ensiyahmuhammad

Saturday, February 18, 2012

Humanitarian Night 2011

Assalamualaikum

Semester baru dah mula! Keputusan final exam pun dah keluar. Alhamdulillah :)

InsyaALLAH semester ni nak struggle lebih lagi. Siapa yang tak nak Dean List kan? Semua orang nak. En pun nak. Semua orang boleh dapat kalau usaha banyakbanyak. Tapi, lagi seronok kalau dapat Deen List kan? Deen itu bahasa arab yang bermaksud agama. Dean List manusia yang bagi. Deen List cuma ALLAH yang tahu. Keputusan tak dapat sekarang. Tunggu kat Padang Arafah baru boleh tahu masuk dalam senarai ke tak. InsyaALLAH kita semua akan tersenarai dalam Deen List.

Ehem. Macam lari dari tajuk asal pulak. 

Malam Kemanusiaan 2011 atau lebih terkenal dikenali sebagai Humanitarian Night 2011 merupakan program pertama yang En sertai untuk semester ini. Tanggal 14 Februari 2012 yang lebih sinonim dengan sambutan Hari Kekasih telah menjadi satu malam yang mendebarkan bagi semua 13 kelab yang bernaung di bawah CENSERVE. Tiga anugerah yang menjadi tanda tanya iaitu "Best Programme 2011", "Best Project 2011" dan "Best Club 2011" telah pun terjawab pada malam tersebut.

Akhi, Caring, Comrade, Gemilang, Inspire, Jasa, JKQ, Sendi, Steadfast, MISI, QYC, Titian Asli, Titian Wahyu dan kelab yang baru iaitu PERKIM bukanlah berkhidmat kepada masyarakat kerana ingin mengejar anugerah yang diberikan. Mereka melakukan kerja secara sukarela dan tidak mendapat balasan wang ringgit.

Tema hitam biru pada malam tersebut menambahkan lagi suasan elegan dan berprestij. Tahniah kepada semua yang menaiki pentas pada malam itu! Tak kisahlah sebagai penerima anugerah ataupun tidak, yang penting naik pentas. hehe TAHNIAH!

Terima kasih juga diucapkan kepada komiti Malam Kemanusiaan 2011 yang memastikan kelancaran program. Mengikut komen yang diberikan oleh para hadirin, ternyata malam tersebut segalanya berjalan lancar walaupun persembahan dibatalkan pada saat akhir. Khususnya untuk Biro Protokol dan Pengiring (Protocol and Usherer) - Biro yang en naungi. Terima kasih untuk semuanya :)

Poster Humanitarian Night


 Heart of Gold Staff and Students receivers

Humanitarian Night 2011 committee

Censerve Syura Team 


Dah rasa macam buat report pulak. hehehe Apa pun, En seronok malam nie sebab semangat setiap kelab terserlah bila ramai yang pakai baju kelab masingmasing tak kisahlah baju korporat atau T-shirt. Ada jugak kelab yang dah janji pakai baju warna sama. Sweet lah korang :)

1 comment:

Mishter Izwän said...
This comment has been removed by a blog administrator.