ensiyahmuhammad

Thursday, March 8, 2012

Surat Khabar

Assalamualaikum

Tepat pukul 1.30 pagi. Mata masih segar bugar tapi, kepala berpinarpinar. Teringat pada pada kejadian tadi, hujan lebat sejak Asar. Bila masuk ke Maghrib, kilat sabungmenyabung. Gema guruh bergempita. Bunyi pengera kecemasan menjeritjerit. Pandang ke luar tingkap, seperti tiada tanda keadaan akan reda sampai 8 malam nanti. Kalah pada kesejukan suasana, badan terus lemah. Demam sudah menampakkan tanda. Demam lagi? Kali kedua untuk minggu ini? Oh, bukti antibodi memerlukan makanan yang berzat. 

Kepala makin berat. Badan makin sejuk. Niat untuk ke kelas tutorial yang pertama terpaksa dibatalkan. Payung ada, namun untuk meredah kesejukan hujan dan berjalan selama hampir 20 minit ke Kuliyyah, badan tidak segagah itu. Meminta untuk Fada dan Dayah tunggu sementara diri ini bersiap sedangkan dia tinggal hanya melangkah kaki masuk ke dalam kereta menumpang kereta kawan yang lain, tidak sampai hati. Lagi pula, ketika itu masa sudah suntuk. Akhirnya, putuskan untuk berehat saja, cuba untuk tidur walaupun bunyi pengera kecemasan masih belum berhenti. Bingit.

Terjaga. Terdengar Kak Na sedang berborak dengan Syiha pasal pengalamannya menderma hari ini. Tidur lagi. Terjaga lagi. Tengok laptop sudah penuh baterinya. Matikan. Tidur lagi. Terjaga lagi. Tengok jam sudah pukul11.30 malam, peti masuk di telefon bimbit pun sedah penuh. Delete beberapa mesej. Suara serak. Perut lapar. Kepala masih pening. Badan tak panas sangat. On9 sekejap. Baca blog. Uhh, tibatiba rasa baru buat satu keputusan yang tak wajar. SMS kawan, meminta maaf atas tindakan yang tak sepatutnya. Betullah kata kawan, walaupun sebelum ini dia kata dia tak terasa hati, tapi jauh di sudut hati mesti dia sangat terasa dan sedih.

Sudah menjadi kebiasaan, bila lapar mesti SMS kawan cakap "Lapar~". Nanti kawan tu mesti rajin nak belikan makanan. Alhamdulillah. Sementa menunggu makanan sampai. Tergerak hati nak baca surat khabar yang Kak Na letakkan dekat rak kasut tadi. Itu bahagian surat khabar lama. Tengok tarikh. 2 Mac 2012, takdelah lama sangat. Muka depan cerita pasal seorang adik perempuan melecur badan kerana bom buatan sendiri yang disasarkan untuk abangnya. 

Belekbelek surat khabar. Rencana utama - Berat bayi bak sehelai daun. Tersentuh jiwa. Dipaparkan gamba seorang kanakkanak perempuan yang berusia 4 tahun di letakkan di atas penimbang elektronik. Menangis dia. Beratnya hanya 5kg. Hanya 5 kg! Tubuhnya sangat kurus kering. Nampak rangka tulangnya. Dilaporkan keadaan kliniknya juga sangat menyedihkan, bekalan ubat yang terhad dan bekalan tenaga elektrik kerap kali berlaku. 

Di klinik yang sudah usang dengan wayar elektrik berselirat melingkari dindingya, pekerja kesihatan, Rekha Singh Chauhan sedang menguruskan beberapa orang kanakkanak dalam keadaan kurus kering. "Sekarang, memang tidak ramai kanakkanak yang dijaga. Tetapi, apabila tiba bulan April nanti, banyak kes akan meningkat. Situasi boleh menjadi sangat teruk nanti. Tiga orang kanakkanak akan berkongsi sebuah katil dan ramai yag terpaksa tidur di atas lantai" kata Rekha. - Kosmo!, Rencana Utama, M/s 22.

Keadaan ini berlaku di negara India, di negeri Madhya Pradesh atau lebih spesifiknya, di daerah terpencil iaitu Shivpuri. 

Ketika negara lain sedang berperang masalah kegemukan, kawasan ini berperang dengan kebuluran. Ketika negara lain sedang membazir makanan, kawasan ini sedang mencaricari makanan. Ketika negara lain hanya berpuasa pada bulan Ramadhan, kawasan ini hanya makan bila cukup duit beli makanan. 

Kebetulan semester ini mengambil subjek The Foundation of Islamic Economics. Subjek yang wajib diambil untuk semua pelajar Tahun Pertama sebelum melangkah ke department masingmasing. Alangkah indahnya kalau dunia ini mengamalkan ekonomi islam, insyaALLAH semunyanya aman. ekonomi Islam dan ekonomi Sekular, sangat berbeza. Jika dalam ekonomi Sekular, memenuhi kepuasan(utiliti) itu penting, tetapi dalam ekonomi Islam tidak. Mungkin, jika mahu dihuraikan tentang perbezaan ekonomi Islam dengan ekonomi Sekular ini sangat panjang. 

Pokoknya, masalah dunia dapat diatasi bila semua orang tidak hanya mementingkan dunia. Doa itu senjata mukmin. Marilah kita berdoa. 

p/s: sedih bila berada dalam kelas Fiqh for Economists I hari ini. Cikgu cakap, ramai orang hanya beriman pada mulut, sedangkan hatinya tidak beriman. Sebab tu lah, negara Islam berada di tangga ke 29 dalam senarai negara yang paling bersih dari rasuah. Sedangkan ajaran Islam itu menghendaki kita untuk percaya pada Qada' dan Qadar. Percaya pada Hari Akhirat. Sepatutnya, kita sebagai umat Islam tak terima rasuah. Sepatutnya.

No comments: