia pun mahukan juga bukan?

Di kisah yang lain pula, sekiranya ada jejaka yang merisikku. Satu perkara yang ku rasakan agak mustahil. Bila ada orang mengatakan aku sosial, ya... terkesan juga di hati. Namun, aku tak nafikan itu. Aku sosial. Jadi perkara yang dirisik ini memang hampir tidak menjengah ke dalam kepala ku. haha

Entah lah. 
Aku tak mampu menjadi sekuat Saidatina Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W. 
Aku juga tak mampu nak berharap menjadi seperti manisnya kisah cinta Saidatina Fatimah dan Saidina Ali yang saling memendam rasa dalam diam dan akhirnya berkahwin juga. 
Aku sangat lemah untuk mengharapkan seperti kisah perkahwinan Saidatina Zainab yang menerima pinangan dari Rasulullah S.A.W.

Aku hanya mampu untuk bermimpi dan berharap. 

InsyaALLAH jika lelaki yang ku dambakan itu mempunyai pilihan yang lain, aku mampu untuk menjaga hatiku. Aku mungkin berasa kecewa, namun kekecewaan yang ku rasakan taklah sampai aku mendoakan perkara yang tidak baik kepada si jejaka. Prinsip ku, melihat kebahagiaan orang yang kita sayang itu lebih penting. Mungkin ada yang mengatakan "Haaa kan dah melepas. tu la tak luahkan lagi"

Melepas? Ya.. Memang aku melepas sebab dia tak bersama aku. Tapi, matlamat terakhir aku bukanlah mahukan si dia untuk hidup bersama aku. Aku mahukan keluarga sakinah. Sebuah keluarga yang malamnya di penuhi dengan solat malam. Bermathurat di pagi dan petang hari. Solat dhuha diamalkan. Puasa sunat Isnin dah Khamis menjadi rutin. Membaca alquran tiap lepas subuh dan maghrib bersama. Usrah mingguan itu kewajipan.

Untuk melahirkan keluarga yang sakinah, permulaan awal adalah dari diri sendiri dan bagaimana perkahwinan itu berlangsung. Jadi, tidak mengapa jika jejaka yang ku minati mengahwini orang lain. Jodoh kan rahsia Allah? Mungkin jika aku bersama dengan si jejaka itu, apa yang ku inginkan mungkin tidak dapat dicapai. Impian ku tinggi, jadi sekarang. . .  aku perlu perbaiki diri aku kerana aku yakin, bila kita menjadi baik, kebaikan juga yang akan mengiringi aku. 

Aku memanglah tidak bertudung labuh. Namun aku berusaha untuk memastikan tudungku melepasi dada dan tidak bersanggul unta. Ramai ku perhatikan muslimah di luar sana, bertudung labuh. Tapi sanggul unta tetap muncul di belakang. Ramai juga aku lihat yang golongangolongan beragama ini mengatakan couple itu haram, tapi? Mereka tetap bercouple walaupun seorang di Mesir, seorang di Malaysia. Cinta akhi-akhawat? Huh. Ramai juga yang ku lihat, muslimah atau muslim di luar sana, rajin berdakwah sana sini, tapi bila dah bertunang, tetap juga duduk berduaduaan. Mereka tahu itu salah, tapi? Tepuk dada tanya iman. 

Aku bukanlah dalam golongan yang menyampaikan dakwah. Aku sedar yang pendakwah juga merupakan seorang manusia biasa. Tapi, bila aku melihat orang yang berdakwah tidak mempamerkan sahsiah diri yang baik, aku jadi benci. Aku sukakan ilmu yang ada padanya, tapi bila dia mengeluarkan katakata yang tidak baik, aku jadi benci untuk menuntut ilmu. 

Akhirakhir ini aku merasakan siapa yang ku kahwini itu tidak penting. Aku kenal tahap diri aku, aku tidaklah mengimpikan seorang lelaki yang sangat warak kerana aku bukanlah orang yang sebegitu. Tapi cukuplah lelaki yang turut mempunyai impian yang sama seperti aku.Cukuplah lelaki itu mampu untuk menjadi imam dan menunjukkan peribadi yang baik. 

Tuntasnya, selagi aku belum bersedia untuk menjadi seorang isteri, usah di tanya pada siapa telah ku simpankan hati. Itu tidak penting. Aku nak jadi seorang muslimah yang baik mengikut seperti apa yang dianjurkan dalam Islam. Aku mahu baik kepada semua. Kepada keluarga aku, saudara mara aku, kawankawan aku, jiran tetangga aku dan semua makhluk. 

InsyaALLAH


No comments: