ensiyahmuhammad

Sunday, May 27, 2012

Adikadik


Assalamualaikum

Sudah lama En ingin berkongsi pengalaman En yang satu ini. Namun rutin harian biasa mengehadkan penggunaan masa lantas membantutkan niat untuk berkongsi rasa. Realiti hidup sekarang sangat perit untuk ditelan. Hati seperti disiatsiat dan air mata yang berlinangan belum cukup menggambarkan betapa pedihnya kenyataan zaman ini.

Dewasa ini, kita sedar banyak masalah remaja yang berlaku. Terutama sekali masalah buang bayi, lari dari rumah, seks bebas dan sebagainya. Lantas senang sahaja masyarakat melabelkan mereka ini remaja yang bermasalah. Pernah ke masyarakat cuba menyelidik hingga ke akar umbi apa punca masalah?

Ceritanya bermula begini . . .

Barubaru ini, En berpeluang menyertai satu projek. Projek yang ingin memberikan kesedaran kepada remaja di luar sana betapa bahayanya zina. Sejak awal lagi En merasakan tanggungjawab yang sangat berat harus dipikul bila menyertai projek ini. Hal ini kerana, bila kita ingin memberikan kesedaran pada orang, kita dulu yang patut sedar tentang itu.

Dulu, modus operandi projek ini hanyala program selama setengah hari dan remaja dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Lalu, pengisian diberikan di dalam kumpulan oleh fasilitator. Sekarang, modus operandi projek ini telah pun berubah. Program berlangsung selama tiga hari dua malam dan peserta tidak dibenarkan berkomunikasi ke dunia luar selama itu. Telefon bimbit dan dompet mereka diambil.

Setiap kali program, kami akan diberitahu kumpulan sasaran kami. Selalunya, maklumat yang sampai kepada kami menyatakan mereka ini adalah remaja bermasalah. Bila didefinisikan remaja bermasalah itu, diterangkan bahawa mereka ini mempunyai rekod disiplin yang teruk, ada yang hampir di gantung sekolah, bergaduh di sekolah, merokok dan sebagainya. Lebih senang, orang selalu cakap mereka ini hardcore student.

Jujurnya, En tak pernah berpendapat budak kelas belakang ialah budak bermasalah. Kejam untuk melabelkan mereka bermasalah hanya kerana pencapaian akademik mereka yang lemah. En selalu merasakan yang mereka ini kurang bernasib baik dalam pelajaran namun mereka lebih dalam perkaraperkara yang lain. Sedikit contoh yang ingin En kongsikan, kita melihat mereka ini malas siapkan kerja sekolah, tapi mereka tak pernah menolak bila kita meminta pertolongan. Itu satu akhlak yang mulia, kan?

Berbalik pada peserta tadi. Bila melihat wajahwajah adikadik yang datang, terdetik dalam hati En, betul ke adik ini seperti maklumat yang kami terima? En tak rasakan itu. Untuk program kali itu, kami memutuskan untuk melayani mereka seperti dalam kem tentera. Maksudnya, kami bertegas. Tapi tidak untuk En. En tak pandai untuk bertegas.

Hari pertama bersama mereka. Ramai yang bertegas dengan mereka. Dalam satu slot, ada seorang kakak fasilitator yang bertanyakan pendapat tentang perjalanan mereka hari ini, lalu ini yang diberikan,

“Kak, kitorang nie bersabar je kak dengan diorang nie. Jangan sampai kitorang lari dari program nie. Dahlah ada yang cakap bodoh kat kitorang . . . . . .”

Astaghfirullahal’azim.

Post mortem hari pertama tersebut mengubah persepsi kami semua. Mereka ini tidak boleh dilayan dengan kekerasan. Seperti magnet, jika negative ditemukan dengan negative, pasti magnet akan saling bertolakan, namun bila ditemukan negative dengan positive, magnet akan melekat. Nah, pantas saja kami mengubah cara layanan pada keesokan harinya.

Diringkaskan, sepanjang berkampung dengan mereka selama tiga hari dua malam, Alhamdulillah kami dapat mengetahui punca mengapa mereka menjadi seperti ini. Dua perkara sahaja yang dapat En simpulkan,

Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan persekitaran yang tidak sihat.

Katakan pada En,
Siapa yang dalam dunia ini mahukan hidup kucarkacir?
Siapa yang dalam dunia ini tidak sukakan kebaikan?
Siapa yang dalam dunia ini tidak mahukan kasih sayang?

Bapa sendiri yang meletakkan rokok di baju sekolah anak. Bapa sendiri tidak mahu menjawab panggilan dari si anak. Mak sendiri yang mengajarkan anak minum arak. Mak sendiri tidak menghalang apabila teman lelaki si anak melakukan kekerasan. Ibu bapa sendiri yang melarang si anak untuk solat, direntapnya telekung si anak. Mak lebih mementingkan perasaan teman lelaki dari perasaan anak sendiri dan lainlain lagi.

Ibu bapa sendiri tidak menunaikan hak anakanak. Bukankah anak itu ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya? Jadi, terangkan pada En bagaimana anak itu mahu membesar dengan peribadi yang mulia?

Itu baru ibu bapa. Bagaimana peranan guru pula? Guru satu tugas yang mulia. Guru menyampaikan ilmu. Tapi, apakah hak guru untuk mengatakan bodoh pada anakanak muridnya? Tidak sedarkah cikgu, katakata mereka itu adalah doa? Tolonglah wahai pendidik, golongan kamu selalu saja melabelkan itu dan ini pada murid, tapi tanpa sedar sebenarnya kamulah yang membuatkan anak murid jadi tidak semangat untuk belajar. Adakalanya golongan kamu hanya memandang golongan pandai. Jangan pandang rendah pada kemampuan pelajar. Tolonglah wahai pendidik, ikhlaslah ketika menjalankan tugas muliamu itu. Walau sekeras mana pun seorang murid itu, masih ada sekelumit rasa dalam hati mereka untuk berjaya. Usahlah dipandang berapa banyak A yang mereka dapat, tapi tolonglah pandang usaha mereka untuk belajar. Ingatlah, Allah sentiasa memandang pada usaha, bukan hasilnya.

Golongan pendidik, mengapa ada di antara kamu yang membuat gangguan seksual pada anak murid? Bagaimana mereka mahu menghormati kamu? Bila mereka mengadu, dikatakan mereka pula yang mengada, membesarkan hal yang kecil. Mengapa suara mereka tidak didengari? Mengapa mereka tidak mendapat layanan yang adil? Kenapa?

Menyusuri hati dan perasaan adikadik ini, realitinya mereka hanya mangsa kepada realiti yang menyakitkan. Mereka mahu berubah, tapi keadaan sekeliling mereka yang menyukarkan untuk mereka membuat perubahan itu.

Dikongsikan juga, ada diantara adikadik ini yang tidak reti untuk bersolat. En tersenyum kecil dengan cara penyampaian perkongsian itu. Tapi bila ditegur oleh abang senior yang perkara itu adalah perkara yang sangat berat, En jadi malu sendiri. En dah pun buat kesilapan besar. En tak sepatutnya tersenyum. Solat adalah satu perkara yang sangat penting. Fardhu ‘Ain yang paling penting.

Adikaadik, Kak En punya pesanan,
Adikadik, ingatlah yang adikadik mempunyai kakakkakak dan abangabang yang peduli dengan adikadik. Yang sayangkan adikadik. Yang mahukan melihat adik berubah. Adikadik, percayalah yang setiap dugaan yang adik lalui sekarang pasti ada jalan penyelasaiannya. Adikadik, adik kena percaya yang adik kuat sebenarnya. Akak yakin yang adik mampu berubah.

Jauh dalam diri adik ada satu kualiti yang sangat berharga. :)
Adikadikku, jangan pernah salahkan takdir. Ingatlah kembali Rukun Iman, kita percaya pada Qada’ dan Qadar.Perjalanan setiap orang berbeza dik, yakinlah yang adik akan merasai kenikmatan jika adik bersabar 

InsyaALLAH :)

No comments: