ensiyahmuhammad

Sunday, November 6, 2011

Bualbual

Malam raya Aidiladha. Nc berada di rumah. Sedang mendengar lagu di cuping telinga yang disumbat dengan earphone di ruang tamu, tidak keseorangan, abang sulungnya berada di sebelah, sedang berbaring menikmati perlawanan bola sepak antara Chelsea dengan Blackburn. Oh, Chelsea sudah sekali mengegarkan gawang gol lawan! Tahniah!

Hati Nc tidak di situ. Nc tidak keseorangan tapi dia masih bersendirian. Nc tidak kesunyian, tidak kesedihan, tidak kekecewaan. Jangan risau, Nc sihat. Walaupun hakikatnya Nc sangat merindui sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan sebagai apa. Melayan perasaan tanpa berperasaan.

Nc memutuskan untuk melayari internet. Yahoo Messenger! menjadi pilihan. Lewat malam, sudah tentu tiada siapa di sana, lebihlebih lagi Nc sangatlah tidak gemar untuk menghijaukan statusnya, selalu saja jadi halimunan. Tetapi ternyata tanggapannya melest, ada seseorang yang manja berada di situ. Tersenyum 

ncmencintaiusrah: assalamualaikum sayang :)

yayacutie: nc!!! mana awak pegi? sume orang cari awak!

ncmencintaiusrah: jawab salam dulu sayang. :)

yayacutie: waalaikummussalam. maaf. tak sengaja la. nc, mana awak pegi? yaya rindu awak :(

ncmencintaiusrah: maaf yaya, nc ada saja di sini. yaya sihat?

yayacutie: T A K :(

ncmencintaiusrah: kenapa nie? ce citer ce citer

yayacutie: nc nak tau tak...? sepanjang nc hilang.. yaya lost tau. nc tak kesian ngan yaya ke?

ncmencintaiusrah: maafkan nc ye sayang. nanti nc citer kenapa nc takde. nc bukan sengaja nak buat camnie. sekarang, apa kata yaya update citer dulu. nanti nc citer part nc pulak. boleh kan sayang?

yayacutie: taknak. nak majowk ngan nc. nc dah tak sayangkan yaya lagi.

ncmencintaiusrah: tak. nc sayang yaya. nc sayang anne. nc sayang en. nc sayang sume. 

yayacutie: dah tu.. kalau sayang, kenapa nc hilang camtu je? nama je satu kampus. tapi nak jumpa punyala susah. :(

ncmencintaiusrah: jangan cakap camtu yaya. nc ada sebab nc sendiri. skrg kan malam raya. tak elok tau nak sedihsedih camnie. cepatla yaya. nc nak dengar citer yaya. nc rindu nak dengar yaya berceloteh. nc rindu dengan kawan nc yang manja nie. :)

yayacutie: ya pon rindu dengan kawan ya yang penyayang nie. :( 

ncmencintaiusrah: terima kasih ya. now, cepat citer. boley?

yayacutie: okay. macam nie citer dia. now yaya rasa yaya ada masalah hati. 

ncmencintaiusrah: masalah hati macam mana tu? yaya ok tak nie?

yayacutie: tahla nc. yaya rasa yaya macam suka kat sumbody. 

ncmencintaiusrah: ehem. and dat sumbody is?

yayacutie: taknak bagitau. nc kena jumpa yaya dulu baru yaya bagitau sapa. cz yaya rasa mesti nc kenal ngan mamat tu. and one more is.. yaya rasa yaya takde la suka sangat kat dia. mungkin sebab dia baek ngan yaya kot?

ncmencintaiusrah: aik? macam mana nie. kejap kata suka. kejap kata tak suka? yaya suka ke tak nie?

yayacutie: yaya suka tapi yaya rasa yaya tak siyes. hee

ncmencintaiusrah: yaya yaya. kalau pasal lelaki, cepat je ada masalahnya. apa kata camnie, kalau yaya betulbetul suka, yaya guna orang tengah untuk sampaikan hasrat hati yaya. ok?

yayacutie: taknakla! yaya kan dah cakap tadi, yaya tak rasa yaya siyes. lek la nc. yaya bukan nak kawen lagi. yaya kecik lagi la. 

ncmencintaiusrah: yaya, kita tak kecik lagi. kita dah masuk 20an tau. bagi nc, bila kita dah suka ngan seseorang dalam usia macam nie, maknanya kita siyes. 

yayacutie: tahla nc, yaya tak rasa lagi camtu. yaya still rasa yaya kecik lagi. lagipun yaya malu la nak guna orang tengah. sekali orang tengah tu g heboh kat sume orang yang yaya suka dia. mati yaya!

ncmencintaiusrah: haha. yaya nie banyak sangat prasangka. sebab tu la kita kena pilih orang tengah yang kita percaya. nc paham bukan senang kita nak percayakan orang. sebab tu lah, kalau yaya tak percayakan nc pon, nc paham. sangat susah nak beri kepercayaan tu. tapi nc nak ingatkan jugak, jangan tertipu dengan perasaan sendiri. mungkin sekarang nie kita suka seseorang. kita suka sangatsangat. tapi nanti ada satu tahap. kita takkan suka da seseorang itu. yaya kena pasti ngan perasaan yaya. 

yayacutie: tu masalahnya. yaya tak pasti. lagipun.... abang yaya cakap, kalau niat kita sebab nak berkahwin bukan sebab nak bercouple, insyaALLAH akan dipermudahkan. tapi tu la. yaya tak rasa yaya nak kawen. tak tak. itu masih jauh. 

ncmencintaiusrah: buatlah solat istikharah yaya.

yayacutie: insyaALLAH nc. yaya akan buat. tapi yaya tak janji. 

ncmencintaiusrah: takpe yaya. mudahmudahan allah bukakan pintu hati yaya untuk buat solat istikharah :)

anne_superb is online

yayacutie: eyh! anne online la! wootwootwoot!

ncmencintaiusrah: jom pegi conference!

yayacutie: jom!


ncmencintaiusrah is joining the conference
yayacutie is joining the conference
anne_superb is joining the conference

ncmencintaiusrah: assalamualaikum anne dan yaya!

anne_superb: yo!

yayacutie: hai!

ncmencintaiusrah: ehem. jawab salam dulu ye

anne_superb: waalaikummussalam. maaf ma'am. lama tak jumpa ma'am. pekaba beb?

ncmencintaiusrah: hehe. takyah nak ma'am sangat la ye. maaf kita da lama hilangkan diri. pergi mencari identiti diri yang hilang dalam personaliti diri. 

yayacutie: cepatlah citer. mana awak pergi!

anne_superb: takyah nak personaliti diri sangatlah kan. skrg takyah banyak soal. cepat cakap mana awak pegi?

ncmencintaiusrah: aduih. arahan mandatori dari polis. takut takut. tuluntulun =_=

enthesmarties is online

yayacutie: en online!

anne_superb: dandan je kan sume orang nak online malam nie. cepat invite dia masuk conference. kita ada kes nak dibicarakan

enthesmarties is joining the conference

ncmencintaiusrah: =_=

enthesmarties: waaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!!! ada nc la!!!!!!!!

yayacutie: hahhahaa sume orang jakun tgk nc online. wootwootwoot

anne_superb: takyah nak jakun sangat lah. sekrang benda yang anne nak tau sangatsangat mana nc hilang. selagi minah tu tak jawab. selagi tu lah anne taknak proceed benda laen. 7 minggu beb. 7 minggu kat kampus, kalau laen course ley la jugak if tak jumpa langsung. nie sama course. sama kuliyyah lak tu. anne tak paham tol la macam mana nc boley hilang smpai camtu sekali. grrrr

enthesmarties: haaa tu dia.. bila anne dah mula membebel. hahaha

yayacutie: nc bersatu dengan alam. tu yang camouflage sampai kita sume tak nampak. haha

ncmencintaiusrah: >_<

anne_superb: enough with that emoticon. tell us, where have you been?

ncmencintaiusrah: macam mana en nak start nie?

enthesmarties: nak pinjam katakata dari teater jap. mulakan dengan bismillah pastu citer la. 

ncmencintaiusrah: Bismillahhirrahmannirrahim. sebenarnya, nc dalam keadaan yang sangat keliru, serba salah dan rasa teruk sekali. 

yayacutie: teruskan

enthesmarties: teruk macam mana tu?

anne_superb: korang sume jangan sampuk. biar nc abes citer baru sume respond. paham!

yayacutie: yes boss!

enthesmarties: noted.

ncmencintaiusrah: nc tak jumpa mana hati nc. nc rasa nc dah takde hati. apa je nc buat, nc rasa tak kena. one night nie, tetiba dapat message dari sorang senior. dia anta pasal pesan imam ghazali.

"carilah hatimu di 3 tempat. temui hatimu sewaktu bangun membaca alquran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika menunaikan solat. jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

ternyata sms yang senior tu hantarkan.. sangat memberi kesan kepada nc. nc sudah tidak punya hati. nc memerlukan hati yang baru. nc dah tak rasa pape bila beribadat. malah, lebih teruk lagi, nc sudah beberapa kali tidak sengaja tertinggal solat. baca quran jauh sekali. :'(

(to be continued...)




No comments: