ensiyahmuhammad

Saturday, October 29, 2011

Teater Kronologi Cinta : Tiada kepada Ada

Assalamualaikum

Rabu lepas, 26 Oktober 2011, Quranic Youth Club (QYC) telah pun berjaya mementaskan sebuah teater di bawah pasukan QYC Production yang bertajuk Teater Kronologi CInta. 

Alhamdulillah, usaha selama lebih 4 bulan oleh para pelakon dan pasukan produksi akhirnya terbayar apabila mendapat reaksi yang positif dari para penonton. Rata-ratanya menyatakan mereka amat berpuas hati dengan persembahan yang diberikan. Malah, yang lebih mengharukan lagi apabila ada di antara mereka yang mahukan sekuel dari teater ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semoga mesej yang ingin disampaikan dapat meresap ke dalam jiwa para penonton. 

Sesuatu perkara tidak akan pernah lari dari kekurangan, begitu juga dengan teater ini. Terima kasih di atas teguran dan kritikan yang diberikan. InsyaALLAH dengan kritikan yang diberi menjadi pedoman kepada para pelapis akan datang. InsyaALLAH insyaALLAH insyaALLAH.

Tiada kepada Ada
Apa yang tiada?
Tiada pengalaman dan kurang ilmu.

Ya, itulah dia. Sejujurnya, semua orang dalam produksi ini tiada pengalaman dalam menguruskan teater. Bukan sahaja para pelakon, malah pengarah juga. Bagi pendapat peribadi en sendiri, teater ini hanyalah sebuah teater percubaan untuk melihat reaksi para pelajar terhadap teater yang menyelitkan nilai-nilai Islam dalam percintaan. 

Bukanlah hendak mengatakan di universiti ini tiada teater berunsurkan Islam, ada.. Malah terdapat Kelab Teater yang aktif menghasilkan teater dan juga para pelajar BENL (Bachelor of English and Literature) yang sememangnya mempunyai projek untuk menghasilkan teater. Mereka mempunyai ilmu dan tenaga yang mencukupi dalam menghasilkan teater yang bagus. 

Berlainan pula dengan pasukan produksi ini, kebanyakan mereka adalah pelajar kejuruteraan, undang-undang, ekonomi dan bahasa arab. Langsung tiada dalam silibus tentang cara-cara pengurusan sebuah teater.
Tetapi, ternyata pasukan produksi ini berjaya membuktikan, dengan usaha, semangat kerjasama dan berlapang dada dalam menerima teguran, berjaya menghasilkan satu karya yang sangat hebat. 

Apa yang ada?
Ada pengurusan dan erat perhubungan

Tahniah diucapkan! Walaupun tiada pengalaman namun dengan pengurusan yang mantap, segalanya berjalan lancer. Pengarah yang tiada asas dalam persembahan teater telah membahagikan kerja kepada beberapa kumpulan. Organizing committee, Crew, Actor Actress and Supporting. Ketigatiga kumpulan yang berbeza dalam satu produksi. Walaupun sepanjang perjalanan teater ini mereka tidak bertemu, malah tidak mengenali satu sama lain, segala kerja tetap berjalan dan siap pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Walaupun pada asalnya saling tidak mengenali, terasa janggal dan buat kerja sendiri, namun akhirnya hubungan sesama pasukan menjadi erat. 


Sinopsis Teater Kronologi CInta

Farid dan Aiman merupakan dua orang sahabat baik. Farid memilih untuk berkahwin ketika belajar. Aiman pula tidak bersetuju walaupun Farid telah menyatakan pendiriannya. Fatimah, Aishah dan Ayu pula juga merupakan kawan baik. Ayu berimpian untuk berkahwin pada semester terakhir, Aishah telah pun berkahwin walaupun baru sahaja berada pada tahun pertama pengajian, berlainan pula dengan Fatimah yang tidak memikirkan untuk berkahwin awal. Pada suatu hari, Fatimah menerima lamaran daripada Farid, dia menjadi dilemma sama ada ingin menerima ataupun tidak lamaran tersebut. Setelah berbincang dengan Aishah dan membuat solat istikharah beberapa kali, dia pun menerima lamaran Farid. Ketika mereka melayari bahtera rumah tangga bersama ketika masih belajar, di sinilah terpamer bagaimana suami dan isteri memainkan peranan masingmasing untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga. 

“Nikmat tuhan mu yang manakah yang ingin kamu dustakan”

p/s: Perkahwinan itu ibadah. :)

No comments: