ensiyahmuhammad

Tuesday, November 8, 2011

101

Assalamualaikum
Sudah lama post ini berada di dalam Draft. Bukan tidak mahu Publish, tetapi ada sesuatu yang menghalang. Kejadian itu mungkin biasabiasa sahaja. Namun, sebenarnya turut memberikan impak kepada diri. Tidak mahu dikatakan berpurapura, lantas ringan sahaja tangan ini menderhaka kepada hati.

Sempena post yang ke 101 ini, En merasakan sungguh istimewa jika membebaskan post ini dari kurungan yang lama. :)

Adik-Beradik

En ada adik. Adik lelaki. 
En ada kakak. Seorang sahaja.
En ada abang. Tiga orang. 
Satu sahaja yang en tidak punya.
Adik perempuan.

En sangat mahukan seorang adik perempuan. En sangat cemburu melihat teman yang lain mempunyai adik perempuan. Mungkin kerana itu juga, en sangat suka melayan adikadik perempuan, walaupun beza umur hanyalah setahun. En suka dengan panggilan kakak itu. Sangat suka.

En mempunyai seorang adik angkat perempuan yang En sayang dengan sepenuh hati. Malah, sebenarnya, en sudah menanggapnya sebagai adik sendiri. Sangat seronok perasaan itu bila merasakan diri ini sudah lengkap. Abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan. :)

Warna cerah yang disangka kekal lama, sedikit sebanyak terhakis. Sedih. Entah di mana silapnya, hubungan kami makin renggang. Usah ditanya berapa banyak isipadu air mata yang tumpah. Sakit yang terdalam. Persis sang kekasih yang terurai cinta di tengah jalan. Namun, tidak selamanya ribut itu akan terus membayangi sinar matahari. Cahaya keamanan itu timbul juga, namun, parut di hati masih berbekas. Kami juga turut terjejas.

Kenang dan terus terkenang. Adakalanya En pasti tersenyum sendiri memikirkan keakraban kami, tidak kurang juga sedih memikirkan kami berakhir begini. Mungkin kerana ini juga, Allah tidak mengurniakan En seorang adik perempuan. En tidak pandai melayan seorang adik perempuan.

Siapa sangka, melangkah saja ke peringkat pengajian ketiga, En mendapat adik beradik yang baru?

Kakak-kakak yang penyayang dan prihatin, Abang-abang yang pelindung dan pengasih, Adik-adik yang bijak dan lincah.

Tidak bermakna En sudah lupakan kakak-kakak semasa di sekolah menengah. Tidak! Sangat tidak! En faham. Tempat pengajian yang berbeza, sistem yang berbeza, masa yang berbeza, cuti yang berbeza menjadi kekangan. Tapi En percaya, tak pernah lupus dalam ingatan.

Sekali En katakan En sayang, En memang sayang. Namun, sayang En akan terlupus jika En sudah tidak kuat lagi untuk menanggung luka di hati. Hati En bukan seperti berlian yang walaupun dihakis, tetap terpelihara bentuknya, tetapi hati En seperti besi yang apabila ingin ditempa memerluka suhu yang sangat tinggi, selagi suhu tersebut tidak dicapai, selagi itulah besi itu tidak mampu merubah bentuk.

En mudah sayangkan orang, tapi En sukar bencikan orang. Namun, lebih sulit lagi untuk En lupakan orang.

Kakak-kakak dan Abang-abang, lama kelamaan seorang demi seorang akan pergi meninggalkan En. Seorang demi seorang akan pergi menyahut cabaran dunia realiti. Maka dengan pemergian itu, maka sedikit demi sedikit diri En turut terbenam jauh ke dalam. Sekalisekala persoalan hadir dalam diri, adakah diri ini terlalu bergantung? Adakah diri ini terlalu mendesak? Adakah diri ini terlalu bergantung? Malah, persoalan adakah diri kalian betah melayani karenah diri kecil ini? turut juga hadir. Usah salah faham. Bukanlah meragui keikhlasan kasih sayang diberikan, cuma kadangkala bila anak kecil ini serasa seperti sering menyusahkan, timbul pula rasa serbasalah dalam diri. Ingin sahaja diri ini lari, pergi jauh ke tempat yang tidak dijumpai. Namun akhirnya tetap berpatah kembali kerana En masih memerlukan pimpinan kakak dan abang untuk berjalan di kanvas kehidupan ini.

Adikadik, kamu juga turut akan pergi menyahut dunia luar lebih awal dari En. Jagalah dirimu sebaiknya. Mungkin kakak tidak pernah hadir sebagai seorang pelindung, tetapi ketahuilah, jauh di dalam hati ini ada hasrat. Hasrat yang mahukan adikadiknya sentiasa selamat. Hasrat yang mahukan adikadiknya sentiasa sihat. Hasrat yang mahukan menjadi tempat pilihan adikadiknya untuk curhat. Hasrat yang mahukan adikadiknya sentiasa gembira. Hasrat yang tidak mempunyai syarat. Namun apakan daya, kudrat ini hanyalah sekerat. Fahamilah adik, ungkapan sayang bukan sekadar ungkapan. Ungkapan yang lahir dari hati, terzahir di bibir.

Kata Imam Al-Ghazali

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

Meminjam kata-kata seorang teman

"Harapan ku mekar di hati, agar persahabatan suci ini terus kekal, menjadi SYAFAAT, terukir indah di pintu jannah"

Uhibbuki fillah :)

Maafkan En untuk semua kesalahan dan kesilapan. Sesungguhnya diri yang hina ini tidak lekang melakukan kesilapan secara sedar atau tidak :(

No comments: