ensiyahmuhammad

Saturday, December 17, 2011

Diari

Assalamualaikum

Khamis, 8 Disember 2011

Macam biasa. Bangun pagi siapsiap pergi kelas. 8.30 pagi kelas ICT. Berada sahaja di dalam kelas. Mesti mengantuk. Tapi, dalam kemengantukan pun, masih bersemangat lagi. Tak sabar nak jawab kuiz! Cikgu nak mengajar dulu. Menunggu dengan penuh semangat nak jawab kuiz. Bila sahaja sampai ke 20 minit terakhir kelas. Perkhabaran pun tiba. Bincangbincang, cikgu buat keputusan . . .

"Sorry class, you have to take this quiz on the next Tuesday. There is not enough question blablabla...."

Kecewa. Bukan selalu nak semangat ambil kuiz.

Oh! petang ada kuiz mikroekonomi pula. Kuiz yang sepatutnya ambil semalam tapi tak datang kelas. Setelah rundingan dengan cikgu, cikgu setuju untuk bagi saya peluang. Sepatutnya ambil pukul3.30 petang. Tapi lepas call cikgu, cikgu izinkan ambil pukul5petang sebab pukul3.30 petang ada kelas makroekonomi. 

"Pukul 2 sampai 3.20 kelas accounting. Pukul3.30 sampai 4.50petang kelas makroekonomi. Pukul5 kena ambil kuiz mikroekonomi pula. Pukul 7 nak buka puasa and solat. Pukul7.45 ada kelas ganti untuk kelas Management sampai pukul10." Rasa macam tak larat pula. *Tapi cakap kat diri, sabar. Buat relax saja.

Jam baru menunjukkan pukul 11pagi masa tu. Rehat kat masjid. Tidur sekejap sementara tunggu kelas pukul2. 

Habis saja kelas makroekonomi, semasa menuju ke bilik cikgu, baru perasan. Buku accounting tiada di tangan. Berlari semula ke kelas. Dah kunci. Kecewa. Berlari semula ke bilik cikgu. Kunci juga. Solat asar mungkin. Cepatcepat turun pergi ke surau. Solat asar. Lepas 15 minit, naik semula ke bilik cikgu. Buka. Alhamdulillah. Ambil kuiz dengan tenang. (Rasanya. haha)

Habis kelas Management malam tu, Fada terus balik bilik, tapi saya nak jumpa seseorang untuk bertanyakan suatu kemusykilan. Malangnya, pertemuan yang sepatutnya sekejap saja, jadi panjang pula sebab ramai betul yang interframe. Hmm

Habis perbincangan dalam pukul 11.40 malam mungkin. 

Jumaat, 9 Disember 2011

Pukul 12.30 pagi. Berjalan penuh semangat dengan Fada pergi masjid nak join program Grand Qiamulail. En tak pernah join Grand Qiamulail. Nampak macam seronok. Semangat ajak Fada dan mesej Kak Mas cakap nak pergi. Hehe

Sampai masjid, semua dah sedia nak tidur. Kami pun tidur juga. Pukul 4.30 pagi dengar orang baca al-quran. Siapsiap nak Qimulail. Tapi.... hmm lupakan saja.

Habis Qiamulail dan Subuh. Ada sesi tazkirah, perkongsinan dan game! Seronok!!! Pukul7.30 pagi bergerak pulang ke mahallah.

Ikut perancangan asal, nak rehat kejap, lepas tu nak pergi Resource Centre. Nak photostat past year exam paper, tapi terlebih pula rehatnya. Penat sangat mungkin. Lepas tu, SMS Kak Yusfa.

"assignment akak dah siap ke belom?"

Keputusan akhir, kami nak buat assignment samasama dekat HS Cafe. Projek ICT tak siap lagi. Dari hari tu cuba banyak kali nak explore data yang baru tu. Tapi tak dapatdapat. Jangan cakap la betapa bengangnya perasaan ni. Kalau ikut hati, memang rasa taknak buat dah. Hmm

Tengah hari, jumpa Kak Yusfa. Masa dalam perjalanan pergi HS Cafe, Kak Yusfa cakap nak lawat Kak Wani, sebab Kak Wani kena tahan kat hospital, disahkan menghidap nephrotic syndrome. Kesian dia. Lepas bincangbincang, kami dengan Kak Masturah, Kak Aishah dengan Zimah pun setuju nak pergi lawat Kak Wani. Pinjam kereta Kak Ummi, tapi Zimah yang drive.

Lepas dah pusingpusing cari parking dekat Hospital Kuala Lumpur, nampak pengawal dengan slumbernya tutup pintu dengan tali. Dah pukul 2 rupanya. Habis sudah waktu melawat. Tak mengapa, kami cadang nak pergi manamana dulu dan lawat pada pukul4.30 petang. Kak Mas ajak pergi rumah neneknya kat Jalan Kent. Dekat saja dengan UTM. 

Borakborak dengan nenek Kak Mas. Seronok! Dapat mesej dari Kak Wani cakap dah di benarkan keluar. huu Kecewa sebab tak sempat nak jumpa. Gembira sebab Kak Wani dah boleh balik ke rumah. Sebelum pukul 5 dah sampai ke UIA. Lepak dekat bilik Kak Yusfa. Tertidur. Pukul8.30 malam pergi CENSERVE. 
Malam cuba lagi siapkan projek ICT. TAK DAPAT!!! 

Tidur saja.
Sabtu, 10 Disember 2011

Pukul8 pagi. Kelas Halaqah. Lambat bangun. Tetap pergi juga. Kakak fasi dah mesej minta datang sebab kelas terakhir. Pukul9 baru sampai. Buat muka tak malu. Habis kelas, pergi bilik Kak Yusfa. Ambil kotak kain alas meja Caring Club. Sampai bilik, tidur lagi.


Entah pukul berapa bangun. tak ingat. Pukul8 malam. cuba lagi untuk siapkan ICT. tak boleh juga. pukul10 malam. Malam itu malam bulan gerhana. Masa dalam perjalanan dari Mahallah Halimah ke Mahallah Hafsa, dapat tengok ramai sisters duduk luar sedang menikmati alam, En dongak ke langit. tak nampak pun bulan. Layan perasaan. Rasa nak menangis sebab tak tahu macam nak buat ICT. Macam zombi rasanya bila jalan pandang ke depan tak berkedip dek kerana asyik fikirkan macam nak buat. Akhirnya, bila dah nak dekat sampai dekat bilik kak Mas, sms Fada, call Ifa, minta kebenaran nak buat je guna data lama. Minta izin tapi macam bagi arahan mandatori. Pentingkan diri saja rasanya. Tapi nak buat macam mana, En tak sanggup dapat 0 markah, biarlah dengan data lama dapat kurang markah, tapi jangan kosong. Mereka bersetuju saja. Alhamdulillah

Ahad, 11 Disember 2011

Borakborak dengan kak Mas, lepak dekat ruangan tengah. En dengan laptop En, Kak Mas dengan laptopnya, kami buat kerja. Makan Big Apple jua, oh alien! kesukaan En. hehe. Sekali sekala borak. Pukul berapa entah En baru puas hati dengan projek ICT, kemudian borak lagi dengan Kak Mas. Kak Mas layan saja En cerita itu cerita ini. Banyak yang En cerita. Kesian Kak Mas, mesti penat dia layan En malam tu. Pukul4.30 pagi baru En keluar dari bilik dia. 

Sepanjang balik dari bilik Kak Mas kat Mahallah Hafsa ke bilik En kat Mahallah Halimah, En tak berhenti berfikir. Oh, En lihat bulan sangat terang malam tu. Masa En tengah jalan, angin pun bertiup sepoisepoi bahasa. Sangat sunyi pagi tu. En duduk dekat pentas depan Blok A Mahallah Halimah. Duduk saja tengok bulan. Bersatu dengan alam. 


Tidur pukul7 pagi. Sepatutnya ada Induction Course untuk Humanitarian Night, tapi atas kekhilafan diri, tak dapat hadir. Sangat kecewa di situ. Orang call, semua diignore. Mesej pun taknak balas. Menyendiri.  Jadi, siapkan lagi manamana kerja yang belum siap.
Petang itu, Kak Mas ajak kayak. Jadi, berdating la kami berdua berkayak dekat tasik Maryam. Masingmasing kayak yang single sahaja. Dalam pukul7 kami pulang ke Mahallah Hafsa. Makan sekali dengan Kak Chuma, Kak Khaty dengan Kak Aini. En cuma makan burger sahaja, tak selera nak makan berat.

Sampai dekat Mahallah Halimah, pergi blok F, ambil makanan dekat Husna yang sepatutnya En ambil pukul3 petang. Lepas tu, pergi kafe, makan dengan Ika. Kesian Ika, dia tak sihat, muka pucat tak bermaya je.

Malamnya, finalisekan kerja ICT. Tidur awal.

Isnin, 12 Disember 2011

Pukul9 pagi ada aktiviti berkayak dengan saudara usrah sebenarnya. Tapi tak ramai yang dapat hadir, jadi yang berkayak cuma En, Kak Mas, Kak Chuma, Kak Khaty, Kak Mun dengan Kak Sal. Kami berpasangan. Huhu banyak perkara jadi, En kena libas dengan Kak Chuma dengan kayu kayak tu pun ada. Seronok! Lepas tu kami pergi makan.

Pukul12.30 tengah hari En sampai bilik. Macam biasa bila sampai bilik, mesti nak tengok apa kurakura En tengah buat. Selalunya mereka mesti buat aksi-aksi yang buat En senyum sendiri. Tapi, masa tu, En tengok, seekor ada yang terbalik kat dalam air. En ingatkan itu aksi terbaru. En pun nak la angkat. Tapi tak bergerak. En goyanggoyang, pun tak gerak juga. En tengok kepala dia dah jatuh, lembik je. En cuba goyanggoyangkan lagi. Tapi tak gerak juga. En dah rasa sebak. En tak nak terima kenyataan kurakura seekor dah mati.

Sms kawan. Sms abang. Sms kakak. Bagitau kurakura dah mati. Tak nangis lagi. Tak sempat nak layan perasaan lagi sebab Nizam dengan Tika nak datang UIA. Mereka nak amek gambar. Jadi, En pun cepatcepat jumpa mereka. Borak dengan mereka, hilang sekejap rasa sedih. Ingat kenangan masa tingkatan 6 dulu. Rindu.

Pukul2 naik atas, cuba nak tengok kurakura tu gerak ke tak. Tak gerak! kecewa. Sebak lagi. Pergi bersihkan diri dan bersiap nak pergi training Caring Club. Sepatutnya training tu dari pagi 8.30pagi. Tapi En dah minta izin nak datang lambat. En bersiap ala kadar saja. Mood En dah tiada mengenangkan kurakura yang dah hilang nyawa dari jasad tu.

Sampai dekat tempat training, jujur En katakan, En cuba untuk kelihatan gembira. En cuba untuk berikan idea yang En ada sebaik mungkin. Tapi, suasana sangat janggal yang En rasakan. En rasa sedih. Bila lihat mereka bentang segala perancangan pun, rasa tak banyak yang masuk otak. Cuma teringat kisah yang Al cerita yang dia hampir accident sebab En. Katanya, Al nampak En sedang berjalan. Dia kat atas motor, nak tegur En, tetiba kereta di depannya brek secara tetiba. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku padanya.

Pukul7.10 malam. Habis segala pembentangan. Kosong saja En rasakan. Sebaik sahaja habis, En tak tunggu. En terus pulang. Tapi, sepanjang berjalan dari Kuliyyah Education ke Mahallah Halimah, kaki rasa sangat lembik. Rasa macam kesedihan tak dapat nak tampung lagi. En duduk dekat tepi tasik. Tiada orang. En tak dapat tahan lagi, terus rembeskan semua air mata di situ. Menangis teresakesak mengenangkan kurakura. Mungkin bercampur rindu ingin pulang. Sangat banyak air mata yang tumpah pada Maghrib itu. Sampai sesak nafas En jadinya. Bila sudah reda sikit, Lin berjalan untuk pulang. Dia bertanya, kenapa En menangis. Tapi En kata tiada apa apa. Dia pun berlalu pergi kerana faham yang En ingin bersendiri.

Dia berlalu saja, makin menjadi esak tangis En. Nangis dan nangis dan nangis. Setelah puas nangis, barulah En pulang ke Mahallah Halimah. Sampai saja di bilik, tengok kurakura lagi. Dah makin lembik kepalanya. En angkat. Sedih. Nanges lagi. Kakak sebilik tanya, En ok ke tak. En kata En ok. En tak bagitahu yang kurakura En mati.

Bila En cakap kurakura En mati. Mesti mereka tanya kenapa. Tapi En yakin, mereka tak faham betapa En sedih kurakura En mati. Sekarang, baru En faham kenapa ada orang menangis tak henti bila haiwan peliharaan mereka mati. Ye, baru En faham.

En tidur dalam tangisan malam itu.


2 comments:

Qima said...

={
tetiba teringat kat kucing kesayangan yang dah pergi. . .
Kasih tu anugerah Allah. Moga-moga pengalaman2 sedih terus mendidik kita jadi muslim yang saling berkasih sayang , kerana Allah juga ~ <3

ensiyahmuhammad said...

nak tau tak kak, satu hari masa en kat masjid. en jarang tau nak belaibelai kucing nie. tapi ri tu, ad nampak sekor anak kucing kaler itam, dok bertenggek je kat tiang. tetiba rasa nak belai dia. COMEL gler owh!! rasa nak peluk je. huhu