ensiyahmuhammad

Friday, March 2, 2012

Ilmu

Assalamualaikum

Pernah tengok cerita 3 idiots? Belum? Kalau belum, cepatlah tengok. Sangat best! En dah tengok. Baru tengok sebenarnya. Itupun selepas kawan dah banyak kali syorkan untuk tengok cerita tu. Kalau tak, ada saja alasan En nak berdalih. Bukan apa, masa tu En rasa cerita hindustan ni semua sama je jalan cerita dia. Dah tak seronok macam dulu. Tapi, lepas dah tengok sendiri. Persepsi En pun dah berubah. :)

Semester nie jadual En sangat padat. 

Isnin 
8.30 - 9.50 pagi : Business Mathematics (Level 1, Kuliyyah Economics)
10.00 - 11.20 pagi : Fiqh for Economist 1 (Level 3, Kuliyyah Economics)
11.30 - 12.50 t/hari: Foundation for Islamic Economics (Level 1, Kuliyyah Economics)
8.00 - 10.00 malam : Tutorial - Business Mathematics (Level 4, Kuliyyah Economics)

Selasa 
11.30-12.50 t/hari : Management Accounting Fundamentals (Level 3, Kuliyyah Economics)
2.00 - 3.20 ptg : Islamic Worldview ( Kuliyyah Islamic Reveal Knowledge)
5.00 - 6.20 ptg : Management Information System (Kuliyyah ICT)
8.00 - 10.00 malam : Co-curriculum

Rabu 
8.30 - 9.50 pagi : Business Mathematics (Level 1, Kuliyyah Economics)
10.00 - 11.20 pagi : Fiqh for Economist 1 (Level 3, Kuliyyah Economics)
11.30 - 12.50 t/hari: Foundation for Islamic Economics (Level 1, Kuliyyah Economics)
8.00 - 10.00 malam : Tutorial - Management Accounting Fundamental (Level 3, Kuliyyah Economics)

Khamis 
10.00 - 10.50 pagi : Tilawah Al-Quran 1 (Level 1, Masjid)
11.30-12.50 t/hari : Management Accounting Fundamentals (Level 3, Kuliyyah Economics)
2.00 - 3.20 ptg : Islamic Worldview ( Kuliyyah Islamic Reveal Knowledge)
5.00 - 6.20 ptg : Management Information System (Kuliyyah ICT)

Jumaat 
9.00 - 11.00 pagi : Tutorial - Intermediate Accounting
3.00 - 5.00 ptg : Tutorial - Management Accounting Fundamental
8.00 - 10.00 malam :Tutorial - Business Mathematics

Ahad
8.00 - 10.00 malam : Tutorial - Management Accounting Fundamental. 

Ini belum masuk lagi masa untuk bulatan cinta. tapi terdapat sedikit keraguan dalam jadual ni. Mungkin tutor pada hari isnin malam terpaksa dibatalkan. En dah cuba untuk negotiate dengan tutor tersebut. Tapi setelah mendapat jawapan 

"If my timetable doesn't suit you, find another section or contact **** to arrange your timetable"

Mesti tutor tu dah bengang sangat dengan En sampai cakap camtu. Maaflah, tapi En cuba nak susun jadual En. Kalau tak boleh. Takpelah. Mungkin tiada rezeki En nak menuntut ilmu dengan tutor ni. Jadi, tiada cara lain, dalam kelas memang kena tanya cikgu betulbetul. 

Terusterang En katakan, En masih belum dapat sesuaikan lagi dengan jadual sekarang. Hari Selasa sangat memerlukan tenaga yang banyak. Kedudukan setiap kuliyyah yang bukan berdekatan sentiasa memerah keringat. Lagilagi Kuliyyah ICT yang terletak tinggi di atas bukit. Berjalan kaki bersama 2 orang lagi kawan dikala panas terik, memang mencabar iman. Bukan sedikit motivasi yang perlu di beri ke dalam hati untuk teruskan langkah kaki. Co-curriculum yang mula pada pukul8 malam.. selalu saja terlewat. 

Masih mencari kestabilan dalam pengurusan diri. Assignment dan kuiz yang dah pun menjelmakan diri turut inginkan perhatian. Tarikh 7 Mac, 8 Mac dan 18 Mac perlukan otak diperah sehingga tahap lebih dari maksimum. Sangat perlukan doa semua untuk teruskan perjuangan di medan ilmu. 

Sedih juga bila memikirkan apa yang akan terjadi jika semester gagal untuk memperlihat potensi diri. Usaha yang tidak seberapa manakan mungkin mengharapkan keputusan yang luar biasa. 

Ilmu itu luas. Sangat luas. Setiap orang perlu keluar dari zon selesa untuk berjaya. En rasa dah tiba masanya untuk En keluar dari zon selesa En. 

Masa untuk buat kerja kelab, buat kerja belajar, ulangkaji pelajaran. semua kena susun elokelok. Mungkin,selepas ini, hanya akan pulang ke rumah sebulan sekali.

No comments: