ensiyahmuhammad

Friday, November 11, 2011

Kata Hati

Assalamualaikum


Rentetan dari post yang sebelum ini. Jika sebelum ini update ringkas yang merupakan katakata amanat. Mungkin para pembaca tertanyatanya kenapa En katakan seperti itu. Mungkin juga tidak. Tidak mengapa. En tidak kisahkan itu. Kisah peribadi En, masakan bisa semua orang tonton seperti menonton movie di LCD. Benar, bukan?

Post kali ini, para pembaca dihidangkan dengan gambargambar alam perkahwinan. Ah, jangan fikir bukanbukan. Tujuan gambargambar ini berada dalam simpanan adalah untuk dihidangkan kepada penonton teater tempoh hari, tapi malangnya tuan pengarah mengatakan, tidak usah kerana itu akan mengganggu penataan cahaya. Baiklah, En akur sahaja.

Tapi ada cerita lain di sebalik gambar di atas. Entah kenapa. En merasakan sesuatu yang istimewa melihat gambar di atas. Ya, itulah sebabnya gambar tersebut menjadi yang pertama. Sepertinya pernah ada seseorang menghadiahkan gambar tersebut kepada En, malangnya En lupa siapa dan kenapa. (~_~)

Jangan salah faham, En tidak mampu untuk menjadi seperti gadis berjilbab labuh seperti gambar itu atau err belum tiba masanya lagi? Ah, yang pastinya diri ini bukan pilihan untuk menjadi suri di hati.

Kata Hati


Lelaki dan cinta. Sesuatu yang tak dapat dipisahkan dengan perempuan. Topik yang hangat untuk diperkatakan atau dalam bahasa kasarnya, untuk digosipkan? haha 

Teringat En satu tentang satu soalan ketika berusi 16 tahun. 

"Akak tak pernah couple ke?"

dan jawapan yang diberikan...

"Akak mencari suami bukan boyfren"

Sungguh naif jawapan itu. Tapi itulah, hati memberikan jawapan itu ketika belum diuji penangan cinta. Ternyata hati ini rapuh. Pengaruh kawankawan sangat kuat, iman senipis kulit bawang tidak mampu menangkis dugaan. 

En tewas juga.

Kata hati, jika suami yang membelai pasti sayang yang mengalir seperti air yang tidak putus. 
Setiap sentuhan itu ibadah. 
Setiap senyuman itu ibadah. 
Setiap kucupan itu ibadah. 

Mungkin lewat untuk faham itu semua. Tetapi, biar lah lewat dari terusterusan tidak punya ilmu. 

Walaupun sudah tewas, jauh di sebuah ruang dalam hati, masih memegang prinsip itu. 

"Suami bukan boyfren"

Cumanya, nafsu itu meraja di hati. =_=

Lelaki yang baik ialah untuk perempuan yang baik. Itu janji Allah 
Percayalah. 
Terbaca baitbait puisi ini di blog ini

CINTA.. 
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku ,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu ..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku ,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu ..
Andai saja kau JAUH dari diriku ,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku ..
Andai saja kau HILANG dariku ..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWA ku !

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatMU ... .
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku ..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan ..
Biar harta dan jasad terkorban ..
Kerana cinta ini yang ku damba !

Cinta..
Menyebut namaMU takkan pernah jemu ..
MengingatiMU takkan pernah lupa ..
MemujiMU takkan pernah rapuh ..
JanjiMU sentiasa teguh ..
Cinta sehidup dan selepas mati ..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita ..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu !!
Aku hidup kerana cinta itu !
AKu mati kerana cinta itu !

Cukup bagiku cintaMU ..
Itulah pelindung yang memeliharaku ..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku ..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku ..

ENGKAU yang selalu ada ..
ENGKAU yang sentiasa bersama ...
Saat suka dan duka ..
Aku cinta padaMU ....
Aku cinta pada takdirMU ..
Aku cinta pada jalanMU ..

Atas nama cinta ..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH , dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah .."
Atas nafas cinta ...
Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahu Akhbar ..
Jihad cinta buatMu ya Rabb ...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu ..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu ....
Amin Ya Rabbal Alamin ...



Indah bukan bait puisi itu? 

Ingin sahaja hati ini mempunyai kekuatan untuk melaungkan aku cinta padaMu sekuatnya, biar seantero dunia tahu betapa aku sangat mencintaimu. Masih belum bisa. Hati masih rapuh. Masih kalah dengan cinta dunia. Astaghfirullah hal 'azim.

Doakan. Doakan. Doakan. 

Membina keluarga sakinah itu impian. Tetapi, untuk membinanya memerlukan hati yang kental. Hati yang suci bersih. Perkenalan harus mengikut syariat, barulah hidup mendapat syafaat. 

Ah, berkatakata seperti sudah mempunyai pengalaman saja. Sedangkan hati kotor mengingati sesuatu yang tidak halal. 


Allah menciptakan setiap makhluknya itu berpasangpasangan. Pernah tertanya, jika mati pada usia muda, siapakah pasangan penemannya nanti? seperti pernah En ketemukan jawapan, lupa. Itu masalahnya. Hmm

Andai ditakdirkan diri ini antara orang yang terpilih yang ditetapkan jodoh di Loh Mahfuz. En mempunyai satu permintaan.

Jika rasa sayang itu sungguh kuat, simpanlah dulu. Usah diluahkan. Kumpullah keberanian untuk meminang dan menikah. Kerana, jika diluahkan sekali pun, tetapi perhubungan tidak mempunyai arah tuju, tidak akan kemana. 

Permintaan itu bukan hanya sekadar permintaan. Tetapi, peringatan keras untuk diri en sendiri.

Jangan di lupa.

Bila berbicara soal jodoh, sebenarnya kita sedang membincangkan soal mati.

No comments: