ensiyahmuhammad

Monday, January 23, 2012

Kawan

Assalamualaikum

Sejujurnya, En terbuka hati untuk update blog sebab petang tadi, tiba-tiba sahaja ada seorang kawan tanya blog En apa. Katanya dia dah jumpa blog En sebelum ni, tapi dia lupa nak listkan. Dia pesan untuk En update blog kerana katanya dia follower blog En. *erk.. malu* Sebenarnya, En malu kalau ada yang baca blog En. :p

En minta padanya berikan pada En satu topik untuk En kupaskan dalam blog. Inilah topik yang dia berikan 

"pendapat En tentang frens"

Gulp... telan air liur En baca topik tu. Rasa macam nak kena buat research je sebelum kupaskan topik nie. Hehe. Tapi bila difikirkan semula, rasanya En tak perlu nak buat research sampai bermingguminggu sebab ini pendapat En. Kalau En buat research panjang lebar nanti jadi macam pendapat orang lain pula, kan?

Bismillahhirrahmannirrahim

En percaya setiap orang punya definisi sendiri terhadap sesuatu. En percaya pada self-opinion dan En percaya tiada jawapan yang salah atau betul bila mengutarakan pendapat sendiri. Pendapat yang En akan nyatakan nanti mungkin bercanggah dengan kamu, kamu, kamu dan kamu. Tunggu, jangan hentam En dulu, harus diingati ye, latarbelakang kehidupan En dengan kamu tidak sama. Apa yang En alami dengan apa yang alami oleh kamu juga tidak sama. Pengalaman itu guru yang terbaik, jadi jika ada yang tidak sehaluan dengan pemikiran kamu, sila lah utarakan pendapat kamu. :)

Kenalan, kawan, sahabat. Definisinya lain. Kita mungkin banyak kenalan, sedikit kawan dan susah untuk dapatkan sahabat. Sahabat adalah seseorang yang sanggup bersusah payah dengan kita, walau kita terpisah jauh beriburibu batu pun, itu bukan alasan. Dia sentiasa bersama dengan kita. Dia sentiasa terima kita seadanya.

En suka sekali dengan katakata Imam Al-Ghazali 

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya"

Jika diamati dengan katakata ini, En tidak menjurus kepada sahabat En sahaja. Bahkan En akan terus mengingati semua yang pernah hadir dalam hidup En. Ye, En maksudkan semua. Dari orang yang En ingat sejak En tinggal di Kampung Pasir, Hulu Kelang sampailah kepada setiap orang yang En nampak jalan ulang-alik kat universiti ni. En mungkin tak kenal mereka, tapi kalau dah harihari nampak muka yang sama, jadi muka itu akan familiar dengan kita.

Dalam Islam, setiap orang itu bersaudara. Walaupun En tak kenal pun siapa yang ulang-alik tu, tapi En tahu dia salah seorang saudara En. Ingat tanpa senyum. Kalau En ingat seseorang yang En kenal nama, pernah bekerja bersama, ingatan itu akan lebih manis dan disertakan dengan senyuman. Kalan En ingat seseorang yang memang pernah En bercakap bersama, bergurau senda siap keluar lagi, sudah tentu ingatan itu akan lebih manis berserta senyuman yang tak lekang dan mungkin dengan ketawa yang tak berhenti. :D

Panjang yang En cakap, sebenarnya nak rumuskan satu je, En hargai setiap orang yang hadir dalam hidup En. Ye, En amat hargai. Cuma masalahnya dengan En, En tidak tahu bagaimana untuk tunjukkan penghargaan itu. En hanya mampu memerhati dan terkenang. :)

Pernah En katakan pada seorang kawan En persoalan ini bilamana En sedang bersedih 

"______ pernah tak rasa yang _____ berada dalam keramaian. Ramai orang yang _____ kenal, tapi _____ rasa macam tak kenal siapa-siapa pun? ____ rasa macam alien je kat situ?"

*tempat kosong adalah nama orang tersebut. terpaksa dikosongkan untuk mengelakkan sebarang kontroversi berlaku. 

"Pernah je" dia menjawab (En rasakan jawapan nie sangat lah heartless. hahaah)

Dia sambung lagi 
"En kena ingat, bila berkawan nie, kita takley nak expect yang dia akan selalu bersama kita. selalu contact kita. selalu makan dengan kita. tak En, En takley nak expect macam tu. Sebab sume orang sibuk. Takde masa nak mesejmesej apa sume. tapi En kena hargai ingatan dia kat kita. contoh masa sebuksebuk sempat lagi nak sms. walaupun mesej tak lama. tapi kita tahu dia ingat kita"

Jujurnya, bila dia cakap macam tu, En rasa tamak dalam berkawan. Tamak mahukan perhatian. 
Jujurnya, En senang terasa bila tengok kawan lain bergembiraan dengan kawan yang lain. 
Jujurnya, En cepat je rasa sedih kalau En hantar mesej tapi orang tu tak balas pun. Rasa En diketepikan. 

En manusia. Sekejap En boleh berfikir rasional dalam berkawan. 
"oh,kawan nie ada masalah. dia senang bercerita dengan kawan tu sebab diorang lebih memahami" 
"semalam dia dah mesej dengan aku banyak dah. biarlah dia mesej ngan orang lain pulak"

tapi kadang En tak boleh nak fikir rasional
"Oh, dia ada masalah. tapi tak cerita dekat aku pun. Erm.. yela. dia lagi sayang dia tu dari aku. aku nie sapa la kan. ramai orang tak suka"
"dia cakap nak lunch dengan aku. tapi sebab orang lain ajak dia makan sama, tetiba dia nak cancel pulak. k finelah kan. aku memang takde kawan pun"
it just a blink for me to change the way i'm thinking.

Orang cakap, kita tak boleh nak expect orang akan datang dekat kita. Senyum kat kita. Kawan dengan kita. Kita sendiri yang kena mulakan dulu semua tu.

Jujurnya, En setuju dengan katakata orang itu. Sebab En tahu, kalau En yang tak mulakan dulu, nanti En tinggal seorang. Tapi, bila sedar yang asyik En saja yang nak kena mulakan dulu, tapi orang yang di sana asyik menunggu saja, nanti En rasakan yang dia taknak pun berkawan dengan En sebenarnya. 

En bagi situasi. 

En kenal dia dalam satu program. Dalam program tu kami bekerja dengan baik. En senang dengan dia dan sebaliknya. Bila dah habis program. En sayang nak tinggalkan ukhuwah tu macam tu je. En mesej dia saja-saja tanya khabar. Dia reply. En mesej lagi dia reply. En mesej dia reply. Tapi bila satu hari En diam. Dia pun diam. Dia takde effort nak mesej En ke apa. 

Haa.. kat situ lah En akan berfikir yang dia sebenarnya hanya berminat berkawan dengan En masa tengah bekerja saja. 

Cakap panjangpanjang nie sebenarnya nak konklusikan satu benda je. Bila En mula berasa senang dengan seseorang tu, En mahukan ukhuwah kami diteruskan. En tidak mahu berkawan hanya dalam program sahaja. 

Contoh yang terbaik kawan En yang di atas tadi. En tahu dia sangat sibuk orangnya, tapi dia tetap ada masa nak hantar mesej dengan En walaupun dia sedang menunggu lampu isyarat. Walaupun dia berdiam berharihari, tapi lepas tu dia akan hantar mesej juga yang cakap dia sibuk sekejap beberapa hari ni. kami tidak berjumpa, tapi En tahu yang dia ikhlas nak berkawan dengan En.

Ada seorang lagi kawan En yang akan hantar mesej rindu dan sayang bila lama dah tak berhubung. Walaupun jarak itu hanyalah baru dua hari. 


Bila menyentuh soal kawan. Persoalan adakah lelaki dan perempuan boleh berkawan atau tidak mesti timbul. Ada yang cakap yang lelaki dan perempuan tak boleh berkawan sebab nanti katanya salah seorang mesti ada yang jatuh hati. Pendapat kamu apa?

Pendapat En, En tiada masalah untuk berkawan dengan lelaki. Untuk menganggap lelaki tersebut hanya kawan dan tidak lebih. Jadi, En mahu katakan yang lelaki dan perempuan memang boleh berkawan. Cuma kena tahu cara berkomunikasi. Kenapa En yakin berkata seperti ini? sebab En sendiri ada kawan rapat lelaki yang dari tingkatan 1 sampai lah sekarang kami masih lagi berhubung. kami boleh saling bercerita tentang apa sahaja :) 

Panjang lebar En menaip. Sedangkan konklusinya hanya sikit saja. 

Dalam berkawan, komunikasi dua hala itu penting. Untuk selalu menyatakan sayang dan rindu mungkin mustahil kerana masingmasing mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Tetapi ingatan, sayang dan rindu itu perlu juga diluahkan sekali sekali kalau bukan sehari sekali, seminggu sekali, paling tidak pun dua minggu sekali pun jadi lah.Sekurangkurangnya kawan itu tahu yang kita hargai dia.

Dalam berkawan, pertemuan mungkin tidak penting bagi yang duduk berjauhan. cukup sekadar bertanya khabar. tapi untuk yang jarak yang dekat, jika tidak bertemu untuk satu tempoh yang lama boleh merosakkan hubungan. jadi, untuk kawan yang jarak dekat,pertemuan sekurangkurangnya seminggu sekali itu perlu. 

Dalam berkawan, terusterang itu perlu. bukan berniat untuk menjatuhkan. tapi untuk kebaikan bersama. jika ada kesalahan yang dilakukan pada kawan itu. bersemukalah dengan dia. tegurlah secara baik. peluk dia. jangan disimpan perkara tersebut lamalama,dikhuatiri jika terlalu lama disimpan,dan bila kita mahu menegur.. Dia akan merasakan ketidakikhlasan dalam teguran itu. 

Dalam berkawan, kurangkan rahsia. ya. bukan semua benda kita boleh bercerita. tapi, jika semua benda dirahsiakan. kawan akan bosan. 

Sampai disini sahaja bebelan En. kalau ada lagi yang terlintas. En akan tambah

Wallahulam. 







2 comments:

Zimah Zaiwani said...

wahhhh... tenkiu en. zmah setuju dgn pendapat en. tpkan, nape zmah mcm tau2 je dgn nama kat tempat kosong td.... ayat dia mcm familiar sgt. ayat yg sm yg pernah zmah dpt sblm ni. huk2.... :P

anyways, thanx babe for updating ur blog.keep on writing k? can't wait to read ur next issue :)

ensiyahmuhammad said...

sapezimahsape?cecakapcecakap.hihihi