ensiyahmuhammad

Thursday, November 10, 2011

Padat

Assalamualaikum

Err.. Terasa serbasalah menghimpit diri. Aduih, tidak sanggup berhadapan dengan guru. Kerja yang diberi tidak disentuh, lain pula yang dilakukan En. Seharian duduk tidak senang, terasa ingin mengalirkan air mata, namun tidak berdaya. Tangan ini menghala ke arah lain. Lincah saja tangan ini menuju ke external hard disk dan melihat gambar lama. Oh, tidak lah lama sungguh. Hanya mengimbau kenangan pertama menyertai program. 

Ketika itu, En sangatlah hijau dalam melakukan tugas. Ketika itu, En hanyalah mengenal komiti program sahaja. Ketika itu, En hanya kenal nama peserta sahaja. Ketika itu, En masih mengenali diri. Tetapi kini, segalanya sudah berubah. Walaupun jarak perbezaan program pertama dengan bulan ini hanyalah 8 bulan. Namun, En tetap merasa perbezaannya. 

Jika dulu, En kenal hanya dia. Kini En kenal dia dia dia dan dia. Jika dulu hanya dia yang kenal En, kini dia dia dia dan dia kenal En. Jika dulu hanya berhubung kerana urusan kerja, kini sudah bisa makan bersama. Jika dulu hanya memegang satu posisi, kini sudah mengenali beberapa posisi. Jika dulu hanya belajar, kini sudah boleh mengajar sedikit. 

Jika dulu habis kelas sahaja, terus pulang ke bilik. Kini, habis kelas, ada sahaja perkara yang perlu dilakukan, jika bukan mesyuarat, pasti menghadiri usrah, ataupun menolong membantu persediaan program. Yang pastinya, ada sahaja perkara yang boleh dilakukan. Tidak hanya tidur tidur dan tidur sahaja.

Belajar itu yang utama. Tahu. Tapi, minda dan fizikal mesti berjalan seiringan. Selagi kudrat mampu untuk berkhidmat, akan terus berkhidmat. Tidak mahu masa berada di kampus dihabiskan dengan tidur tidur dan tidur saja. 

Ah, bila berada di kampus, masa digunakan dengan sangat padat. Hinggakan terasa tidak cukup masa. Tetapi bila berada di rumah, terasa masa itu sangat lenggang. Aduih, membuang emas begitu sahaja. 

=_=

No comments: