ensiyahmuhammad

Saturday, December 24, 2011

Kenapa, Apa dan Apa?

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jumaat, 23 Disember 2011.
Hari terakhir bergelar pelajar sebagai Semester Pertama Tahun Pertama - Status FB.

Sebaik saja sampai ke bilik. Tibatiba saja terasa sangat cepat masa berlalu. Disember pun ingin melabuhkan tirai. Terasa seperti baru sahaja semalam En post dekat blog mengucapkan selamat datang kepda bulan Disember. Fikiran menerawang tentang apa yang dah En lakukan untuk tahun 2011.

Otak berputar ligat mengimbas kembali kenangan lalu seperti pemain cakera padat yang di rewind dan di forward. Semua yang hadir tika itu adalah segala program yang En pernah lalui. Soalan-soalan seperti "Kenapa En nak join program?", "Apa yang En nak sebenarnya?", "Apa yang En dapat kalau En join program?" terngiang-ngiang. Bibir tersenyum mengingatkan semua itu. Jujurnya, bukan tidak pernah soalansoalan itu ditanyakan kepada diri sendiri, sudah acapkali. Soalan memerlukan jawapan. Jawapan perlu dinyatakan. Cuma, keyakinan yang turun naik, iman yang lebih nipis dari kulit bawang sering sahaja meragukan keputusan dihati.

Mengimbas kembali kenangan 2011 (sekadar yang dapat diingat) :-

5 Mac : Hiking to Broga [QYC]
18 - 24 April : Wind of Change 6 [JASA]
6 - 8 Mei : CENSERVE Team Performance Review Workshop [Caring]
19 Mei : Bengkel Penulisan 2 [CENSERVE]
20 - 21 Mei : Makan Malam Mesra Permata Camar, Kuantan [Caring]
1,2,8,9 Jun : Training of Trainers [Caring]
8 Jun : Human Right vs Muslim Right [QYC]
5 Jun : M-Trans Mentoring 2, Rasau [JASA]
1 - 3 Julai : Kem Pembinaan Sahsiah (Kem Iflah) [abang saufi]
7,8,9,10 Julai : Ummatic Service at Kampung Jelai [Caring]
10 Ogos : RESILIA in collaboration with KENMS [CENSERVE] 
16 - 18 September : Beauty of Unification, Bukit Bandaraya [JASA]
20 September : QYC Mass Gathering [QYC]
26 - 28 September : Open Booth Caring [Caring]
29 September : Mass Gath Caring [Caring]
21 - 23 Oktober : Caring Training Camp [Caring]
26 Oktober : Teater Kronologi Cinta [QYC]
12 November : Dinner with the Orphanage [Caring]
27 November : Daurah CENSERVIANS [QYC]
28 November : Annual Grand Meeting Caring [Caring]
6 Dis : Annual General Meeting QYC [QYC]

Mungkin ada yang tertinggal kerana terlupa tarikh. Untuk malam ini, ini sahaja yang mampu diingati.

Hari ini bukan hari raya. Hari ini bukan hari istimewa. Tapi hari ini, hari yang membuatkan En terdetik untuk mengabadikan katakata penghargaan kepada semua. Semua yang mengenali En, sama ada melalui program, melalui nama En yang unik, melalui blog, melalui kawankawan dll. Pokoknya, semua lah!

En ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. En tidak mahu menunggu sampai ke hari terakhir En bergelar pelajar UIAM untuk mengucapkannya kerana En tidak tahu bila hari itu akan tiba. Mungkin saja esok, lusa atau sejam lagi. Wallahualam.

Sebagai pelajar, tujuan utama adalah untuk mencari ilmu. Tapi, adakah dengan hanya pergi ke kelas, jawab kuiz, sit for midterm, complete all the assignments given, ensure a good carry mark to get an A for the final, obtain a good pointer then being acknowledge as the Best Student of Kuliyyah is our main goal? 4//5 years of study, graduated and entitle as what? Accountant? Engineer? Doctor? Psychologist? Architects? and etc

and.. what next?

Jujur, kalau En tak terdedah dengan society. Yes, itulah main goal  En.
Takkan pernah ada sedikit pun terlintas dalam kepala En, En nak berkhidmat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Apa saja yang En buat ke arah kebaikan itu ibadah. Saling memberi peringatan itu ibadah dan banyak lagi.

En join program dan tidak tertumpu dengan satu kelab sahaja sebab En mahukan ilmu. En mahu menimba ilmu dari orangorang yang lebih berpengalaman, persekitaran, situasi dan sebagainya. Bukan itu sahaja, En mahu berkongsi ilmu yang En tahu, walaupun ilmu itu kecil. Setiap apa yang En dengar, En lihat, percayalah, jika itu sesuatu yang baik, pasti akan En cuba untuk sematkan dalam hati. Hatta, walau katakata itu, tingkah itu keluar dari anak kecil yang berumur 5 tahun.

Melalui program juga, En kenal ramai orangorang yang hebat. Walau siapa pun orang itu, tak kiralah berjawatan atau tidak berjawatan, mereka tetap hebat. Orangorang yang hebat dalam memberikan peringatan, nasihat, menunjukkan ciriciri kepimpinan yang terpuji, menaikkan semangat, memberikan contoh sahsiah yang baik dn sebagainya.

Pentingnya, setiap apa pun yang En sertai. En cuba untuk melihat kebaikan yang dapat En adaptasi agar En dapat menjadi orang yang hebat juga. Kerana En sedar, En kurang dalam segalagalanya. En hanyalah seorang yang sedang merangkak untuk mencari matlamat diri dan memerlukan bimbingan dari sekeliling.

Quranic Youth Club (QYC) - Kelab pertama En. Walaupun En belum ada peluang untuk aktif dengan QYC sebelum ini, kemanamana pun En pergi, En tetap akan katakan yang En ahli QYC. Program pertama En, Broga. Banyak benda baru yang En belajar. Pertama kali En hadirkan diri dalam mesyuarat yang dimulakan dengan tazkirah. Di akhiri dengan Doa rabitah. Tak semestinya kan En perlu jadi komiti untuk mengatakan En terlibat dengan QYC? En pergi forum Rasullullah: The Perfect Leaders, dari forum tu, Ustaz Syaari kata yang palingpaling pun kita ni hidup kat dunia 40 tahun takpun 60 tahun. Kalau di akhirat, sebenarnya kita nie hidup cuma 1 jam 46 saat je. Jadi, dalam 1 jam 46 saat tu, apa yang kita boleh buat? En selalu berfikir dan berfikir. Muhasabah. Tahniah kepada komiti yang telah melaksanakan suatu program yang memberi manfaat. Takkan lupa ingatan ketika pergi ke Mass Gathering QYC di ADM LT5, sangat segan apabila orang sekeliling bertudung labuh, pakaian longgar, sedang diri ini ketika itu memakai pakaian yang kurang proper, terasa seperti alien sesat yang mendarat di dunia normal. Rasa nak lari, tapi alhamdulillah, itu sebenarnya peristiwa yang membuatkan En berfikir untuk berubah kepada pemakaian yang lebih elok. Belum mampu untuk bertudung labuh seperti yang lain, tapi sekurangkurangnya cuba menjaga aurat sebaiknya. InsyaALLAH

Terima kasih untuk segala pengalaman pertama itu. First impression lasts.

JASA - Tohoi. Kenangan yang takkan dapat dilupakan. Betapa banyak air mata ini jatuh kerana terharu melihat kesungguhan orangorang asli di sana yang sangat menghargai Islam. Betapa mereka sangat memerlukan seorang yang beragama dalam kalangan mereka untuk belajar mengenali Tuhan. Mereka sangat ikhlas mengalunkan zikir. Hati yang suci. En belajar dari mereka supaya menghargai kemudahan untuk mempelajari ilmu agama yang En dapat. En belajar dari mereka yang En patut sangat menghargai nikmat Islam yang En kecapi. Siapa lagi yang ingat apabila En bangun dalam post mortem dan berkata En cuba untuk belajar mengenali Islam dengan lebih lanjut? Siapa yang ingat apabila En secara terbuka mengucapkan terima kasih kerana ada yang tegur baju En singkat? Mungkin tiada yang ingat, tapi En takkan pernah lupa.Siapa tahu yang En sangat seronok apabila Jasa konsisten melaksanakan solat Dhuha dalam program?

Tiga perkara :-
- jangan marah
- ingat kelebihan orang lain
- berikan penghargaan

Perkara berharga yang En semat dalam hati. En kena optimis, rasional, hargai orang lain. Macam mana pun, En kena fikir dalamdalam sebelum En nak marah.

Terima kasih untuk semua ini.

Caring Club - Kelab sayang menyayang :)

Program pertama bersama Caring adalah En pergi Rabeka. En ajar seorang adik nie math, adik tu sangat bijak! Bila En tanya, cepat je jawab. Sangat kagum dengan adik tu. Adik tu nampak sangat bersemangat nak belajar. Tapi sayang, adik tu anak yatim. Adik tu tiada ibu bapa. Adik tu semangat nak belajar bukan sebab nak dapatkan hadiah dari ibu bapa, tapi dia semangat sebab dia nak ilmu tu. Dia tau, hanya dengan ilmu dia boleh berjaya. Hanya dengan ilmu. Tapi sayang, Caring yang satusatunya kelab memfokus kepada anak yatim kurang berkembang. Tiada ramai sukarelawan. Nah! Janji terpatri di CENSERVE Team Performance Review Workshop untuk samasama membantu menaikkan nama Caring, dengan niat, agar anakanak yatim ini mendapat perhatian. Anak anak yatim bukanlah inginkan sangat bantuan kewangan, mereka memerlukan kasih sayang. Mereka mahukan orang kasihkan mereka bukan kasihankan mereka. En percaya itu. Alhamdulillah.Kini, En dapat lihat kemesraan adikadik di Raudhatul Faeez. En terharu apabila ada salah seorang dari mereka mengambil telefon En dan masukkan no.dia sendiri dan tersenyum pada En. :) En percaya dengan berkembangnya Caring sekarang dengan ramai ahli, mereka mampu untuk melangkah lebih jauh.

Terima kasih untuk peluang berbakti kepada golongan yang Rasulullah S.A.W. sayangkan ini.

Terima kasih semua atas kepimpinan yang ditunjukkan.
Terima kasih semua atas nasihat,peringatan.
Terima kasih semua atas kasih sayang.

Jika semester pertama tahun pertama ini, En cuba untuk dapatkan segala yang baik melalui program.
En berdoa, semester depan akan lebih baik lagi.
Jika semester ini sering sahaja En lalai untuk tetapkan niat lillahi ta'ala
En berdoa, semester depan akan dapat konsisten

En berdoa semoga ukhuwah sesama kita akan utuh.
En belum mampu untuk berdakwah, tapi En hanya mampu untuk berkongsi ilmu yang En ada walaupun sedikit.

Dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia juga. Baru akan terampun.

En dengan hati yang sangat rendah diri, minta maaf dengan semua yang pernah bekerja dengan En. En minta maaf atas tindakan, kata-kata dan gurauan yang menyakitkan hati. Minta maaf untuk semua Terima kasih untuk segala kebaikan.

En mohon. Bantulah En. En masih berjinakjinak. Bantu untuk kukuhkan hati en agar istiqomah mendalami Islam. Jujurnya sekarang, En sangat lemah untuk tetapkan hati. Sepertinya sekarang, apa yang En percaya, apa yang En faham seakan tunggang terbalik. En risau, jika keadaan ini berlanjutan, En takkan rasa dah kemanisan dalam mendalami ajaran Islam sebenarbenarnya.

26 Abjad. Digabunggabung, tercipta perkataan. Perkataan yang dibaca memberi seribu tafsiran.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.
Terima kasih.

Untuk semua, hayati lagu ini


Mawaddah - Sumayyah

Sejarah mu dikenang sepanjang zaman
Kau berkorban jiwa untuk cinta Agungmu
Kekuatan iman menjadi tauladan
Tuhanlah segala-galanya
Kecintaanmu pada Allah menguatkan diri mulia

Sumayyah

Engkau sanggup mengorbankan nyawa
Untuk agama islam tercinta
Beruntunglah kami kerana memiliki serikandi sepertimu
Pada jasad lahir kau hamba manusia tapi hatimu hamba pada Tuhan
Kerana itulah jiwamu bebas merdeka
Walau jasadmu diseksa
Jiwamu bebas dari cinta dunia dan takut mati
Kaulah serikandi

Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Pengorbananmu mendidik manusia
Hasil cinta Tuhan dan kasih sesama
Mengorbankan diri demi keimanan
Dan keselamatan seluruh manusia
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu

Wahai Sumayyah

Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Semoga Allah membalasi jasamu
Dengan syurga yang kekal abadi
Semoga Tuhan sudi menganugerahkan
Kekuatan iman seperti imanmu
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu
Wahai Sumayyah

No comments: