ensiyahmuhammad

Tuesday, November 8, 2011

Korban

Nc bingkas bangun dari mati sebentar apabila dikejut ibunya. Itulah dia. Bila berada di rumah, terasa syaitan itu merantai imannya yang senipis kulit bawang. Liat sungguh untuk menunaikan tanggungjawab di pagi hari. Malas. Itu yang dirasakan. Tapi, ibu tak berputus asa mengejutkan anak gadisnya ini untuk segera solat. 

Bangun. Malas. Gosok gigi. Wuduk. Solat. Sambung tidur. 

Ibu kejut lagi. Mandi sunat hari raya. 

"Oh! RAYA HAJI!" Nc terkejut. Mamai membuatkan dia terlupa hari itu adalah hari raya. Bergegas dia mandi sunat. Adik sudah selesai mandi. Abang menunggu giliran. Usai mandi, bersiap seadanya. 

Sedih. Ya. Nc sedih. Hari raya korban yang sepatutnya disambut meriah oleh seluruh umat Islam, hanya dirai suamsuam kuku sahaja. Sedangkan, hari raya aidilfitri disambut dengan sambut sangatsangatsangat meriah. Diskriminasi di situ. 

Nc sempat termenung. Alangkah indahnya jika dia dapat meraikan hari raya korban di bumi Anbiya'. Menunaikan rukun Islam ke5. Umat Islam tidak kira latar belakang, negara, dan status berkumpul di tempat yang sama. Ya, usah dinafikan. Manusia itu sama sahaja. Usahlah di fikirkan darjat dan martabat. Ukurlah tebal nipis iman dan kecintaan kepada ALLAH. 

Jubah warna kegemaran, ungu tersarung kemas di badan. Jubah yang baru saja dibeli, tidak berniat untuk dijadikan baju raya, hanya menunaikan harapan seorang kakak senior untuk mempunyai jubah yang sama dengannya. Lagipun, jubah itu comel, jadi tidak salah menurut harapan itu. :)

Jam hampir menuju ke pukul8. Kurang 10 minit saja. Ahli keluarga bersiap ingin menuju ke masjid. Menyahut seruan Ilahi untuk menunaikan solat sunat hari raya aidiladha. Alhamdulillah, Nc dan keluarga ALLLAH lapangkan dada untuk pergi menunaikan solat tersebut. 

Sesudah solat, pergi pula menziarahi kubur arwah walidnya. Oh, tidak ramai orang di kubur. Juga tidak seperti raya Aidilfitri dimana ramai sungguh orang datang menziarah. Tidak mengapa, bukan bilangan orang yang datang ke tanah perkuburan yang menjadi persoalan, tetapi sedekah doa yang tidak putus itu yang penting. :)

Rutin biasa hari raya. Tiada yang berbeza. Makan. Menziarah. Berbual. 

Tetapi, yang selalu saja terdetik di hati Nc. Dia mengenangkan kawannya yang berada di kampus. Kawan sebilik. Tidak pulang ke rumah. Kafe sudah semestinya tutup. Kiosk juga. Bagaimana mahu dia makan? Sudah semestinya hatinya pilu. Sudahlah berjauhan dengan keluarga, sambut raya bersendirian di bilik pula. 

Jika mengikut hati Nc, mahu saja dia mengajak teman biliknya itu pulan ke rumah. Tetapi, apakan daya. Kondisi rumahnya yang sempit, tidak mengizinkan dirinya untuk berbuat demikian. 

Sabarlah wahai teman! Semoga pengorbanan yang dirimu lakukan demi mencari ilmu akan mendapat balasan yang setimpal dari yang Maha Agung!

No comments: