ensiyahmuhammad

Saturday, December 3, 2011

Sayonara Jahiliyyah

Assalamualaikum

Ahad, 27 November 2011.

Malam itu, hujan. Tidak terlalu lebat. Tapi, sangat sejuk. Waktu yang sangat seronok untuk dibuai mimpi. 
Malam itu, 1 Muharram 1433H. Ramai yang tiada di universiti. Ramai yang pulang ke rumah. Ramai juga yang memilih untuk berehat dari berbuat apa-apa. 
Malam itu, alhamdulillah. Dalam beribu-ribu orang yang ada, Allah SWT telah membuka beberapa hati untuk pergi ke majlis ilmu. 
Malam itu, alhamdulillah. Hati En yang kosong ini juga Allah telah buka kan hati untuk pergi ke majlis ilmu itu. Oh tidak, bukan, pada asalnya En pergi kerana En salah seorang komiti majlis ilmu itu. Namun, saat sahaja penceramah itu memulakan majlis, niat terus bertukar. 

Sayonara Jahiliyyah

Itu tajuk yang dibincangkan. 

Bila merujuk kepada zaman sekarang. Pasti ramai yang menyatakan yang sekarang ini zaman moden. Zaman orang maju. Zaman orang berteknologi tinggi. 

Tapi tiada siapa yang cakap zaman sekarang zaman jahiliyah. 

Kemudian timbul pula persoalan, zaman jahiliyah tu pula bagaimana?

Pasti ramai yang berkata.. zaman jahiliyah tu zaman yang tak bertamadun. Zaman kuno. Zaman dulu-dulu. Zaman yang kejam.

Tapi tiada siapa yang cakap zaman jahiliyah zaman yang moden. 

Kenyataannya, zaman jahiliyah lebih bertamadun dari zaman sekarang. Zaman jahiliyah lebih berteknologi tinggi dari zaman sekarang. Zaman jahiliyah lebih sopan dari zaman sekarang. 

Tak pecaya? Tak setuju? Nak bantah?

Tengok gambargambar ini dulu. 

Bayi dibuang

Sanggul tinggi

Homoseksual
Mari samasama kita imbas kembali.

Zaman jahiliyah, mereka akan bunuh anakanak perempuan. Sebab apa? Sebab mereka cakap anakanak perempuan ini memalukan mereka. Khalifah Umar al-Khattab pun pernah menanam anak perempuannya hiduphidup ketika beliau belum memeluk agama Islam. Masa zaman Fir'aun, anak lelaki akan dibunuh sebab mereka tak mahu akan ada orang yang melawan kuasa Fir'aun. Al-maklum lah, Fir'aun kan perasan dia tu Tuhan. 

Zaman jahiliyah, homoseksual wujud masa zaman Nabi Luth.
Zaman jahiliyah, perempuanperempuan bersanggul tinggi tak pasti wujud masa zaman mana. Tapi, pada zamanzaman tu, perempuanperempuan sangat bergaya. 

Ingat tak apa yang jadi lepas tu? 

Setiap satu zaman, Allah hapuskan pada muka bumi ini. Allah bukan setakat hapuskan kaum yang melampaui batas tu, ilmuilmu yang ada pada zaman tu pun, terhapus sekali. Jadi, janganlah terkejut kalau bila ahli arkeologi jumpa imej helikopter pada batubatu. 

Allah hapuskan. Allah lenyapkan. Allah hilangkan. 

Cuba tengok balik zaman sekarang yang ramai orang cakap zaman moden ni. 

SEMUANYA ADA!

Zaman sekarang, orang bukan setakat buang bayi. Bakar bayi hiduphidup. Sembelih bayi hiduphidup. Siap campak dari flat tingkat empat pun ada. Tak kira lelaki dan perempuan. Bayi tu dah macam sampah yang orang buang kat manamana.

Zaman sekarang siap ada kempen hak asasi manusia kononnya. Perjuangkan LGBT (lesbian, gay, bisexual, transeksual). Kalau siapa yang rajin sikit ambil tahu hal dunia, mesti mereka tahu yang kelab untuk homoseksual dah lama wujud. Negaranegara yang halalkan perkahwinan sejantina pun dah lama ada. 

Zaman sekarang pakaian dah bermacammacam fesyen. Tahu sanggul tinggi tu haram. Orang yang bertudung macam buatbuat tak faham. Buat juga sanggul tinggi tu. Ikut sangat fesyen terkini. 

Kalau nak kupas satusatu. Memang banyak. 

Cuba fikir sekarang. Zaman mana lagi teruk sebenarnya? 

Kalau tadi, Allah lenyapkan setiap satu zaman. Tapi sekarang, semua zaman yang dah dilenyapkan tu wujud kat zaman sekarang. Agakagak apa yang Allah akan buat?

Gerun nak fikirkan. 

Macam mana nak atasi?

KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM YANG SEBENAR!

Ya. Itu saja caranya. Barulah kita boleh katakan Sayonara kepada Jahiliyah. 

p/s: Mata pasti mengalirkan air mata apabila melihat gambargambar bayi yang terbuang. Sangat sakit hati ini. Sangat.

No comments: