ensiyahmuhammad

Monday, January 23, 2012

Jarak

Assalamualaikum

Sekarang 23 Januari 2012. Maknanya sudah berharihariharihari dan harihariharihariharihari dan harihariharihari En berdiam diri. Memang En berniat untuk ber'puasa' sekejap dari laman ini. 

Satu, En berdiam kerana sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Di saat akhir tiba-tiba sahaja banyak kuiz dan kerja yang harus diselesaikan. Sedangkan pada pertengahan semester tidak banyak kerja yang harus dilakukan. Harus dikatakan apa lagi, itulah namanya dugaan. Dugaan tidak memberi amaran jika hendak datang, kan?

Dua, sebenarnya En sudah merdeka pada 12hari bulan lagi. En sangat kecewa dengan diri. Senior En ada berpesan, apabila melakukan sesuatu, lakukan dengan bersungguhsungguh. En sedar En tak lakukan dengan bersungguh. Entah kenapa En jadi begini. Nak merintih sekarang pun tiada guna. Tawakal saja. Kertas terakhir yang diambil sangatla menguji pengetahuan En selama satu semester, jika En belajar kerana ilmu Allah maknanya En boleh jawab soalan tanpa kelamkabut mengulangkaji pada saat akhir, tetapi jika En belajar kerana ingin dapatkan A, sudah tentu sukar untuk En jawab soalan tersebut. Ramai yang cakap keputusan akan keluar pada 31hari bulan nanti. Terusterang En cakap, En dah mula tak suka tengok kalendar. hmm

Tiga, En diam kerana En cuba menenangkan diri. En berfikir. Banyak yang En fikir. Kadangkala ke arah positif, tapi selalunya ke arah negatif. Cuba untuk berfikir secara rasional. Gagal. Fikir secara optimis. Pun tidak berjaya. Cuba untuk senyum dan motivasi diri sendiri. Boleh, tapi hanya tahan sebentar. Akhirnya, memilih untuk diam dan salurkan perasaan negatif kepada benda lain. Diam dan biar tangan bertindak. Gunting, mewarna dan sebagainya. 

Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sepuluh

Alasan demi alasan....

Sekarang cuti semester. Cuti semester bermakna jarak yang terbina antara En dengan kehidupan di UIAM. Jarak hanya tiga minggu, tapi bagi En sangat panjang. Iman En sakit. sangat sakit. boleh kata masa jarak ni lah, iman En tinggal saki baki je macam kalau orang minum air sampai habis, ada tinggal setitis dua titis air je dalam cawan tu. Haa macam tu la perumpaan iman yang ada dalam En nie. 

Iman naik turun. En pernah dengar satu hadis, tapi En tak pasti siapa yang riwayatkan, hadis tu cakap, jika kau beriman pada pagi hari, jangan kau ingat akan beriman pada petang hari. 

Kalau dah pagi dengan petang pun kita tidak pasti akan beriman. apatah lagi jarak yang tiga minggu ni?

-Fikir lagi-

2 comments:

SuMaiYaH said...

Mujahadah itu pahit,
kerana Syurga itu manis. :)

Berusaha! heheh :D

ensiyahmuhammad said...

ustaz pahrol! hee en ada buku tu. thanks maiya :)