ensiyahmuhammad

Wednesday, April 11, 2012

Bulatan Cinta

Assalamualaikum

Apa itu bulatan cinta? En pun mulamula tak tau apa itu bulatan cinta. Ada juga yang panggil Semanis Gula. Tapi, senang cerita, ramai yang panggil usrah sebenarnya. Usrah ni maksudnya, ada satu kelompok kecil membuat bulatan yang diketuai dengan seorang naqib/naqibah untuk berbincang halhal yang berkaitan dengan Islam. Seminggu sekali je. Ok la kan.. untuk bersihkan hati setelah 6hari sibuk dengan urusan dunia. 

Dalam usrah nie la selalunya niat kita boleh diperbaharui lagi. Tujuan hidup dekat dunia nie bukan setakat nak kejar kejayaan atau kemewahan hidup je. Usaha untuk mendapat kejayaan dalam dua-dua dunia iaitu aspek dunia dengan akhirat kenalah berjalan seiring. Tak bermaksud nak capai kejayaan di dunia kita kena tinggalkan akhirat dan nak dapatkan kejayaan di akhirat kena lupakan dunia? Manusia itu cintakan harta. Tak payah nak argue lebihlebih, kenyataan.Lek lar, siapa cakap kalau kaya kita tak boleh nak beribadat kepada Allah? Allah kan dah bagi contoh, tu Nabi Sulaiman tu, kan Nabi Sulaiman kaya, tetap je beribadat kepada Allah? Jadi, tiada kompromi. 

Tengok, tengok, tengok. Kan dah panjang lebar membebel dekat benda yang tak sepatutnya =_=

Sebenarnya nak kongsi yang kalaui  dalam bulatan cinta nie, boleh kata naqib/naqibah tu ibarat ayah/mak kita, dan ahliahli bulatan cinta yang lain tu, adikberadik kita. Jadi, boleh kata, we are a family :) Tapi, En nak luahkan perasaan sikit sebenarnya, kalau ada adikberadik usrah En terbaca dan terasa hati, maaflah. En bukan bermaksud nak menyinggung perasaan kalian. Sekadar berkongsi perasaan hati.

Dalam konteks family nie, jujurnya cuma Kak Mast, Husna dengan Fada SAHAJA (bukan selalu En nak sebut nama orang dalam post En) yang En anggap apply konsep family nie, yang lain tiada. TIADA, KOSONG. KERING. 

Jangan jadi macam En, mungkin ada kesilapan dekat manamana dalam diri En. Selalunya dalam bulatan cinta tu, ukhuwah itu manis. Malangya, En tak dapat rasa kemanisan ukhuwah itu. 

Salam Subuh


No comments: