ensiyahmuhammad

Thursday, May 10, 2012

Lepas

Assalamualaikum

Jam di laptop En menunjukkan pukul 3.24pagi. En tengah makan makaroni, rezeki dapat dari AGM IMAC malam tadi. Huhu niat di hati sekadar nak memenuhi jemputan seorang kenalan yang istimewa. Dia insan yang mempunyai hati yang sangat cekal. Boleh menjadi contoh yang sangat baik untuk semua orang. Lebihlebih lagi untuk orang yang dilahirkan normal. 

Melihat dirinya, mendengar ceritanya, membuatkan diri ini terasa sangat tidak bersyukur dengan kurniaan yang ALLAH bagi. Seringkali masalah yang kecik itu dikatakan besar, sedangkan ada lagi perkara lain yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. 

Ketika ini, dirasakan mood untuk berkongsi cerita itu ada. Walaupun sepatutnya masa ini digunakan untuk merehatkan badan ataupun menyiapkan assignment yang perlu dihantar pada 15haribulan ataupun membuat persiapan untuk presentation pada hari yang sama. Rasanya, semua itu tidak mampu menghalang keterujaan En untuk meluahkan rasa hati. 

Selama mana En diam di blog, selama itu jugalah En sedang berperang dengan diri sendiri sebenarnya. En tak tahu apa yang terjadi dengan diri sendiri sebenarnya. Masalah dalam belajar, biasa. Masalah dalam program, biasa. Tapi, bilamana sesuatu masalah itu dirasakan bukan masalah, disitulah masalah sebenarnya. 

Alhamdulillah, boleh En katakan, jika dalam pembelajaran, semuanya berjalan lancar. En bukan rasakan itu satu masalah walaupun En boleh dikatakan gagal untuk performed. Tetapi, bila En melihat kawankawan lain mendapat markah yang lebih rendah tetapi tetap mampu tersenyum ceria, En merasakan En sangat tidak bersyukur orangnya. Maka dengan itu, En terima saja apa pun yang En akan dapat. 

En baru saja tahu, bila dalam program. Ramai yang terasa hati dengan En. Dikatakan En malas atau mainmain dalam bekerja. En akui perkara itu. Biar terlambat untuk En tahu daripada En tak tahu langsung. Tidak mengapa, akan En hantar mesej meminta maaf secepatnya. Tapi sejujurnya, En tak berniat langsung nak menyusahkan kerja kalian. Sangat tidak bermaksud. En tak mahu orang susah kerana En, tapi ternyata itu yang En lakukan. Maaf seribu kali maaf.

Boleh dikatakan, memang sesungguhnya En tak tahu di mana kelebihan diri. Dalam satu program, En sangat sedar yang En tidak mempunyai kebolehan untuk menjadi seorang fasilitator yang baik. En memerlukan latihan yang banyak. Bila En melihat kawankawan lain boleh tersenyum gembira bersama dengan kawan yang lain, En merasakan satu perasaan cemburu di dalam hati. En juga rasa tersisih. En mahu bersama dalam kelompok kalian tetapi tidak mungkin En akan nyatakan secara lisan. En malu. Jadinya, En diam dan hanya memerhati. 

Ketahuilah teman, dalam ramairamai yang berkata En banyak cakap, sebenarnya En mempunyai masalah dalam berkomunikasi. Banyak cakap tidak bermaksud pandai berkomunikasi. Teman, dalam kemanjaan yang ramai labelkan sebenarnya tersimpan satu perasaan halus yang senang terusik bila dijentik. Lebihlebih lagi jika yang menjentiknya itu adalah kaum sejenis. 

Teman, tegurlah En secepatnya jika sayangkan En. 
Tegurlah secara berhikmah jika mahukan kebaikan untuk En. 
Tegurlah secepatnya jika kasihkan En. 
Teman, ketahuilah, En menerima teguran. 

Maaf, jika teguran itu tidak membawa perubahan pada diri. Tapi berilah ingatan kepada diri ini selalu kerana sesungguhnya sifat manusia itu pelupa. 

*Sebak*


No comments: