ensiyahmuhammad

Sunday, May 27, 2012

Doa Mak

Assalamualaikum 

Betullah doa seorang ibu sangat makbul. Jangan sesekali disangsi keberkesanannya.

Ceritanya, hari ini sedang En melepak depan TV (aktiviti yang dah lama En tak buat. hehe), Mak bertanya bilakah lagi kertas seterusnya, En hanya menjawab 4hb... 

Hari itu, sebelum En mahu menduduki peperiksaan, En hantar sms pada kakak, abang, abang dan adik yang En nak final, mohon didoakan kejayaan En. Waktu itu sudah tengah malam, tak manis pula mahu telefon Mak. Jadinya, En telefon selepas Subuh. Kertas pertama pada pukul 2.30 petang. Entah kenapa, waktu tengah hari, En merasa sangat berdebar. Rasa gementar. Telefon Mak lagi. Mak suruh tenangkan fikiran. Setengah jam sebelum masa peperiksaan, telefon Mak lagi. Mak tetap suruh tenangkan diri. 

Dalam dewan peperiksaan, memang rasa nak jerit je satu dewan. Soalan yang keluar memang di luar kemampuan En. Tapi En tak boleh nak menyalahkan sesiapa kerana memang salah En sendiri sebab tak faham. Alhamdulillah, walaupun rasa nak menjerit, emosi itu tidak terbawabawa ketika menjawab. Bila kawan tanyakan bagaimana kertas tersebut, En hanya mampu menjawab "Tah la. Tak tau nak komen macam mana" Melihat sekeliling,  orang lain semua sedang sibuk komen tentang soalan yang susah itu. En masih mampu untuk menunjukkan ketenangan. Nak mengomel lebihlebih pun bukan boleh dapat apa. Tinggal tawakal saja. Perjuangan masih belum habis. 

Sambung cerita tentang Mak. Tibatiba sahaja Mak cakap begini,

"Yaya kalau ambik periksa kenalah tenang. Biasalah kalau peperiksaan susah. Kan dah peringkat univerisiti, kalau tak susah, mestilah bukan peringkat universiti namanya. Yaya kan dari sekolah darjah satu sampah darjah enam kan boleh jawab. Bila masuk tingkatan satu sampai tingkatan lima pun Yaya boleh berjaya lagi. Bila sambung tingkatan enam pun Yaya berjaya jugak. Jadi, mestilah sekarang pun Yaya pun boleh buat jugak. Nanti Yaya dapat lah apa yang Yaya nak. Tenang tau. Doa banyakbanyak. Dulu, Mak pernah berharap biar salah seorang anak Mak dapat masuk universiti antarabangsa Islam.. eyh, universiti islam antarabangsa.. eyh apa la nama univerisiti islam tu. Tengok sekarang alhamdulillah Allah makbulkan doa Mak. Yaya dah dapat masuk sana. Sekarang Mak dah rasa tenang dah bila Yaya dah dapat. Belajar betulbetul tau Yaya. Belajar biar semangat"

Lepas tu, Mak sambung lagi, 

"Eyh keropok nie jadi ke tak ...................."

Tetiba masuk cerita keropok pulak. Tadi En punyalah feeling nak dengar apa lagi Mak nak cakap. Mak Mak... Sekejap je tuka mood. haha

Mak tak pernah cakap dengan En yang sebenarnya Mak pernah berharap salah seorang anak Mak masuk uinversiti Islam. Betul, sekalipun Mak tak pernah cakap. Selama ni, En selalu anggap, bila hal berkaitan pendidikan semuanya kemahuan En sendiri. En yang nak masuk universiti, sebab tu lah En belajar sehabis baik. 

Masa dapat tawaran politeknik, Mak tak bagi pergi. Jauh katanya. Sedangkan dekat Port Dickson je pun. En turutkan juga.
Masa dapat tawaran dari kolej swasta dengan tawaran tambahan. Pun Mak tak bagi pergi. En sedih. Mahu memberontak. Tapi tetap En turutkan. 
Mak yang suruh En masuk tingkatan enam. En tak mahu. Memang masa tu sangatsangatlah En tak mahu. Tapi, En daftar jugak. Pergi jugak sekolah macam biasa walaupun dalam hati rasa nak lari je dari sekolah. Bila dah masuk tingkatan enam atas, barulah En struggle. Jadi satusatunya student form 6 yang ambil 5 subjek, bila student yang lain ramai yang ingin drop subjek tambahan yang En ambik tu bukanlah satu yang patut dibanggakan. En ambik subjek extra sebab En tau En perlukan sesuatu tambahan untuk cover balik kepincangan diri yang boleh menutup peluang En untuk jejakkan ke menara gading demi segenggam ijazah. Alhamdulillah, ternyata itu satu keputusan yang tepat. 

Rupanya, dari awal lagi bukan En yang mencaturkan perjalanan pendidikan En sendiri. Tapi Mak. Betullah, antara doa yang dimakbulkan adalah doa yang didoakan secara diamdiam. 

En akui, setakat ini perjalanan pendidikan En dari En sekolah rendah sampailah sekarang boleh dikatakan sangat berjalan lancar. Ini semua kerana doa Mak. Bila semua keinginan En yang berkaitan pelajaran. belum pernah dibantah oleh adikberadik. 

Alhamdulillah. 

Terima kasih Mak untuk doa. 

Selamat hari Mak! 

:D


No comments: