ensiyahmuhammad

Monday, May 28, 2012

Akhiran dan Kertas.

Assalamualaikum

Bila berada di rumah, mood untuk memuntahkan idea yang tersemat di otak, terperap di jiwa tak dapat di halang. 

Hmm. . . dari sekolah rendah sampailah sekarang, En tak pernah suka akhir tahun. Sebab akhir tahun adalah sesuatu perkara yang tak best

Kenapa tak best? 
Dulu kalau sekolah rendah, itu maknanya nanti kita dah tak sama kelas dengan kawan kita dah. Bila dapat report card mesti tanya kawan "Tahun depan awak dapat kelas mana? Kita kelas 2 Iltizam.". Bila tahu kawan dapat kelas lain, mesti dah mulalah nak sedih. Lepas ni, dah tak boleh dah nak rehat ngan dia. Nak makan bekal samasama. Nanti mesti dia dapat kawan lain. Selalunya, apa yang En rasa mesti betul. Tengoktengok tahun depan kawan En tu memang dapat kawan yang lain. :(

Bila dah nak habis tahun enam, semua orang sibuk nak pilih sekolah menengah kat mana. Ada yang nak masuk sekolah asrama, tapi kebanyakannya masuk SMK Taman Melawati sebab En sekolah rendah dekat SK Taman Melawati 2. Tapi, En tak pilih masuk sekolah tu, sebab masa tu rumah En dari Hulu Kelang nak pergi Taman Melawati agak jauh sebenarnya. Walaupun ramai yang cakap kalau masuk SMK Taman Melawati, ramai budak pandaipandai. Nanti boleh dapat A. Tapi En selalu rasa SMK Taman Melawati tu untuk anak orang kaya. Jadi, En pilih masuk SMK Lembah Keramat. En dah dapat agak dah, bila pilih sekolah lain dari majoriti nanti mesti dah lost contact. Sekali lagi, apa yang En rasakan betul. :( :(

Kadangkadang En malas nak rasa apaapa. Tapi selalunya rasa itu menjengah tanpa di pinta. Bila sesuatu perkara yang dirasakan terjadi secara realiti, tak tau nak react macam mana. Kadangkadang En boleh tenang, tapi kadangkadang tak boleh. 

Sekarang En tengah final exam. Habis final exam ni, maka berakhirlah Tahun Pertama En. Sebagai pelajar di bawah Kuliyyah of Economics and Management Sciences (KENMS) lepas nie bermulalah perjalanan kami di department masingmasing sama ada di Accounting, Economics, Business atau Islamic Finance. Kawankawan yang nak masuk department Accounting tak ramai. Ya, En pun dah dapat gambaran bagaimana En akan jalani Tahun Kedua nanti. Sedih untuk diceritakan, tapi takpelah. Hidup. 

En selalu fikir. Study 4 5 tahun, kemudian dapat genggam segulung ijazah. 

Segulung? Eyh, punyalah belajar bertahuntahun, akhirnya dapat kertas je? KERTAS??? Kertas yang sahkan kita dah habis belajar sebagai pelajar untuk sesuatu jurusan. Lepas tu mulalah jaja kertas tu ke sana ke sini untuk minta kerja. 

Kadangkadang rasa menyampah je bila fikirkan realitinya seperti tu. 
Hanya kerana sekeping KERTAS, macammacam boleh terjadi.
Hanya kerana sekeping KERTAS, orang judge kita pandai ke tak. 
Hanya kerana sekeping KERTAS, sampai ada yang bunuh diri. 
Hanya kerana sekeping KERTAS, sampai sanggup menipu. 
Huh? Tah apaapa. 

Dan... dengan tergenggamnya KERTAS itu, bukan setakat pengakhiran sebagai seorang pelajar. Tetapi juga banyak lagi benda lain yang tidak mampu diabadikan di atas sekeping kertas. 

Normalnya, kita akan merindui kawankawan kita. Kita sedih kita takkan jumpa kawan kita lagi. Mungkin bertambah sukar bila dipisahkan oleh jarak negeri yang berbeza. Apatah lagi bila berkahwin dan mempunyai keluarga masingmasing. 

Tapi, apa yang terlintas di hati En. Inikah ukuran ilmu yang En dapat? A untuk subjek ini, B untuk subjek itu, C untuk subjek ini dan lainlain. Pass or Fail. Pointer 3.0 and above?

Adakah dengan A, B dan C itu sudah menggambarkan penguasaan kita untuk sesuatu subjek? Dalam konteks sistem pembelajaran, mungkin ya. Tapi, dalam konteks kehidupan seharian, kita amalkankah? Ramai yang En tengok, dalam menghafal, hebat. Nota ringkas di sana sini. Tapi, bila berdepan dengan realiti, macam tak pernah belajar apaapa. Jangan cakap orang, En pun macam tu jugak. hee

Contoh paling mudah, pelajaran Pendidikan Agama Islam, dapat A. Tapi, cara hidup? Tepuk dada, tanya iman. 

Kadangkadang En menyampah bila sedar yang ilmu yang dicari akan diakhiri dengan penentuan keputusan final exam. Rasa macam tak berbaloi je. Sebab final exam tak dapat ukur dengan betul kemampuan seseorang. Kononlah subjek Matematik, dia nie dapat A, tapi yang dia tu dapat C. Tapi, usaha yang dia tu lagi banyak dari dia nie. Kalau ikut usaha, mestilah dia tu yang patut dapat A kan?

Hmm. Tapi tanpa pengakhiran, mana nak datang yang awal kan?

2 comments:

umair idros said...

Manusia melihat HASIL,
Allah melihat USAHA.

In the end kita akan kembali pada tuhan. Kalau buat something kerana Tuhan, walaupun dalam bersahabat n belajar, semua itu pasti bernilai dan bermakna.

Selamat menghadapi kertas peperiksaan :)

ensiyahmuhammad said...

erk. macam mana boley terjumpa blog en?

huu dah abes dah exam. thank you thank you. umair dah grad pun kan?