ensiyahmuhammad

Monday, December 19, 2011

Hutan Jeram Perlus

Assalamualaikum

"Hello"
"En! Ada orang ajak kau pergi Jeram Perlus"
"Siapa nie?"
"Nie aku la. Al"
"Huhu kau ke? Aku takde no. kau la. Kata la orang yang ajak aku g Jeram Perlus tu Angah. Aku nga kelas halaqah nie. Ada explorace"


dalam 15 minit kemudian. Sms Al

"pegi lambat sket la. kol10.30"
"ok. kena sharp tau kol10.30"

++++++++++++++++++++

Hampir sebulan En pergi merentas hutan di Hutan Jeram Perlus, Hulu Langat.Terus terang, ini pertama kali En nak cerita secara terperinci pengalaman En di blog ini. En belum lagi pernah berkongsi apaapa secara detail sebelum ini. Selamat membaca :)

Kepada sesiapa yang duduk dekat kawasan Selangor, rugi kalau tak pergi ke Hutan Jeram Perlus ni. Cara nak pergi senang je, sama saja macam nak pergi Look Up Point tu atau lebih tepat lagi sama jalan macam nak pergi Sg. Gabai. Tak pun, guna teknologi terkini, tanya encik Google Map. :p

Kami pergi berempat, En, Angah, Al dengan Bob. 3 lelaki dan En seorang perempuan. Angah kata En jadi benchmark, kalau En larat, baru dia nak ajak sisters lain. Layan saja Angah nak cakap apa. Memang dah banyak kali Angah ajak En pergi Hutan Jeram Perlus ni, tapi asyik ada kekangan saja. Entah kenapa kali ni, Angah setuju untuk pergi pukul10.30 pagi. En selalu ada kelas Halaqah hari Sabtu, pukul8 sampai 10.

Sebelum tu, nak perkenalkan kejap siapa Angah, Al dengan Bob nie.

Angah - Nama sebenar Ahmad Fadzil. Anak sulung tapi panggil Angah. Apakah? Takpe, tak penting. Kita layan saja. Pelajar Master kejuruteraan. Tutor juga. Angah ni memang suka berjalanjalan. Mendakidaki. Kalau add dia kat FB, boleh la tengok album gambar dia. Dah sampai kemanamana.
Al - Nama sebenar dia Al Syafiq Hakimi. Nama punyalah panjang. Cantik. Tapi panggil Al saja. Pelajar kejuruteraan juga. Kira dia ni pelajar Angah la. Tapi, En kenal dia dalam kelab Caring.
Bob - Nama sebenar Fahmi. Tapi panggil Bob. Pelajar kejuruteraan juga. Dia ada masa Caring Training Camp (En tak pernah cerita pasal program tu dekat blog ni, mungkin lain kali). En cam muka, tapi tak ingat nama.

Jadi, perjalanan kami bermula masa Angah parking kereta dekat perkampungan Orang Asli. Kepada sesiapa yang tak tahu keadaan rumah Orang Asli macam mana, hendaklah di ketahui bahawasanya Orang Asli bela anjing. Mereka bela anjing macam bela kucing. Jadi, anjing memang banyak. Kita sebagai orang yang datang perkampungan mereka, jangan sesekali tunjukkan reaksi geli atau takut dengan anjinganjing tersebut. Pantang buat mereka. Ingat tu!
Jam menunjukkan pukul12 masa kami mulamula nak merentas hutan.


Angah, Bob dengan Al sedang bersiap sedia 

Objektif Hutan Jeram Perlus ni, bila dah sampai puncak nanti akan jumpa air terjun. Jadi, sepanjang perjalanan, biasa saja. Takde la yang extreme sangat sampai kena panjat bukit tinggi giler ke apa. Tak. Normal saja. Kalau tinggi sikitsikit tu biasa la.

Kalau nak bawa parang atau pakai sarung tangan, pun ok juga. Sebab ada banyak buluh. Mana lah tau tercalar tangan. Tapi yang parang tu cuma untuk persediaan, kalaukalau ada pokok tumban dan menghalang perjalanan macam yang kami alami. 

Bekerja keras bersihkan jalan. Alhamdulillah mereka ni gagah :p
Amaran! Hutan Jeram Perlus ni juga, tak salah kalau En nak kelaskan sebagai Hutan Pacat. Kenapa? Sebab pacat berada di manamana, walaupun tanah kering, boleh nampak kat bawahbawah tu ada pacat. Angah dah spray kaki kami semua dengan Ridsect, tapi pacat kat sini sangat dahagakan darah. Jadi, fahamfaham lah sendiri. :p Di nasihatkan juga untuk bawa garam supaya takyah lah tarik pacat tu. Pacat akan jatuh sendiri kalau terkena garam.

Bob kejam. Boleh dia tariktarik pacat macam tarik getah. Hampeh betul mamat ni!

Posing itu satu kemestian :D

Inilah rupa pacat yang dah kenyang. Ini baru satu, Tak tengok lagi yang dekat kaki. HOHOHO

Lepas 2 jam setengah, sampai lah kami dekat air terjun. Subhanallah! sangat cantik air terjun tu. Sejuk sangat! Rasa penat lelah terus hilang bila dah sampai ke air terjun. 

Teruja sungguh!

Ok! Air terjun tu memang best gila!
Perancangan asal, nak duduk dekat atas tu sekejap saja. Tapi, hujan pula. Jadi, entah mana datang, brothers ni pergi buat khemah separuh siap. Kreatif sungguh. Siap masak makanan tengah hari lak tu, tak tahan sungguh. Layankan saja. haha

Proses pemasangan khemah separuh siap

Makanan tengah hari mereka. Atas sebab tertentu, En tak rasa pun Maggi ni. Entah sedap ke tidak, kari campur Tomyam. huhu

Alolo romantiknya la kongsi bertiga :D

Angah dengan khemah kebanggaannya :p

Lepas hujan dah berhenti, kami pun ingin pulang. Tapi, sebelum pulang, ada pulak 13 orang pelajar dari UiTM Shah Alam baru sampai, mereka komiti untuk Hulu Langat Adventure. Oh, baru kami tahu, esok ada event rupanya. hihi

Solat jangan lupa walau di mana pun kita berada :)
Untuk sisters yang rasa nak pergi, tutup aurat sebaiknya, sebab kalau pakai ketat sana sini dengan alasan taknak bagi pacat hisap darah, itu penipuan sematamata. Pakai lah ketat macam mana pun, jangan terkejut kalau nampak ada pacat kat perut. Jangan pula buka tudung sebab alasan nanti panas, itu pun penipuan juga. Sedangkan tudung itu membantu supaya rambut anda tak tertarik kat dahandahan. Jadi, tiada alasan untuk kamu buka aurat :)

Masa kami dalam perjalanan pulang, terserempak juga dengan satu pasukan dari Rawang yang ingin naik ke atas. 

Masa nak balik, nampak berkabus pula. Kesan lepas hujan kot?
Dalam masa 2 jam, kami sampai ke perkampungan Orang Asli tadi. 

Jadi, apa lagi. Jom lah ke Hutan Jeram Perlus! 

BEST!!!

Kami ada buat video, boleh la tengok. Terima Kasih :)






4 comments:

SuMaiYaH said...

perghhh
angah ade ajak gak. rugi xpegi, kalu x bsaing dgn en hihi :p

apepun tahniah !! :DD

ensiyahmuhammad said...

takpe. next time boley pergi sama. en teringin nak pergi chilling falls. hehehe

ari tu pergi ulu semangkuk apa citer? sonok tak?

SuMaiYaH said...

mane sampe ulu semangkuk en.. sampe ulu secawen je haha. xlarat. xkuat stamina cm en :)

ensiyahmuhammad said...

laaa. tak sampai ulu semangkuk ke? tapi best tak masa kat sana? nak ajak angah la. afta en abes exam. jom maiya jom!!!