ensiyahmuhammad

Wednesday, November 9, 2011

Zuriat

Assalamualaikum

Alya :)
Permulaan post dihidangkan dengan gambar anak kepada sepupuku. Sepupuku itu sebaya dengan ku, namun jodohnya sampai lebih awal. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Bohong jika En katakan tidak punya perasaan cemburu melihat sepupu seusia sudah mempunyai anak. Malah, tunangan abang juga muda setahun dari En. InsyaALLAH mereka akan disatukan pada tahun hadapan.Tarikh sudah ditetapkan, persiapan sedang berjalan, mudahmudahan urusan mereka dipermudah dan berjalan dengan lancar. Aminn

Zuriat

Pernah suatu ketika, ketika En bersamasama rakanrakan berkumpul, kami berbincang soal bilangan anak. Ada yang mahukan 2, ada yang mahukan 3, ada yang mahukan sebanyaksebanyak pun 4, ada juga yang menyatakan ingin merancang dahulu, biarlah tahun pertama dan kedua perkahwinan merupakan tahun bulan madu. Itu kata mereka. Tapi apa kata En? En sudah terbiasa mempunyai adik beradik yang ramai. 6 orang adik beradik, mungkin ada yang berpendapat, 6 itu biasa sahaja, tapi tak juga yang menyatakan 6 itu sangat ramai. Bolehkah jika En katakan En juga mahukan 6 orang anak? hahahaaha. 

En serius. Jika diizinkan ALLAH, en mahukan 6 orang anak. Jika lebih atau kurang itu terpulang kepada rezeki yang ALLAH akan berikan. Jujurnya, en tidak kisah. Ah, sungguh awal untuk membahaskan soal ini. Calon zauj saja belum punya, masakan pantas untuk en berkata lebih lanjut tentang keturunan?  Aduih, malu pula rasanya. Tapi, tidak salah bukan? Err.. (~_~)

Ibu-ibu berkata sakit melahirkan anak itu seperti menghadapi sakaratul maut. Sukar dideskripsikan dengan katakata. Pesanan untuk diri dan juga gadisgadis di luar sana, usah takut! matinya seorang ibu adalah mati syahid! Adakah mati itu yang ditakutkan? Mengapa? Bukankah kematian itu yang sepatutnya dicintai oleh seorang muslim? Kerana dengan mati itulah baru kita bisa berjumpa dengan Sang Pencipta. Jangan dijadikan sakit bersalin itu sebagai alasan untuk tidak mahu mengandung. Jangan!

Usah ditipu perasaan sendiri, siapa yang tidak mahukan anak? Siapa yang tidak terusik hatinya bila melihat bayi tersenyum, bayi yang cuba merangkak, telatah kanakkanak yang sentiasa ceria? Penjenayah kejam yang mengerat orang berbelasbelas juga amat kasih pada anaknya, masakan kita tidak? Ibu yang melahirkan anak luar nikah yang tega membuang anak nya seperti sampah mungkin tidak mempunyai hati ketika itu, tetapi en percaya pasti timbul sesalan dan igauan ngeri tentang anak itu. Usah dikatakan ibu itu berhati binatang, kerana jika dia berhati binatang, pasti dia kasih pada anaknya. Pernah ada antara kita yang mendengar haiwan membuang anak? Buktikan pada En jika ada. 

Anak itu sumber rezeki. 
Anak itu amanah yang ALLAH titipkan. 
Anak itu kanvas putih yang kita perlu corakkan.
Anak itu lambang cinta pasangan suami isteri.

Janganlah sesekali diabaikan anak itu. 
Janganlah sesekali disakiti anak itu.
Kasihi, belai, dan jagalah dia. 
Bekalkan lah dia dengan ilmu akhirat dan dunia
Sesungguhnya doa dari seorang anak yang mampu membantu kita bila berada di alam barzakh nanti. 

jika kita mengejar akhirat, insyaALLAH dunia akan mengikut. jika kita mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita

Aduih, sepertinya sudah tidak sanggup lagi untuk meneruskan post ini. Terasa malu~~ hehe

No comments: