ensiyahmuhammad

Friday, December 2, 2011

QWERTY


Bila bibir enggan menuturkan kata, maka jari yang akan bahasakan semua.
Bila mood tiba-tiba sahaja berubah, maka jari yang akan cuba ceriakan suasana.
Bila mata enggan tutup, maka jari cuba mentafsirkan kenapa. 

Jari tidak berkuasa. 
Jari hanya menekan abjad di papan kekunci QWERTY.
Meluahkan bicara hati. 

Kadang, tiada isi yang ingin dikongsi. 
Hanya sekadar ingin menekan-nekan papan kekunci. 
Sekadar meraikan hati yang kosong. 
Ya, hati kosong. 

Monolog?
Mungkin

No comments: