ensiyahmuhammad

Sunday, February 26, 2012

Pak Cik

Assalamualaikum

Hidup ni memang menarik. Kadangkadang kompleks. Kadangkadang mendatar. Bila dah kompleks mesti rasa serabut, mesti rasa semua benda tak kena. Tapi, bila dah mendatar, semua benda rasa bosan, rasa hidup tak ada makna. 

Bila ditanya pendapat tentang hidup, jawapan mesti tak dapat nak lari dari ada unsurunsur emosi dan pengalaman. Buku kehidupan setiap seorang tak sama, mestilah jawapan tak sama. Logiknya begitulah. Matapelajaran dalam hidup itu universal, tempat pembelajarannya sangat luas, bayarannya? terpulang kepada pengalamannya. 

Petang tadi, pergi melawat kakak ipar dekat hospital bersalin. Usia kandungan baru 7 bulan. Tapi, ALLAH yang lebih tahu. Semoga ujianujian sepanjang kakak ipar mengandungkan cucu sulung untuk mak ini akan melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk agama Islam dan agama :)

Sepanjang berada di hospital, sangat tertarik dengan telatah kanakkanak. Lincah, aktif, degil, riang. Comel! Senyum seorang. Tak sabar nak tunggu anak buah sulung lahir. Tak sabar nak ambil gambar dia letak kat FB. Tak sabar nak cakap kat orang dah jadi makcik. Terus berangan, nak kahwin cepatcepat, nak anak sendiri.

Bila mahu pulang, kami naik teksi. Bila naik teksi, biasalah . . . mesti tak lepas dengan cerita. Kenyataannya, pakcik teksi memang sangat murah hati nak beramah mesra dengan penumpang. Kadangkadang malas nak layan, kadangkadang rajin melayan. Sampai tak sedar dah sampa destinasi.

Pakcik teksi cerita. Isteri dia kena kencing manis. Dia pun tak tahu isteri dia ada kencing manis sampailah mereka kemalangan, pergi ke klinik. Jari kelingking patah, tapi beberapa hari lepas tu, jari isteri dia hitam. Kena potong. Disahkan menghidap kencing manis. Lamalama lepas tu, ibu jari hitam. Kena potong lagi. Jari telunjuk hitam, kena potong lagi. Kaki kanan tak pasti sampai mana, hitam.. Kena potong lagi.

Tapi pakcik tu tak putus asa, dia nak jugak isteri dia sembuh. Dia ikut nasihat doktor untuk beli satu ulat yang makan nanah. Alhamdulillah, nanah berhenti. Dia ikut nasihat doktor lagi, beli lintah untuk hisap darah kotor. Alhamdulillah, darah kotor semua dah dihisap keluar. Sekarang, dia tengah berusaha nak hilangkan kencing manis isteri dia dengan dengar nasihat seorang penumpang untuk berikan minuman campuran air epal hijau dengan buah peria. setiap pagi dan petang.

Ibrahnya atau pengajarannya yang En dapat . . . Impian dan anganangan itu indah. Kerana kita hanya membayangkan kemanisannya. Kepahitan hanya di rasa bila kita sendiri berdepan dengan realiti kehidupan yang tidak boleh dijangka. Macam kes En, kalau pada awalnya En sangat tak sabar nak kahwin, nak ada anak sendiri. Tapi, bila petangnya, En terfikir semula, sanggupkah En jadi setabah macam pakcik teksi yang gigih berusaha untuk kesihatan isterinya? Bukan sikit wang yang keluar. Bukan sikit usaha yang dicurah. Bukan sikit kesabaran yang ditagih. Banyak. sangat banyak. Jujurnya, En belum bersedia untuk itu.

Kekuatan yang sangat kuat diperlukan. 

1 comment:

Mishter Izwän said...

korang pernah tak ?

http://speechless009.blogspot.com/2012/02/dating-tiga-segi.html