ensiyahmuhammad

Sunday, December 11, 2011

Seimbang

Assalamualaikum

Minggu ini boleh dikatakan minggu yang sangat letih untuk En. Letih minda. 
Minggu ini juga boleh dikatakan minggu mesramesra untuk En. Mesra ukhuwah
Kesimpulannya, minggu ini seimbang. 
Senyum

Tidak kiralah sama ada bergelar pelajar atau pun tidak, setiap orang pasti mempunyai kesulitan masingmasing. En juga. Sebagai seorang yang sedang bergelar pelajar peringkat tertiari, sukar untuk En nafikan kekadang tekanan itu menyerang diri. Seoptimis mana pun En cuba psiko diri sendiri, acapkali diri ini mudah tumbang. Mudah putus asa.

Sekarang dalam mingguminggu terakhir. Cikgu sedang bertungkuslumus menghabiskan segala topik. Kuiz atau juga boleh dikatakan sebagai ujian kecil boleh kata harihari. Bukan satu, tapi dan tiga. Pembahagian masa, profesionalisme dalam bekerja, keikhlasan, ketenangan, kesabaran, segalanya sedang diuji.

Seimbang. 

Walau dalam segala tekanan itu, En dibahagiakan dengan ukhuwah yang semakin berkembang kini. Syukur. Syukur. Syukur. Walaupun agak lambat ukhuwah ini erat, namun itu lebih baik dari tali ukhuwah ini putus. Perkenalan lebih dekat dengan senior, berkampung dengan senior, gurau senda bersama, manis En rasakan.

En yakin En boleh lalui semua ini. Yakin
En yakin En boleh untuk terus bersemangat mencari ilmu. Yakin
En yakin En boleh untuk konsisten niat lillahi taala. Yakin
En yakin En diuji dengan apa pun jenis medium kerana ALLAH sayang En. Yakin

Berubah menjadi baik untuk memberi kebaikan kepada orang lain.
Berusaha untuk faham untuk memberi kefahaman kepada orang lain. 

Ilmu itu seperti MLM. 
Bila ilmu yang sedikit di kongsi kepada kawan. 
Kawan pun berkongsi dengan kawannya.
Kawannya berkongsi dengan sahabat lain. 
Jadi berkembanglah ilmu tersebut. 

En dapat manfaat dari ilmu.
Kawan En dapat manfaat dari ilmu.
Kawan kawan En dapat manfaat dari ilmu.
Kawan kawan kawan En dapat manfaat dari ilmu. 
Semua orang akan dapat manfaat!

Beruntung bukan? 


p/s: berada di bilik akak naqibah :)

2 comments:

Qima said...

Wau.Best la En ~! =D

ensiyahmuhammad said...

heee comel la kak mast!! :D